Ahad, 26 Oktober 2025

ZIONIS ISREAL WAJIB DI SERANG



Konvoi bantuan ke Gaza masih disekat


RAFAH: Beberapa konvoi lori bantuan masih berbaris di lintasan Rafah di sempadan Mesir untuk memasuki Gaza kerana masih disekat tentera Israel.

Lintasan Rafah satu-satunya pintu masuk utama bagi bantuan ke Gaza kekal ditutup sejak Israel mengambil alih kawalan ke atasnya pada Mei tahun lalu.

Akibatnya, sejumlah besar bantuan kini tersangkut di bahagian Mesir.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis lalu menggesa supaya lintasan berkenaan dibuka semula dan konvoi bantuan sepatutnya diberikan laluan tanpa sekatan.

"Hanya sebahagian kecil bantuan yang tiba ke Gaza daripada keperluan sebenar, " kata agensi itu ketika sedang berusaha membina semula sistem kesihatan wilayah berkenaan.

Perjanjian gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat (AS) masih berkuat kuasa antara Israel dengan Hamas.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak terus saling menuduh melanggar perjanjian terbabit.

ZIONIS ISRAEL

TERUS MENYERANG

 AMIN 

ANGKAT SENJATA

SEKALI LAGI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan