Selasa, 28 Oktober 2025

WARGA DUNIA MULA MENGUTUK MADAFAKA ZIONIS TEMPATAN





Lidah tentera Iran kecam kerajaan Anwar raikan 'penyokong utama Israel'


Beberapa hantaran oleh sebuah saluran media sosial yang memainkan peranan sebagai jurucakap angkatan tentera Iran telah mengecam sambutan meriah yang diberikan kerajaan Malaysia kepada Donald Trump, tindakan yang mungkin mencetuskan pertikaian diplomatik antara kedua-dua negara Islam itu ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdepan kemarahan atas cara beliau meraikan presiden AS itu.

Ahad lalu, Facebook "Iran Military" yang dilihat berpengaruh dengan lebih dua juta pengikut dari seluruh dunia, memuat naik klip Anwar berjoget bersama Trump sejurus selepas pesawat Air Force One mendarat di KLIA.

"Kerajaan Islam (!) Malaysia meraikan Trump, penyokong utama Israel, dengan tarian dan muzik!" menurut kenyataan yang disertakan.

Ia mengundang ribuan reaksi "like" dan komen.

Sebuah lagi hantaran memuji rakyat Malaysia kerana membantah lawatan Trump.

"Setiap langkah salah oleh kerajaan Islam akan dibalas dengan semangat teguh rakyat mereka!" katanya.

"Saudara-saudara kita di Malaysia telah menjawab tindakan salah kerajaan mereka dengan penuh maruah dan keberanian. Umat Islam tidak pernah berdiam diri! Bukan di Malaysia, bukan di mana-mana!" menurut sebuah lagi catatan, yang turut mengundang ratusan komen sokongan termasuk daripada rakyat Malaysia.

MalaysiaNow tidak dapat mengesahkan sama ada akaun Facebook itu dikendalikan secara rasmi oleh angkatan tentera Iran atau kementerian pertahanan negara itu.

Semakan menunjukkan akaun tersebut juga dikaitkan dengan beberapa platform media sosial lain yang turut memiliki pengikut ramai di X, Instagram dan TikTok.

MalaysiaNow turut menghubungi pemilik akaun tersebut, dan cuba mendapatkan maklum balas pihak kedutaan Iran di Kuala Lumpur.

Pentadbir akaun menyifatkan laman tersebut "Media Bebas", dengan menyatakan ia menyampaikan "berita dan analisis ketenteraan terkini mengenai Iran dan lain-lain melalui pelbagai sumber".

Angkatan tentera Iran yang terkenal dengan peluru berpandu berteknologi tinggi serta dron canggih merupakan antara yang terkuat di dunia Islam, dan baru-baru ini menerima pujian penyokong Palestin di seluruh dunia apabila berjaya membalas pengeboman Israel dengan melancarkan serangan ke atas Tel Aviv.

Pada Julai, di kemuncak konflik ketenteraan dengan Israel dan AS, pentadbir akaun Facebook Iran Military memberi amaran wujudnya akaun palsu yang menggunakan nama sama.

"Tidak jelas sama ada semua itu dikendalikan oleh musuh atau penyokong! Gambar profil, foto muka depan dan bio kami dipalsukan! Kandungan yang mencurigakan telah dikesan di beberapa halaman ini!" katanya.

Platform Facebook dan X secara rasminya disekat di Iran, walaupun ia masih boleh diakses secara meluas dengan penggunaan VPN untuk memintas larangan kerajaan.

Sekatan tersebut menyebabkan pengguna Facebook di Iran tidak dapat mendapatkan tanda semak biru (blue checkmark) yang dibekalkan Meta untuk mengesahkan identiti pengguna.

Bagaimanapun, sekatan media sosial itu tidak menghalang agensi kerajaan Iran menggunakan pelbagai platform, dalam usaha menyampaikan mesej kepada masyarakat antarabangsa.

Anwar kini berdepan kecaman daripada ahli politik pembangkang, aktivis hak asasi dan penyokong Palestin atas tindakannya menjemput Trump ke Sidang Kemuncak Asean hujung minggu lalu.

Cara sambutan meriah meraikan Trump dilakukan di KLIA mencetuskan kemarahan orang ramai, di samping tindakan Anwar menandatangani sebuah perjanjian perdagangan yang dianggap berat sebelah dan menyerahkan kedaulatan negara.

Hanya beberapa minit selepas Air Force One mendarat, Anwar dilihat bergegas dari tempat sidang kemuncak di KLCC menuju ke KLIA, di mana beliau kemudiannya mengikut rentak tarian Trump yang disambut meriah dengan persembahan muzik dan tarian.


WARGA DUNIA

MULA MENGUTUK

MADAFAKA

ZIONIS TEMPATAN

AMIN

SEKARANG MAKIN

RAMAI SEDAR

SAPA MADAFAKA INI

SEBENARNYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan