Isnin, 1 September 2025

MENTERI RASUAH RUMAH DI BAKAR - RAKYAT BIJAK


Apa Disebalik Kemarahan Rakyat Indonesia ?


Gelombang demonstrasi yang tercetus di beberapa kota besar Indonesia sejak minggu lalu menandakan kemuncak ketidakpuasan rakyat terhadap arah ekonomi negara.

Rumah Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati, dilaporkan turut menjadi sasaran penjarahan, menjadikan beliau simbol kemarahan orang ramai terhadap beban hidup yang semakin menghimpit.

Penganalisis ekonomi menyatakan, kemarahan rakyat berpunca daripada beberapa faktor, antara yang utama adalah mengenai peningkatan kos sara hidup di mana pemotongan subsidi bahan bakar dan tenaga yang dilaksanakan bagi mengawal defisit fiskal, menekan isi rumah berpendapatan rendah.

Walaupun langkah itu dilihat perlu bagi menjaga kestabilan makroekonomi, rakyat beranggapan ia hanya menambah penderitaan harian.

Kemarahan rakyat juga dibakar apabila cadangan belanjawan 2026 memberi peruntukan besar kepada sektor pertahanan, sedangkan perbelanjaan kesihatan, pendidikan, dan bantuan sosial dianggap tidak mencukupi untuk mengimbangi kos hidup rakyat.

Pada masa yang sama, kerajaan menjamin tiada cukai baru diperkenalkan tahun depan, tetapi rakyat melihat sistem percukaian sedia ada lebih membebankan golongan menengah dan kecil berbanding korporat besar.

Protes yang bermula di Jakarta kini merebak ke Bandung, Surabaya, Makasar dan Medan. Tuntutan demonstran bukan sahaja menolak dasar ekonomi kerajaan, tetapi juga menuntut transparensi belanjawan dan penstrukturan semula subsidi rakyat.

Sri Mulyani dalam beberapa kenyataan menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan, sambil menekankan pentingnya disiplin fiskal bagi melindungi ekonomi Indonesia daripada risiko global.

Presiden Prabowo Subianto pula mempertahankan kehadiran beliau dalam kabinet, menyifatkan Sri Mulyani sebagai tokoh teknokrat yang berpengalaman dan diyakini pasaran antarabangsa.

Namun, pemerhati politik berpendapat, kebergantungan berlebihan kerajaan terhadap kredibiliti Sri Mulyani boleh menjadi pedang bermata dua – di satu sisi menenangkan pelabur, tetapi di sisi lain terus menyemarakkan kebencian rakyat yang memandangnya sebagai wajah dasar tidak popular.

Demonstrasi ini berpotensi menggugat kestabilan awal pentadbiran Prabowo yang baru sahaja bermula. Sekiranya kemarahan rakyat tidak ditangani dengan cepat melalui reformasi subsidi, perlindungan sosial, dan komunikasi lebih jujur, protes jalanan mungkin berkembang menjadi krisis legitimasi.

Demonstrasi yang berlaku kini memberi isyarat jelas bahawa rakyat mahu dasar ekonomi yang lebih berpihak kepada kesejahteraan mereka, bukan sekadar menjaga angka defisit dan kestabilan pasaran. @analitiko


RAKYAT INDON

BERTINDAK BIJAK

AMIN

MENTERI & YB

KAKI FRUAH

AMIN

HARTA DI SITA

RUMAH DI GELEDAH

AMIN

NAK TUNGGU

MAHKMAH 

BERTAHUN- TAHUN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan