Ahad, 13 Julai 2025

MAKLUMAT BOCOR




Saya tak boleh sahkan sama ada dokumen itu sahih atau tidak – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak boleh mengesahkan kesahihan petikan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tersebar sejak semalam.

Sebaliknya, beliau yang juga merupakan jurucakap kerajaan menyeru pengamal media berhati-hati dalam penyebaran dokumen tersebut sekiranya ia termaktub dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Saya tidak boleh sahkan sama ada dokumen yang tersebar itu sahih atau tidak.

“Pada masa yang sama, sekiranya ia merupakan dokumen yang sahih dan terperingkat maksudnya Akta Rahsia Rasmi terpakai. Jadi kita perlu berwaspada, terutama untuk rakan-rakan media, saya minta berhati-hati jangan sebarkan kalau suatu dokumen itu terperingkat dan di bawah Akta Rahsia Rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Perasmian “IPRM Al Festival 2025, Global PR Al Strategic Communication Insights, YOU & Al: Meet @ Bangsar!” di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Angkasapuri.

Semalam, media melaporkan petikan minit mesyuarat JAC bertarikh 16 Mei 2025 telah tersebar di media sosial.

Dokumen itu didedahkan oleh laman Reddit.com

Minit tersebut dilaporkan mengandungi dakwaan yang sama dengan laporan polis yang dibocorkan sebelum ini dan dibuat bagi pihak seorang hakim kanan pada bulan Jun lalu.

Dokumen tersebut didakwa mendedahkan mengenai campur tangan dalam pelantikan hakim berikutan persaraan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Susulan itu, sembilan ahli parlimen PKR yang diketuai Rafizi Ramli pada minggu lalu menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) menyiasat dakwaan berkenaan.

Mengulas lanjut, Fahmi menyerahkan pihak polis menyiasat perkara tersebut.Selain itu, beliau menjangkakan isu berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

“Untuk siasatan, kita serah kepada pihak PDRM. Setakat ini saya tidak ada maklumat.

Kebiasaannyq, Perdana Menteri  sangat prihatin tentang apa-apa perkara yang berbangkit di khalayak umum, jadi ada kemungkinan akan dibincangkan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, gesaan mengenai tuntutan supaya Rafizi dan lapan ahli Parlimen PKR dikenakan tindakan disiplin susulan sidang media kehakiman itu perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Fuziah Salleh. – 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

APA MAKNANYA

MAKLUMAT

BOCOR

KAH KAH KAH

ERTINYA RAMAI

PEGAWAI KERAJAAN

TAK SOKONG

MADAFAKA

AMIN

MEREKA

 BOCORKAN

MAKLUMAT UNTUK

ORANG RAMAI

KHALAS

2 ulasan:

  1. bocor dan orang ramai dua hal yang boleh turun kan ramai orang ke perhimpunan turun turun madafaka sebab perkara yang d bocorkan perlu kesahihan benar atau tidak!! pelik melik kah kah kah.

    BalasPadam
  2. Ayuh pulis, ayuh fru, ayuh ularmark tunggu apa lagi pergi cari siapa bocorkan. Kakakakakakaa...tanya itu fahmi lu tau baca ka tak tau atau tau bryelcream atai kapla aja? Lagi satu madapundek apa lanchau u tau? Semua cakap saya tak tau baik lu diam aja la bodo. Pi balik umah pak chu cheng la

    BalasPadam