Ahad, 10 Ogos 2025

CARI GADUH




Kapal Pengawal Pantai China dikesan berhampiran pulau di perairan Filipina


MANILA: Pihak berkuasa maritim Filipina, semalam melaporkan tiga kapal pengawal pantai China sedang dipantau di perairan pulau terpencil di utara Filipina berhampiran Taiwan.

Kapal itu mula dikesan pada Khamis lalu, sehari selepas sebuah video di YouTube memaparkan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, berkata bahawa tidak mungkin Manila dapat mengelak daripada terbabit jika China menyerang Taiwan.

Tiga kapal pengawal pantai China itu dilaporkan berada berhampiran wilayah Batanes, sekumpulan pulau kecil yang jarang didiami di utara pulau terbesar Filipina, Luzon.

Sebuah pesawat dihantar semalam untuk memantau 'pergerakan luar biasa' ketiga-tiga kapal tersebut di sekitar kepulauan Batanes, menurut kenyataan Pengawal Pantai Filipina.

Kapal Pengawal Pantai China berada kira-kira 140 kilometer di barat bandar Sabtang, namun cuaca buruk menghalang pihak berkuasa daripada menghampiri lokasi dua kapal lain, kata kenyataan itu.

Dalam temu bual bersama agensi berita India, Firstpost, Marcos berkata, jika berlaku konfrontasi antara China dan Amerika Syarikat (AS) berhubung Taiwan, tidak mungkin Filipina dapat mengelak daripada terbabit kerana kedudukan faktor geografi.

"Jika berlaku perang habis-habisan, kami pasti akan terheret sama," katanya dalam temu bual yang dimuat naik di YouTube pada Rabu lalu.

Beliau turut menyatakan bahawa ramai warga Filipina yang tinggal di Taiwan perlu diselamatkan dan dibawa pulang.

China sudah mengemukakan bantahan kepada Filipina berhubung kenyataan Marcos itu.

"Kami menggesa Filipina supaya mematuhi prinsip satu China… dan mengelak daripada bermain api dalam isu yang berkaitan dengan kepentingan teras China," kata jurucakap kementerian luar negara itu semalam.

China menganggap Taiwan yang mempunyai pemerintahan sendiri sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan telah mengancam untuk merampasnya dengan kekerasan. - AFP


CHINA MERAH

MULA CARI

GADUH

AMIN

JIKA GADUH

DI LAUTAN SUNDA

AMERIKA AKAN

DATANG MASUK

AMIN

ASEAN TERBARAI

PECAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan