Rabu, 5 November 2025

CAKAP BANYAK KERJA TAK BUAT


𝐏𝐈𝐍: “𝐉𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐛𝐚𝐫,” – 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤
KUALA LUMPUR, 5 NOV 25 – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan titah bahawa jurang antara matlamat yang dicanangkan oleh Pelan Integriti Nasional (PIN) dan realiti semasa telah membesar, walaupun pelan tersebut telah dilancarkan lebih dua dekad lalu.
Menurut titah Baginda, aspirasi tinggi yang digariskan oleh pelan itu kini menghadapi cabaran apabila dasar dan pelaksanaannya tidak sepenuhnya selari dengan keadaan di lapangan.
“Jurang antara aspirasi dan kenyataan semakin melebar,” kata Baginda memetik laporan Bernama.
Baginda menyeru agar pihak berkenaan mengambil langkah segera untuk menutup jurang tersebut, dengan menekankan bahawa kualiti institusi dan struktur pelaksanaan dasar memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pelan.
Tambahan pula, penekanan terhadap integriti, ketelusan dan akauntabiliti harus diperkukuh agar masyarakat benar-benar merasai perubahan.
Titah Baginda memberi isyarat jelas bahawa sementara dasar-dasar seperti PIN menentukan arah dan nilai yang tinggi, tanggungjawab kini terletak pada pelaksanaan di peringkat akar umbi agar visi tersebut menjadi realiti yang dirasai oleh rakyat.
Dengan kenyataan ini, Baginda mengingatkan bahawa integriti bukan hanya soal perundangan atau dokumen dasar semata-mata, tetapi mencakupi budaya kerja, amalan harian dan komitmen semua pihak dari pemimpin hingga ke masyarakat. @sumber

WOIT

CAKAP BEDEGAR

TAPI KERJA 

TAK BUAT

AMIN

ATAU INI HANYA

PROJEK NAK

BERI KRONI

KONTREK

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Betul betul betul Raja yang cerdik memang bijak memang faham karenah pemimpin politik faham kesusahan rakyat tetapi tidak dapat berbuat apa-apa, hanya sekadar memberi ucapan padu, sebenarnya ramai menunggu Raja ini jadi lagi berkuasa versi cerdik memang sukar dicari sekarang amin, semoga terus berkekalan amin amin amin

    BalasPadam