Khamis, 9 Oktober 2025

11,100 PALESTIN DALAM PENJARA ISRAEL


Lebih 11,100 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel

RAMALLAH: Lebih 11,100 rakyat Palestin kini ditahan di penjara Israel sejak awal Oktober, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

Dalam satu kenyataan, badan advokasi itu berkata, jumlah berkenaan adalah yang tertinggi sejak Intifada Kedua pada tahun 2000.

"Menurut maklumat yang diumumkan oleh Pentadbiran Penjara Israel setakat Oktober, bilangan tahanan yang yang dijatuhi hukuman melebihi 1,460 orang," katanya.

Menurut badan itu lagi, kira-kira 350 tahanan kini menjalani hukuman penjara seumur hidup atau sedang menunggu keputusan hukuman sama terdiri daripada 303 yang sudah dijatuhi dan 40 lagi sedang dibicarakan.

PPS turut memaklumkan, tahanan Palestin berprofil tinggi, Abdullah Barghouthi adalah tahanan dengan tempoh hukuman paling panjang selepas dijatuhi 67 hukuman penjara seumur hidup, diikuti Ibrahim Hamed dengan 54 hukuman seumur hidup.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 53 wanita turut ditahan, termasuk tiga dari Gaza dan dua remaja perempuan.

Selain itu, lebih 400 kanak-kanak Palestin dilaporkan dipenjarakan di Penjara Ofer dan Megiddo.


YANG DI PENJARA

BUKAN 

PENJENAYAH

AMIN

MEREKA PEJUANG

MELAWAN ZIONIS

AMIN

REDAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan