Peguam Tuntut SPRM Jelaskan Status 47 Kes Zahid
KUALA LUMPUR, 10 Sep 25 — Peguam kanan Haniff Khatri Abdulla menuntut penjelasan pihak berkuasa berhubung status siasatan membabitkan 47 pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang diberikan kebenaran melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadapnya.
Haniff berkata, sudah lebih dua tahun sejak DNAA itu diberikan yang mana atas alasan memerlukan siasatan lanjut.
Zahid sebelum ini dikaitkan dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang diasasnya
“Sudah dua tahun lima hari, sejak tarikh keramat tersebut. Persoalan kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki memandangkan anda boleh secara sihat beri maklumat terperinci tentang kedudukan kes di bawah SPRM maka di manakah kenyataan anda berhubung perkembangan siasatan tersebut.
“Azam tunjuk pegawai amat efisyen siasat kesemua kes SPRM lain kenapa kes Zahid tidak ada langsung kenyataan siasatan.
“Wajib ditahap ini yang melampaui tarikh dua tahun selepas tarikh pengguguran (jelaskan sama ada) ada siasatan atau tiada siasatan,” tegas Haniff.
Katanya, Azam perlu menjelaskan status siasatan tersebut kepada rakyat Malaysia tanpa boleh berselindung lagi.
“Tolong sahkan dengan rakyat Malaysia adakah siasatan tak dilakukan langsung,” kata Haniff lagi.
Katanya, persepsi muncul kononnya tiada sebarang siasatan dilakukan kerana Zahid merupakan timbalan perdana menteri.
“Kerana tiada perkembangan siasatan daripada pengguguran 47 pertuduhan.
Lagi anda diam membisu jangan salahkan rakyat menampilkan persepsi tiada kenyataan dari SPRM kerana Zahid adalah timbalan perdana menteri.
“Rakyat tak boleh dianggap bodoh, diminta berdiam diri,” tegas Haniff lagi.
Ahmad Zahid sebelum ini berdepan kes membabitkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram Yayasan Akalbudi pula berakhir dengan DNAA pada 4 September 2023. @politiko.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan