Jumaat, 14 November 2025

MENUNGGU RUNTUH



Ibu kota Ukraine hadapi serangan besar-besaran tentera Russia


KYIV: Datuk Bandar Kyiv, Vitaly Klitschko, mendakwa hampir setiap daerah di bandar itu diserang secara besar-besaran dan wartawan AFP melaporkan beberapa siri letupan berlaku di pusat bandar, hari ini.

Russia, yang melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 2022, sejak beberapa bulan kebelakangan ini khusus menyasarkan kemudahan tenaga, sistem kereta api serta kawasan kediaman di Ukraine.

Ketua Pentadbiran Tentera Wilayah Kyiv, Mykola Kalashnyk, berkata peluru berpandu dan dron menyasarkan kemudahan infrastruktur kritikal di Kyiv.

Klitschko menyifatkan kejadian itu sebagai serangan besar-besaran musuh dan memaklumkan sistem pertahanan udara negara itu sedang dikerahkan ke tahap maksimum.

"Sekurang-kurangnya 11 orang cedera, lima daripadanya dimasukkan ke hospital, termasuk seorang wanita hamil dan seorang lelaki dalam keadaan kritikal.

"Beberapa rangkaian loji pemanasan rosak menyebabkan beberapa bangunan di daerah timur laut Desnyansky terputus bekalan haba buat sementara waktu.

"Bekalan elektrik dan air juga mungkin terganggu," katanya.

Wartawan AFP melihat peluru penjejak digunakan terhadap dron selain beberapa sistem anti-peluru berpandu turut dikerahkan bagi mematahkan serangan.

Ketua Pentadbiran Tentera bandar itu, Tymur Tkachenko, berkata pihak Russia mensasarkan bangunan kediaman dan banyak bangunan pangsapuri tinggi yang rosak di seluruh Kyiv, hampir di setiap daerah.

Klitschko melaporkan kebakaran atau kerosakan pada bangunan di lapan daripada 10 daerah Kyiv, sambil memaklumkan pasukan perubatan kecemasan digerakkan ke semua lokasi.

Kebakaran turut tercetus di bumbung bangunan kediaman lima tingkat di daerah Solomyansky, sebuah hab pengangkutan berhampiran lapangan terbang antarabangsa Kyiv.

Selepas hampir empat tahun perang, kedua-dua pihak kini berada dalam kedudukan pertahanan yang kukuh, dengan Moscow menolak gesaan gencatan senjata serta usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menghidupkan semula rundingan damai yang lama tertangguh.

Anggota tentera Russia terus mara di timur Ukraine sejak beberapa bulan lalu dalam usaha menguasai wilayah Donetsk dan Lugansk.

Pada Isnin, Russia berkata pihaknya berjaya menawan tiga lagi kampung di sepanjang garis hadapan yang luas, kawasan di mana mereka sedang memanfaatkan kelebihan dari segi kekuatan anggota dan kelengkapan. - AFP

WOIT 

HENTIKAN 

PERANG

DAH MASUK

4 TAHUN

AMIN

UKRAINE  PASTI

KALAH

AMIN

ASKAR DAH ABIS

PELURU DAH ABIS

APA LAGI NAK

TUNGGU

AMIN

MUSIM SEJUK

AKAN SAMPAI

NAK MATI  KERAS

 DALAM SALJU

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan