Ahad, 10 Ogos 2025

CADANGAN YANG TEPAT



Pemuda UMNO desak penyiasat berbeza siasat kes Zara Qairina

KUALA LUMPUR – Satu siasatan baharu berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir perlu dijalankan semula oleh pegawai penyiasat yang berbeza daripada individu yang mengendalikan siasatan awal, desak Pergerakan Pemuda UMNO.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, langkah itu penting bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan tanpa sebarang syak wasangka.

“Alhamdulillah, moga keadilan untuk adik Zara. Pemergiannya dirasai oleh kita semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Akmal, pihaknya tidak mahu sebarang keraguan timbul dalam proses mendapatkan kebenaran dan keadilan bagi pihak keluarga arwah.

“Kita desak juga agar kes ini disiasat oleh pegawai penyiasat yang berlainan daripada yang menjalankan siasatan awal agar kes ini dapat diadili tanpa ada sebarang syak wasangka!!” tegas beliau.

Kes kematian Zara Qairina sebelum ini dilaporkan telah mengundang rasa pilu masyarakat serta mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Akmal berkata, solidariti orang ramai yang dizahirkan melalui pelbagai platform membuktikan isu ini mendapat perhatian meluas dan tidak boleh dipandang ringan.

“Kita semua Zara Qairina!” ujar beliau lagi, sebagai simbol sokongan kepada keluarga mangsa dan tuntutan terhadap proses siasatan yang telus.

Katanya, Pemuda UMNO akan terus memantau perkembangan kes ini dan menuntut pihak berkuasa memberi maklum balas rasmi berhubung cadangan membuka semula siasatan dengan melantik pegawai baharu.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mengarahkan pihak berkuasa menggali semula jenazah Allahyarham Zara Qairina yang dikebumikan selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama.

Menurut AGC, tindakan terbaru itu antara beberapa arahan yang dikeluarkan pihaknya untuk siasatan secara menyeluruh dilakukan.

Mangsa pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan unsur buli terbabit dalam kejadian berkenaan. – 

INI PANDANGAN

TEPAT SEORANG

DOKTOR

AMIN

INI PANDANGAN

PEMIMPIN MUDA

YANG WAJIB

DI SOKONG

AMIN

1 ulasan:

  1. pandai pulak dia... presiden dia ada kes.. tak pulak dia tuntut tukar preside baru..

    BalasPadam