Rabu, 13 Ogos 2025

JANGAN BUANG MASA


JANGAN BUANG

MASA

SUSUN KUMPUL

TURUN KE JALAN 

AMIN 

HINDRAF 

SEKALI LAGI

AMIN



KUALA LUMPUR, 13 Ogos 25 – Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla berpendapat bahawa saman sivil peguam Waytha Moorthy berkemungkinan tidak akan sampai ke proses perbicaraan kerana peguam Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim akan memohon pembatalan saman tersebut.

Dalam satu kenyataan kepada politiko, Haniff berkata, tanpa mendahului mahkamah, perkara yang sama telah dibangkitkan pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson 2018, namun ia telah dibatalkan pada 22 November 2018.

“Sudah dibangkitkan melalui tindakan semasa PRK PD 2018, walaupun kes itu dibatalkan kerana ketidakhadiran Pemohon sebab didengar lepas Anwar menang PRK pada 16 Okt 2018. Kes dibatalkan pada 22 Nov 2018.

“Dokumen Pengampunan pula, sebut “Pengampunan Penuh” yang dari segi undang-undang bermaksud ketidaklayakan Perkara 48(1)(e) dibaca dengan 48(3) telah dibatalkan melalui “Pengampunan Penuh” berkenaan.

Tambah Haniff, hujah maksud ” pengampunan penuh” dan kaitan dengan Perkara 42(1)(e) dan 42(3) yang sama juga telah beliau bawa hingga ke Mahkamah Persekutuan dalam Khairul Azam vs Anwar Ibrahim dengan keputusan muktamad pada 10 Jan 2023.

“Lagipun isu ketidaklayakan adalah isu Pilihanraya, dan wajib dicabar melalui Petisyen Pilihanraya selepas PRK PD dan PRU Tambun, yang telah gagal dilakukan dalam tempoh yang perlu pada masa itu. Ujarnya.

Semalam, Peguam P Waytha Moorthy memfailkan saman bagi mendapatkan deklarasi Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dipilih sebagai Ahli Parlimen Tambun pada November 2022 dan seterusnya dilantik sebagai perdana menteri.

Bekas menteri itu berhujah, pengampunan diraja yang diterima Anwar pada 2018 tidak menyatakan beliau dikecualikan daripada tempoh hilang kelayakan selama lima tahun untuk bertanding dalam pilihan raya selepas bebas dari penjara. @politiko.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan