Khamis, 9 Oktober 2025

TOLAK TRUMP - TOLAK MADAFAKA




Larang Trump Hadir Juga Sebahagian Maqasid Syariah – Putra



KUALA LUMPUR, 3 Okt 25 — Menolak kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke negara ini juga sebahagian daripada maqasid syariah kerana bersekongkol dengan kekejaman Israel di Palestin.

Pemangku Ketua Wira Putra Dr. Mohamad Izwan Zainal berkata, jemputan itu harus dibatalkan atau izinkan rakyat bercuti bagi melaksanakan demonstrasi menentang penindasan dilakukan Israel yang disokong AS

“Tidak tepat untuk mengatakan bahawa jemputan Trump ke Malaysia boleh dianggap selari dengan maqasid syariah.

“Sebaliknya, menolak atau menentang individu seperti beliau yang jelas menyokong dasar Amerika Syarikat bersekongkol dengan Israel adalah sebahagian daripada usaha menegakkan maqasid itu sendiri, ” tegasnya, dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Malaysia mesti berani, bukan tunduk kerana kita bukan negara kecil yang boleh dipijak-pijak sesuka hati.

“Batalkan jemputan Trump, biar dunia tahu Malaysia menolak sekeras-kerasnya tangan Amerika yang bersubahat dengan Israel.

“Jika beliau tetap menjejakkan kaki ke bumi Malaysia, isytiharkan cuti umum agar rakyat dapat turun ke jalan raya berhimpun, melawan simbol penindasan ini secara terbuka dan lantang, ” tegasnya.

Jemputan ke atas Trump itu katanya ibarat membuka pintu rumah kepada penjajah yang berlumuran darah.

“Inilah masanya untuk membuktikan bahawa Malaysia berdiri teguh bersama Palestin, menolak penindasan, dan menentang sesiapa sahaja yang berpihak kepada kezaliman.

“Kerajaan tidak boleh berlindung di sebalik alasan politik atau diplomasi, ” tambahnya.

Terdahulu, beberapa pihak termasuk Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa kerajaan Malaysia membatalkan jemputan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang dipengerusikan oleh Malaysia. @politiko.my

JELAS AMAT

JELAS

AMIN

TOLAK TRUMP

TOLAK

MADAFAKA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan