Rabu, 29 Oktober 2025

ISLAM BUNUH ISLAM




Rundingan damai Afghanistan-Pakistan gagal - Menteri Pakistan


ISLAMABAD: Rundingan bagi mencapai gencatan senjata jangka panjang antara Afghanistan dan Pakistan berakhir di Istanbul tanpa sebarang penyelesaian berkesan, kata Menteri Penerangan Pakistan, Attaullah Tarar, semalam.

Rundingan itu bertujuan mencapai keamanan berkekalan antara dua negara jiran di Asia Selatan itu selepas puluhan nyawa terkorban di sepanjang sempadan mereka, dalam kejadian keganasan terburuk sejak Taliban mengambil alih pentadbiran di Kabul pada 2021.

Tarar dalam satu kenyataan berkata, Afghanistan terus menyimpang daripada isu utama dan mengelak perkara pokok yang menjadi asas kepada proses dialog berkenaan.

"Sebaliknya, Taliban memilih untuk menyalahkan pihak lain, berdolak-dalih dan menggunakan pelbagai helah. Justeru, rundingan itu gagal menghasilkan sebarang penyelesaian yang boleh dilaksanakan," katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Luar dan Pertahanan Afghanistan masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap kenyataan Tarar itu setakat ini.

Sebelum ini, kedua-dua negara bersetuju mengadakan gencatan senjata yang dilakukan di Doha pada 19 Oktober lalu, namun gagal mencapai kata sepakat dalam pusingan kedua rundingan yang disokong Turkiye dan Qatar di Istanbul, menurut sumber diplomatik Afghanistan dan Pakistan yang dipetik Reuters.

Kedua-dua pihak saling menuding jari atas kegagalan berkenaan.

Sumber keselamatan Pakistan berkata, Taliban enggan memberikan komitmen untuk mengekang kumpulan Taliban Pakistan, kumpulan militan berasingan yang memusuhi Islamabad dan didakwa beroperasi bebas di wilayah Afghanistan.

Sumber Afghanistan yang mengetahui perjalanan rundingan pula berkata, perbincangan itu berakhir selepas bertelagah berhubung isu berkenaan dan mendakwa bahawa Afghanistan menegaskan mereka tiada kawalan ke atas Taliban Pakistan yang melancarkan beberapa serangan terhadap tentera Pakistan kebelakangan ini.

Kedua-dua sumber itu enggan dikenali kerana tidak dibenarkan bercakap secara terbuka kepada media.

Pertempuran pada Oktober lalu tercetus selepas Pakistan melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Afghanistan, termasuk ibu negara Kabul, bagi menyasarkan ketua kumpulan Taliban Pakistan.

Sebagai tindak balas, Taliban menyerang beberapa pos tentera Pakistan di sepanjang sempadan sepanjang 2,600 kilometer itu.

Sabtu lalu, Menteri Pertahanan Pakistan berkata, beliau percaya Afghanistan mahukan keamanan, namun kegagalan mencapai persetujuan di Istanbul bererti perang terbuka antara kedua-dua pihak.

Walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa, tentera Pakistan pada Ahad lalu memaklumkan lima anggotanya dan 25 militan Taliban Pakistan terbunuh dalam pertempuran berhampiran sempadan Afghanistan.

INI CONTOH

TERBAIK NEGARA

ISLAM

KAH KAH KAH

DUA NEGARA INI

KLIM PALING

ISLAM DALAM 

DUNIA

KAH KAH KAH

SATU KETURUNAN

SAMA SEJARAH

SAMA AGAMA

TAPI GADUH

AMIN

KERANA APA?

JENG JENG JENG

KERANA PAKISTAN

BARUA AMERIKA

KERANA AFGHAN

BARUA INDIA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan