Jumaat, 12 September 2025

KITA ADA TUN MAIMUN UNTUK GANTI MADAFAKA



Bekas Ketua Hakim dinamakan pilihan utama jadi pemimpin interim Nepal


KATHMANDU: Bekas Ketua Hakim Nepal, Sushila Karki, dinamakan sebagai pilihan utama untuk menjadi pemimpin interim, menurut seorang wakil penunjuk perasaan 'Gen Z', hari ini, selepas demonstrasi besar-besaran menggulingkan Perdana Menteri, KP Sharma Oli.

Jurucakap tentera pula memaklumkan bahawa Ketua Angkatan Tentera Nepal, Jeneral Ashok Raj Sigdel, sudah mengadakan rundingan dengan pemegang taruh berkaitan serta mesyuarat bersama wakil Gen Z, semalam - merujuk kepada 'gabungan longgar' gerakan protes - tanpa memberikan butiran lanjut.

Pihak tentera sedang berusaha memulihkan ketenteraman di Nepal yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk, selepas keganasan terburuk dalam tempoh dua dekad telah menggulingkan Perdana Menteri dan menyebabkan bangunan Parlimen terbakar pada Selasa lalu.

"Buat masa ini, nama Sushila Karki diketengahkan untuk memimpin kerajaan interim. Sekarang, kami menunggu Presiden untuk bertindak.

"Kami berbincang dengan ketua tentera berhubung masa depan. Ia adalah mengenai bagaimana kita boleh bergerak ke hadapan, dan juga menjaga keamanan serta keselamatan negara," kata Rakshya Bam yang merupakan antara individu menghadiri mesyuarat itu, kepada AFP.

Karki, 73 - seorang ahli akademik dan wanita pertama memegang jawatan Ketua Hakim Mahkamah Agung di Nepal - menjelaskan kepada AFP bahawa pakar-pakar perlu tampil bersama untuk mencari jalan ke hadapan, dan 'Parlimen masih berfungsi.'

Bagaimanapun, beberapa pihak lain memberi amaran bahawa pilihan penunjuk perasaan itu - yang terdiri daripada pelbagai kumpulan - adalah jauh daripada keputusan sebulat suara.

Pada satu mesyuarat maya yang disertai ribuan orang melalui platform Discord, golongan muda membincangkan pelbagai agenda dan berbahas mengenai siapa yang patut mewakili mereka.

Tunjuk perasaan meletus di Kathmandu pada Isnin lalu bagi membantah isu rasuah dan langkah kerajaan mengenakan larangan ke atas media sosial.

Namun, protes merebak ke seluruh negara dengan keganasan yang menyaksikan bangunan kerajaan dibakar selepas sekurang-kurang 19 maut dalam kekacauan itu.

KITA ADA TUN

TENGKU MAIMUN

UNTUK GANTI

MADAFAKA

AMIN

JUJUR BIJAK

BERWIBAWA

BEBAS RASUAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan