Ahad, 26 Oktober 2025

PERANGAI MADAFAKA



Penyokong Palestin ditahan beramai-ramai ketika Anwar yang 'sangat baik' berjoget dengan 'kawan terhebat Israel'


Polis malam tadi menahan lebih 60 penyokong pro-Palestin yang menyertai sebuah konvoi mingguan untuk membantah jemputan kerajaan Anwar Ibrahim kepada Presiden Donald Trump, di mana kehadirannya di Sidang Kemuncak Asean dilihat mencuri perhatian berbanding sepuluh pemimpin kerajaan lain yang mewakili blok serantau itu.

Penangkapan berlaku beberapa jam sebelum Trump tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan Air Force One, di mana beliau memberitahu wartawan dalam pesawat rasmi itu bahawa Anwar adalah "seorang yang sangat baik".

"Saya beritahu pemimpin Malaysia (Anwar), beliau adalah seorang yang sangat baik. Saya kata, saya berhutang anda satu lawatan," Trump dipetik sebagai berkata.

Anwar dan beberapa menteri hadir di lapangan terbang untuk menyambut Trump, yang diraikan dengan tarian tradisional yang meriah.

Trump merupakan presiden AS ketiga yang melakukan lawatan ke Malaysia, selepas Lyndon B Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014.

Bagaimanapun, kali ini, ia berlaku di sebalik sentimen anti-Amerika yang memuncak di seluruh dunia Islam susulan sokongan terbuka Washington kepada kempen genosida Israel di Gaza, yang setakat ini telah meragut lebih daripada 60,000 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Hanya dua minggu yang lalu, pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan Trump "sahabat terhebat Israel yang pernah berada di Rumah Putih".

"Tidak pernah seorang presiden Amerika yang lakukan lebih banyak demi Israel, dan seperti yang saya katakan di Washington, memang tiada tandingan. Benar-benar tiada tandingan," kata Netanyahu dalam ucapan di Knesset pada 13 Oktober.

Anwar sebelum ini menolak pelbagai seruan daripada kumpulan dan tokoh terkemuka untuk membatalkan jemputan kepada pemimpin AS itu. 

Sebaliknya, pentadbirannya melancarkan kempen media bagi menggambarkan lawatan itu tidak akan menjejaskan dasar kerajaan Malaysia selama ini yang menyokong perjuangan Palestin.

Trump_rally_posterPerhimpunan anti-Trump diteruskan

Sepanjang minggu lalu, pihak berkuasa mengadakan langkah keselamatan besar-besaran di beberapa kawasan di bandar raya, termasuk sekatan jalan berupa "lockdown" untuk menghalang orang ramai daripada menghampiri kawasan sekitar tempat Sidang Kemuncak Asean di KLCC, tidak jauh dari kedutaan AS yang menjadi tumpuan perhimpunan anti-Trump.

Malam tadi, polis melakukan operasi menyekat konvoi motosikal yang mengibarkan bendera Palestin, dan menahan 64 orang.

Menjelang 2.30 pagi, 62 daripada mereka dibebaskan. Dua lagi ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas tuduhan menghalang pegawai polis menjalankan tugas. Mereka termasuk pempengaruh popular Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Ketika dihubungi, peguam Rafique Rashid memberitahu MalaysiaNow beliau masih belum menerima sebarang kemas kini mengenai status kedua-dua mereka.

Tindakan polis itu beberapa hari selepas Ketua Polis Negara Khalid Ismail memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menganjurkan sebarang himpunan anti-Trump ketika Sidang Kemuncak Asean supaya tidak "mencemarkan imej negara yang aman dan berdaulat".

Kenyataan itu mencetuskan kemarahan di media sosial, dengan ramai menganggap mereka yang menyertai bantahan terhadap kehadiran Trump di Malaysia sebagai patriot sebenar yang menebus imej Malaysia.

Amaran polis itu tidak menghalang gabungan pelajar dan kumpulan aktivis yang bernaung di bawah Sekretariat Bantah Trump daripada meneruskan himpunan yang dirancang di Ampang Park hari ini.

"Perhimpunan ini merupakan deklarasi bersatu bahawa pendorong genosid dan penjenayah perang tidak dialu-alukan, bukan di sini, bukan di mana-mana sahaja.

"Sudah tiba masanya negara-negara Asean mengambil pendirian lebih tegas dalam mengelakkan semua bentuk normalisasi untuk melemahkan hegemoni AS di rantau ini. Oleh itu, Sekretariat Bantah Trump menyeru orang ramai untuk sama-sama menentang ancaman terbesar kepada manusia di zaman ini," katanya.


RAKYAT SOKONG

PALESTIN

DI TANGKAP

AMIN

ZIONIS DISAMBUT

MERIAH

AMIN

SAH DAN SAHIH

MADAFAKA INI

KAWAN BAIK

ZIONIS 

DONALD TRUMP

KHALAS


1 ulasan:

  1. Tu la tak mau duduk diam pak chu cheng...ini la padah dia...kakakakak

    BalasPadam