Jumaat, 31 Oktober 2025

PENJAJAHAN BENTUK BARU - KAWAL BENIH


Kawalan Benih Diserah Pada Kepentingan Asing, UPOV Canggah Perlembagaan-NGO

KUALA LUMPUR, 30 Sep 25 — Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan (UPOV) 1991 didakwa perjanjian antarabangsa yang bersifat zalim dan mengancam.

Koordinasi Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) Nurfitri Amir Muhammad mendakwa ia akan mengakibatkan Malaysia menyerahkan kawalan sektor benih kepada kepentingan komersial asing.

Penyertaan konvensyen itu juga katanya bercanggah Perlembagaan kerana menentang amalan tradisi petani untuk menyimpan, menggunakan, bertukar-tukar, dan menjual benih dari hasil tuaian mereka.

“Secara langsung mengancam sumber pendapatan komuniti tempatan dan orang asal yang bergantung pada amalan ini untuk mendapatkan benih dan menghasilkan makanan.

“Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk hidup—satu hak yang telah ditafsirkan sebagai merangkumi hak untuk mencari rezeki.

“Perkara 76(2) Perlembagaan juga menyatakan dengan jelas bahawa sebarang undang-undang yang mengatasi undang-undang dan adat anak negeri di Sabah dan Sarawak memerlukan rundingan dengan kerajaan negeri,” katanya.

Perjanjian itu juga katanya akan menyebabkan harga benih menjadi lebih tinggi, meningkatkan risiko biopirasi (pencurian sumber genetik) tempatan, dan menghakis hak-hak petani secara sistematik, termasuk hak orang asal dan komuniti tempatan (IPLC).

Katanya, Malaysia mempunyai peruntukan mencukupi seperti Akta Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan 2004 (Akta PNPV 2004) sedia ada telah mewujudkan keseimbangan yang teliti—ia melindungi hak pembiak baka sambil menjaga kepentingan para petani, orang asal dan komuniti tempatan (IPLC), kepelbagaian biologi, serta hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

Melaksanakan UPOV 1991 juga katanya akan menyebabkan undang-undang  terpaksa dimansuhkan, seterusnya melenyapkan perlindungan penting dan menjejaskan kedaulatan Malaysia.

“Langkah ini akan menjejaskan dan bercanggah secara langsung dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta undang-undang negara yang lain seperti Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017, Akta Biokeselamatan 2007, Enakmen Biodiversiti Sabah, Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak 1997 yang baru dipinda, dan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi. @politiko.my

BENIH PADI

GANDUM JAGUNG

DAN SEMUN BENIH

JADI HAK MILIK

KOMPENI KAPITALIS

SEPERTI MOSANTO

AMIN

NAK TANAM KENA

BELI DARI MEREKA

AMIN

INI PENJAJAHAN

BENTUK BARU

AMIN

SAPA KAWAL

MAKANAN AKAN

KAWAL DUNIA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan