PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 1 OGOS 2025
HARI AKHIR TARIF
TARIF dari Amerika untuk negara kita akan di ketahui hari ini. Berapa % akan di kenakan oleh Trump ? Paling akhir 25% - apakah Zafrul berjaya dan dapat turunkan.
Tarif ini cukai. Sama macam Madafaka kenakan SST pada kita semua. Bila ada cukai SST maka kita kena bayar lebih – lebih mahal dari harga lama.
Bila Trump kenakan tarif pada Malaysia maka barang produk dari Malaysia jadi mahal. Yang kena bayar ialah pengguna Amerika. Cukai import itu akan di pulangkan kembali kepada pengguna.
Trump gunakan tarif ini untuk paksa negara-negara ikut cakap Amerika. Brazil kena 50% kerana tak ikut cakap Trump. Canada kena 30++ kerana Canada nak iktiraf negara Palestin.
Trump kenakan tarif pada China kerana China di anggap musuh Amerika.
Satu lagi ialah SANCTION atau SEKATAN ekonomi. Ini juga di gunakan oleh Amerika sebagai tekanan kepada musuh.
Rusia kena sekatan kerana Perang Ukraine. Tapi sebenarnya SEKATAN ini tak bawa apa-apa mudarat. Malah baik untuk negara yang kena sekatan.
Contoh terbaik CUBA – berpuluh-puluh tahun kena SANCTION – tapi Cuba masih gagah berdiri. Mengikut laporan PBB Cuba paling ramai Doktor. Malah Cuba hantar doktor untuk khidmat di luar negara. Cuba juga hebat dalam sukan dunia. Sekatan ekonomi pada Cuba menjadikan Cuba berdikari.
Sekarang Trump nak guna Sekatan pada Rusia. Kah kah kah. Rusia tak ambil pot. Malah ekonomi Rusia makin kukuh. Matawang Rusia makin kukuh. Sekatan ekonomi pada Rusia makan diri. Dulu German dapat bekalan minyak dan gas dari Rusia dengan harga murah. Sekarang German kena beli dari USA dengan harga mahal. Kah kah kah. Maka industri German jadi meleset. Kah kah kah.
GAZA
Kemarin 91 orang warga Gaza mati dibunuh oleh Israel Blackrock. Ini ketika Steve Wittkof - wakil Trump datang ke Gaza nak tengok betul ke ada orang lapar Gaza.
MYANMAR
Junta Militer umum DARURAT tamat. PRU akan diadakan bulan Disember depan.
SWEDEN
Negara ini beri cadangan kepada negara Kesatuan Eropah untuk BEKU perjanjian perdagangan dengan Israel. Ini kerana Israel Blackrock sedang menjalan genosid.
SIAM
Thaksin – PEMBUNUH TAK BAI – buat teater – klim sakit untuk elak dari masuk penjara kes rasuah. Nak ditahan dalam hospital.
HOKKIEN
Pagi ini berangin. Langit mendung. Matahari tidak kelihatan KL & KL Sentral berkabus nipis. Awan hitam berarak untuk berkumpul membawa hujan.
Di pintu masuk Jantan berkokok. Atas bukit Tekukur berlagu. Seekor Keng Keng melintas arah ke Istana Lama.
Tertiba rintik-rintik menjadi rebas – rebas menjadi hujan. Gua pulang cepat. Ezi dah cabut awal.
Ketika gua mengetik hujan dah berhenti. Langit masih kelam. Gua rasa hari ini akan redup. Jap lagi gua nak ke Chow Kit - sehari awal. Nak beli barang – malam ini ada parti sambutan 10 TAHUN KEMPEN TANGKAP NAJIB – gua nak beli AIR KELAPA – kah kah kah. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM DIPAGI
JUMAAT
Nasib arang menjadi bara
Rumah besar lagak istana
Najib sudah masuk penjara
Rosmah wajib ikut sama
Rumah besar tinggalan ayahanda
Jadi pusaka anak Bentara
Rosmah wajib sama di denda
Betina jahat perosak negara
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan