Jumaat, 1 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 1 OGOS 2025

HARI AKHIR TARIF  


TARIF  dari Amerika untuk negara kita akan di ketahui hari ini. Berapa % akan di kenakan oleh Trump ? Paling akhir 25%  - apakah  Zafrul berjaya dan dapat turunkan.

Tarif ini cukai. Sama  macam Madafaka kenakan SST pada kita semua. Bila ada cukai SST maka kita kena bayar lebih – lebih mahal dari harga lama.

Bila Trump kenakan tarif pada Malaysia maka barang  produk dari Malaysia jadi mahal. Yang kena bayar ialah pengguna Amerika. Cukai import itu akan di pulangkan kembali kepada pengguna. 

Trump gunakan tarif ini untuk paksa  negara-negara ikut cakap Amerika. Brazil kena 50% kerana tak ikut cakap Trump. Canada kena 30++ kerana Canada nak iktiraf  negara Palestin.

Trump kenakan  tarif pada China kerana China di anggap musuh Amerika.

Satu lagi ialah SANCTION atau SEKATAN ekonomi. Ini juga di gunakan oleh Amerika sebagai tekanan kepada musuh.  

Rusia kena sekatan kerana Perang Ukraine. Tapi sebenarnya SEKATAN ini tak bawa apa-apa mudarat. Malah baik untuk negara yang kena sekatan. 

Contoh terbaik CUBA – berpuluh-puluh tahun kena SANCTION – tapi Cuba masih gagah berdiri. Mengikut laporan PBB Cuba  paling  ramai Doktor. Malah Cuba hantar doktor untuk khidmat di luar negara. Cuba juga hebat dalam sukan dunia.  Sekatan ekonomi pada Cuba menjadikan Cuba berdikari. 

Sekarang Trump nak guna Sekatan pada Rusia. Kah kah kah. Rusia tak ambil pot. Malah ekonomi Rusia makin kukuh. Matawang Rusia  makin  kukuh.  Sekatan ekonomi pada Rusia makan diri.  Dulu German  dapat bekalan minyak dan gas dari Rusia dengan harga murah. Sekarang  German kena beli dari USA dengan harga mahal. Kah kah kah. Maka industri German jadi meleset. Kah kah kah.

GAZA
Kemarin 91 orang warga Gaza mati dibunuh oleh Israel Blackrock. Ini ketika  Steve Wittkof  - wakil Trump datang  ke Gaza nak tengok betul  ke ada orang lapar  Gaza.

MYANMAR
Junta Militer umum DARURAT tamat. PRU akan diadakan bulan Disember depan.

SWEDEN
Negara ini beri cadangan kepada negara Kesatuan Eropah untuk BEKU perjanjian perdagangan  dengan Israel. Ini kerana Israel Blackrock sedang menjalan genosid.

SIAM
Thaksin – PEMBUNUH TAK BAI – buat teater – klim sakit untuk elak dari masuk penjara kes rasuah. Nak ditahan dalam hospital.

HOKKIEN
Pagi ini berangin. Langit mendung. Matahari tidak kelihatan KL & KL Sentral berkabus nipis. Awan hitam berarak untuk berkumpul membawa hujan.

Di pintu masuk Jantan berkokok. Atas bukit Tekukur berlagu. Seekor Keng Keng melintas arah ke Istana Lama.

Tertiba  rintik-rintik menjadi rebas – rebas menjadi hujan. Gua  pulang cepat. Ezi dah cabut awal. 

Ketika gua mengetik hujan dah berhenti. Langit masih kelam. Gua rasa hari ini akan redup. Jap lagi  gua nak ke  Chow Kit -  sehari awal.  Nak beli barang – malam ini ada parti sambutan 10 TAHUN KEMPEN TANGKAP NAJIB – gua nak beli  AIR KELAPA – kah kah kah. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM  DIPAGI
JUMAAT

Nasib arang menjadi bara
Rumah besar lagak istana
Najib  sudah masuk penjara
Rosmah  wajib ikut sama

Rumah besar tinggalan ayahanda
Jadi  pusaka anak Bentara
Rosmah wajib sama di denda
Betina jahat perosak negara

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: