Jumaat, 12 September 2025

HUTANG NEGARA



Gerakan: RM100 Bantuan Kerajaan Dibayar Guna Hutang, Bukan Poket PM


KUALA LUMPUR, 12 Sep 25 – Presiden GerakanDr Dominic Lau Hoe Chai, mempersoalkan langkah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bantuan tunai RM100, yang menurutnya hanya menambah beban hutang negara.

Beliau mendakwa jumlah keseluruhan bantuan RM2 bilion itu bukan datang daripada hasil kukuh kerajaan, sebaliknya diperoleh melalui pinjaman baharu.

“RM100 ini bukan dari poket perdana menteri. Ia sebenarnya ditampung melalui hutang kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dominic menyindir bantuan itu sebagai tidak sebanding dengan inisiatif kerajaan Singapura, yang sejak 2020 memperkenalkan pelbagai skim untuk membantu rakyat mengurangkan tekanan kos hidup.

Katanya, pada Disember lalu sahaja, Singapura memberikan bantuan tunai antara SGD200 (RM657) hingga SGD600 (RM1,971) kepada 2.9 juta warganya, selain pakej tambahan seperti Bantuan Khas Kos Sara Hidup, baucar perbelanjaan isi rumah, serta rebat bil air dan elektrik.

“Kerajaan Singapura bukan sahaja memberi lebih, malah memperluas skop bantuan berdasarkan pendapatan, umur, status keluarga dan nilai harta kediaman. Malaysia pula, di bawah Anwar, terus menaikkan cukai dan memotong subsidi,” katanya.

Dominic menegaskan sebarang bantuan kerajaan sepatutnya menumpu pada keperluan asas rakyat seperti menampung kos perubatan, mengurangkan beban sara hidup, dan memastikan simpanan persaraan lebih terjamin.

Pada 4 September lalu, Anwar mengumumkan pemberian khas RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk golongan B40, M40 dan T20, sebagai langkah meringankan beban sara hidup. Bantuan tersebut dikreditkan terus ke MyKad dan boleh digunakan bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan keperluan asas.

WOIT

DOKTOR NI

TAK FAHAM

AMIN

MADAFAKA UMUM

BERI DUIT 

SEBELUM DEMO

TURUN ANWAR

26 JULAI 2025

KAH KAH KAH

INI DUIT NAK

BELI SOKONGAN

MELAYU YANG

NAK TERAJANG

MADAFAKA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan