Jumaat, 31 Oktober 2025

PANDANGAN PAKAR EKONOMI - WAJIB BACA


Belum pernah seorang PM atau menteri Miti serah kedaulatan, jadikan Malaysia 'pak turut', kata pakar


balik antara  Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai satu bentuk "penyerahan kedaulatan negara" yang tidak berbeza dengan zaman penjajahan di mana raja-raja Melayu dipaksa menerima "nasihat" residen British.

"Jika ini bukan penyerahan kepada kuasa asing, maka apa lagi,” soal ahli ekonomi dan bekas penasihat ekonomi negara, Muhammed A Khalid, dalam sebuah  analisis mengenai perjanjian itu yang diterbitkan Malaysiakini.

Ia ketika pentadbiran Anwar Ibrahim berdepan bantahan semakin meningkat terhadap perjanjian yang dimeterainya bersama Presiden Donald Trump pada 26 Oktober.

Muhammed  mempersoalkan sama ada wujud "musuh dalam selimut" yang menghasilkan perjanjian itu sehingga melucutkan hak Malaysia menentukan dasar sendiri dan tunduk kepada kepentingan geopolitik AS.

"Jelas, perjanjian ini menggadai kedaulatan pada harga yang sangat murah. Persoalannya, mengapa dengan mudah menyerah diri?" tulis Muhammed , yang juga seorang Felo di World Inequality Lab di Paris School of Economics.

"Adakah ada musuh dalam selimut dalam kalangan kita?" soalnya.

Muhammed berkata sejak merdeka, tidak pernah berlaku seorang perdana menteri mahupun menteri perdagangan, tidak kira dari mana-mana parti, yang "melutut dan memohon kebenaran untuk membuat dasar sendiri daripada negara asing".

“Ini bukan perjanjian perdagangan, ia adalah penyerahan kepada sebuah hegemon," tulisnya.

Butiran mengejutkan dalam perjanjian itu mula didedahkan di media sosial dan giat dibincang oleh penganalisis ekonomi, sejurus selepas Anwar bergambar bersama Trump sambil menunjukan dokuman yang ditandatangani dan cuba berseloroh dengan presiden AS itu yang menghadiahkannya sebatang pen rasmi dari White House.

Di sebalik kempen media kerajaan mempromosikan perjanjian itu sebagai kejayaannya berunding mendapatkan kadar tarif lebih rendah daripada Trump ke atas barangan Malaysia, orang ramai meluahkan rasa marah di media sosial apabila butiran perjanjian menunjukkan ia mengikat dasar ekonomi, luar negara dan keselamatan negara kepada kepentingan unilateral AS, di samping melucutkan kedaulatan Malaysia dan kuasa kawal selianya.

Antara yang menjadi titik kemarahan awam ialah peruntukan yang mewajibkan Malaysia menjadi pemain langsung dalam sebarang konflik ekonomi melibatkan AS.

Menurut peruntukan itu, sekiranya Washington mengenakan sekatan atau tarif ke atas mana-mana negara ketiga atas alasan keselamatan negara, Malaysia "hendaklah mengambil atau memastikan tindakan yang mempunyai kesan sama", seterusnya menamatkan dasar Malaysia untuk tidak bersekutu.

Perjanjian itu juga akan menyaksikan pemindahan kekayaan besar-besaran dari Malaysia ke AS secara sehala sebanyak AS$220 bilion dalam bentuk pelaburan di AS dan pembelian barangan AS oleh syarikat multinasional Malaysia.

Muhammed menyenaraikan beberapa kebimbangannya terhadap perjanjian itu yang menurutnya meberikan faedah terlalu kecil kepada Malaysia.

Sebagai contoh, hanya 12% daripada barangan Malaysia bernilai kira-kira AS$5 bilion (RM21 bilion) bakal menikmati kadar tarif sifar.

Muhammed mengingatkan bahawa analisis bebas menganggarkan nilai sebenar barangan yang dikecualikan hanyalah AS$1 bilion, iaitu cuma 2.4% daripada jumlah keseluruhan eksport. 

"Ini bermakna majoriti produk kita, termasuk barangan berteknologi tinggi, masih dikenakan tarif sehingga 19%. Angka ini sahaja sudah menafikan sepenuhnya dakwaan 'perjanjian terbaik' itu. Sebagai perbandingan, jiran kita Singapura hanya dikenakan tarif 10%," katanya.

Eskport Malaysia sebelum ini rata-rata hanya dikenakan tarif tidak lebih darpada 3%. Bagaimanapun, Trump pada April mengumumkan kadar tarif tinggi terhadap negara-negara yang mengeksport barangan dan perkhidmatan ke AS.

Bagi Malaysia, tarif yang pada awalnya ditetapkan pada 25% kemudian diturunkan kepada 19%, kadar yang akan dikekalkan sekiranya Malaysia mematuhi semua komitmen dalam perjanjian ditandatangani Ahad lalu.

Muhammed berkata kos sebenar perjanjian itu tidak boleh diukur hanya melalui tarif, "tetapi melalui penyerahan kedaulatan negara kita secara terang-terangan". 

Katanya, Malaysia menandatangani 16 perjanjian perdagangan bebas (FTA) sejak sekian lama.

"Namun tiada satu pun yang mengandungi peruntukan yang begitu menghina maruah negara seperti perjanjian itu," tulisnya, sambil membuat perbandingan dengan Singapura yang hanya dikenakan tarif purata 10%.

Malaysia jadi 'pak turut'

Muhammed turut menyatakan kebimbangan ramai terhadap Artikel 5.3 dalam perjanjian itu yang memberikan Washington kuasa penuh dalam hubungan dagang masa depan Malaysia, termasuk hak menamatkan perjanjian tersebut jika Malaysia menandatangani FTA dengan negara yang dianggap menjejaskan kepentingan AS.

Klausa itu katanya turut meliputi perjanjian Perdagangan Digital (Artikel 3.3), yang memaksa Malaysia berunding dengan AS sebelum membuat sebarang perjanjian digital baharu dengan negara lain.

"Kedua-dua klausa ini dengan jelas menundukkan strategi ekonomi nasional kita kepada kepentingan geopolitik kuasa asing."

Manakala Artikel 5.1 dalam perjanjian itu, kata Muhammed , menjerumuskan Malaysia sebagai alat kepada dasar luar Washington menjadi "pak turut" dalam sebarang sekatan ekonomi atau keselamatan nasional unilateral AS terhadap negara ketiga.

Begitu juga komitmen Malaysia menyalurkan hampir RM1 trilion pelaburan ke dalam ekonomi AS, termasuk syarat mewajibkan syarikat minyak negara Petronas membeli RM10 bilion gas asli cecair (LNG) setiap tahun dari Amerika.

Ia sesuatu yang "tidak normal dan tidak pernah berlaku" dalam sejarah negara, kata Muhammed .

Selain itu, perjanjian itu turut memberi kesan kepada syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Tabung Haji, PNB dan KWSP, di samping menutup ruang sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, tambahnya.

Perjanjian itu juga menyebabkan industri tempatan seperti sektor pembuatan kereta dan pertanian terjejas, di samping kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang menguruskan industri halal, dilemahkan apabia kandungan Annex III Artikel 2.5 membenarkan produk AS menggunakan logo halal oleh badan pensijilan AS.

"Ini adalah model konsensus Washington kuno yang dipertikaikan sejak 35 tahun lalu. Perdana menteri dan menteri perdagangan nampaknya gembira untuk kembali ke masa silam dan berkiblatkan Washington," kata Muhammed .


INI PANDANGAN

PAKAR EKONOMI

AMIN

HABIS NEGARA

TERGADAI HANYA

KERANA  MADAFAKA

BERNAMA ANWAR

NAK DI LIHAT 

HEBAT

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan