Jumaat, 14 November 2025

ASKAR AMERIKA NAK MASUK KE GAZA



Usul pasukan penstabil Gaza diterajui AS ditentang Russia, China, negara Arab


NEW YORK: Usaha Amerika Syarikat (AS) mendapatkan mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) sementara di Gaza terus ditentang Russia, China dan beberapa negara Arab.

Negara-negara itu melahirkan kebimbangan terhadap cadangan pembentukan badan pentadbiran sementara dikenali sebagai Lembaga Keamanan yang akan mentadbir Gaza buat sementara waktu di bawah pelan gencatan senjata Presiden AS, Donald Trump.

Selain itu, mereka turut mempersoalkan ketiadaan peranan peralihan untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA), sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa warga Palestin akan diketepikan daripada proses pentadbiran dan pembinaan semula wilayah berkenaan.

Menurut empat diplomat PBB yang mengetahui rundingan tertutup itu, Beijing dan Moscow, kedua-duanya anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang memiliki kuasa veto, mendesak Lembaga Keamanan yang digariskan dalam pelan gencatan senjata Trump digugurkan sepenuhnya daripada deraf ketetapan.

Namun, dalam deraf terkini yang diperoleh media, Washington tetap mempertahankan kewujudan badan itu sambil menambah kandungan deraf itu masih memberi komitmen terhadap hak menentukan nasib sendiri rakyat Palestin, walaupun dianggap masih longgar.

Seorang diplomat PBB yang enggan dikenali berkata: "Perbezaan pandangan mengenai Lembaga Keamanan bukan perbezaan kecil. Ia menunjukkan jurang besar antara beberapa ahli UNSC dan AS selepas lebih dua tahun perang."

Dalam kenyataan pada 13 November, misi AS ke PBB memberi amaran bahawa sebarang percubaan untuk menggagalkan rundingan akan membawa 'akibat serius yang sepatutnya boleh dielakkan', kepada rakyat Gaza.

"Majlis (UNSC) perlu bersatu dan meluluskan ketetapan ini," tegas kenyataan itu.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, turut menggesa UNSC supaya tidak melengah-lengahkan proses itu.

"Saya rasa kita sedang membuat kemajuan. Kita tidak boleh hilang momentum," katanya sebelum berlepas dari mesyuarat menteri luar Kumpulan Tujuh (G7) di Kanada.

Deraf asal yang diedarkan minggu lalu mencadangkan mandat antarabangsa yang luas kepada pasukan penstabilan sehingga akhir 2027.

Mandat itu diperlukan oleh negara-negara Arab yang berminat menyumbang pasukan tentera, tetapi deraf itu mendapat tentangan segera daripada Russia, China dan Algeria.

Hampir semua ahli UNSC lain turut mengemukakan pindaan.

Isu utama yang dipertikaikan termasuk hala tuju ke arah pembentukan negara Palestin serta tempoh masa pengunduran tentera Israel dari Gaza.

Bagi meredakan kritikan itu, deraf baru menjelaskan bahawa pembaharuan dalam PA perlu 'dilaksanakan sepenuhnya'.

Selepas itu, barulah proses pembangunan semula Gaza boleh mencapai 'kemungkinan membolehkan satu laluan yang berwibawa ke arah penentuan nasib sendiri dan pembentukan sebuah negara Palestin'.

Deraf terkini menyebut bahawa tentera Israel akan berundur secara berperingkat apabila pasukan penstabilan mengambil alih kawalan keselamatan.

Namun, ia turut menegaskan bahawa langkah itu mesti memenuhi 'piawaian, penanda aras dan jadual masa yang dipersetujui' oleh Israel, pasukan penstabilan dan AS.

Emiriyah Arab Bersatu (UAE), sekutu rapat AS, secara terbuka menyatakan bahawa ia tidak melihat rangka kerja jelas untuk pasukan penstabilan itu dan tidak akan menyertainya dalam keadaan sekarang.

Di Israel pula, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, kekal menolak pembentukan negara Palestin dan kembalinya PA ke Gaza.

Beberapa negara anggota UNSC turut meminta penjelasan lanjut mengenai Lembaga Keamanan termasuk siapa yang akan menganggotainya dan bagaimana ia akan berfungsi.

Namun, deraf baru tidak banyak mengubah perincian itu.

Beberapa diplomat memberi amaran bahawa jika rundingan terus buntu, Washington boleh memilih untuk bertindak secara sebelah pihak dengan membentuk 'gabungan negara sedia berkhidmat' tanpa mandat PBB.

Seorang diplomat berkata, AS mungkin hilang sabar dan meneruskan rancangan itu bersama negara-negara yang bersetuju.

Menurut seorang lagi diplomat, AS kini mempunyai tiga pilihan iaitu menerima pindaan, membawa deraf itu ke undian (dan berharap tiada veto), atau membentuk gabungan luar-PBB untuk menstabilkan Gaza.

Beliau turut mengakui bahawa Moscow dan Beijing mahu lebih separuh kandungan deraf digugurkan, dan hanya bersetuju jika pasukan penstabilan itu melapor terus kepada UNSC.

Deraf semasa menjelaskan bahawa pasukan penstabilan akan bertanggungjawab memastikan penyingkiran elemen ketenteraan di Gaza, melucut serta melupuskan senjata kumpulan bersenjata bukan negara, dan mengawal kawasan sempadan bersama pasukan polis Palestin yang telah dilatih.

Pasukan itu juga akan menyelaras penyampaian bantuan kemanusiaan dengan negara jiran, termasuk Mesir dan Israel, bagi memastikan laluan bantuan berjalan lancar dan selamat.

Teks itu turut menekankan 'penyambungan semula sepenuhnya' bantuan kemanusiaan oleh PBB, Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, serta memastikan bantuan tidak diseleweng.

Seorang diplomat menambah: "Langkah cepat amat penting. Kita tidak boleh kehilangan momentum menuju perdamaian".

Namun, dengan kuasa veto masih menjadi faktor penentu, nasib resolusi itu kekal tidak pasti sama ada bakal diluluskan, dipinda, atau digugurkan sepenuhnya. – AGENSI

WOIT

ANWAR IBRAHIM

SETUJU KE ASKAR

AMERIKA MASUK

KE GAZA

AMIN

INI CADANGAN

KAWAN BAIK ANWAR

HAJI TRUMP DI PBB

AMIN

SENYAP TAK ADA

SUARA DI PBB

KAH KAH KAH

JANGAN MALU2 

SOKONGLAH 

DAPAT KURANG

 TARIF LAGI 

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan