Isnin, 17 November 2025

KESIAN PEGUAM INI !!!



Peguam Albert tuduh PM ‘putar belit’ isu bukti rasuah Sabah

Peguam kepada ahli perniagaan Albert Tei menyelar pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa video yang dikaitkan dengan skandal perlombongan Sabah tidak memadani sebagai bukti.

Mahajoth Singh berkata kenyataan Anwar itu "salah fakta, tidak kukuh dari segi undang-undang, dan sangat tidak wajar dibuat oleh seseorang yang memegang jawatan eksekutif tertinggi."

“Baik anak guam saya mahupun pasukan undang-undang kami tidak pernah mendakwa bahawa video sahaja memadani untuk kes rasuah yang lengkap.

“Apa yang perdana menteri sengaja abaikan ialah lebih 300 muka surat bukti dokumentasi, termasuk dakwaan pindahan bank, aliran wang, invois, surat-menyurat, dan rekod sokongan, sudah diserahkan kepada SPRM.

“Mengulangi ‘video saja tidak memadai’ sambil enggan mengakui bukti dokumentasi adalah mengelirukan dan tidak jujur secara intelektual,” tambah dia.

Mahajoth kemudian mempersoalkan mengapa perdana menteri sama sekali mengulas siasatan rasuah yang sedang berjalan.

Sebagai ketua kerajaan, katanya, Anwar tidak sepatutnya membuat prapenghakiman terhadap bukti, memperkecilkan dakwaan, atau membentuk naratif yang boleh dilihat sebagai melindungi sekutu politik.

“Apa yang sama membimbangkan ialah pengakuan perdana menteri sendiri bahawa dia ‘segera menghubungi (pemimpin Gabungan Rakyat Sabah) Hajiji Noor dan SPRM untuk mendapatkan penjelasan’ mengenai dakwaan Farhash (Wafa Salvador Rizal Mubarak).

“Ini, menurut keterangannya sendiri, adalah penglibatan eksekutif secara langsung dalam perkara yang sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang betul yang diberi kuasa untuk bertindak bebas daripada pengaruh politik,” tambah dia.

Pada 9 September, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Farhash—bekas pembantu Anwar—bebas daripada sebarang kaitan dengan skandal perlombongan.

Mahajoth seterusnya berhujah bahawa adalah hipokrit bagi perdana menteri untuk menuduh orang lain mempolitikkan rasuah sementara dia sendiri mengeluarkan kenyataan yang bersifat politik.

“Perdana menteri sering memberi amaran kepada orang lain supaya tidak mempolitikkan rasuah, namun keseluruhan kenyataan dia secara terang-terangan bersifat politik, bertujuan bukan pada fakta tetapi untuk melindungi rakan politik di Sabah.

“Mengutuk ‘naratif politik’ sambil menolak satu naratif sendiri bukanlah kepimpinan. Ia adalah hipokrasi. Dengan mengisytiharkan secara selektif apa yang membentuk ‘bukti yang memadai’, perdana menteri memasuki ruang yang dia tidak sepatutnya masuk.

“Tidak wajar dari segi undang-undang bagi ketua eksekutif untuk membuat ulasan penilaian terhadap bukti, terutamanya apabila beberapa individu yang dinamakan dalam skandal itu kekal sebagai calon aktif bawah rakan politik gabungannya,” katanya.

Dia juga menolak sindiran bahawa Tei cuba memanipulasi persepsi awam.

“Tidak seperti orang lain, anak guam saya bekerjasama sepenuhnya, menyerahkan dokumen, memberi kenyataan, dan menghadapi pertuduhan secara terbuka di mahkamah. Tiada seorang pun pemimpin GRS yang terlibat menunjukkan ketelusan yang setanding.

“Cubaan perdana menteri untuk membingkai semula isu ini sebagai ‘persepsi berbanding realiti’ adalah satu lagi pengalihan perhatian. Realitinya mudah: (a) Ada video; (b) Ada dokumen; (c) Ada aliran wang; (d) SPRM buka siasatan; (e) Dua individu sudah didakwa; dan (f) Beberapa individu lain kekal di bawah penelitian.

“Tidak ada sebarang ulasan politik yang akan mengubah fakta ini. Mengapa perdana menteri mempertahankan mereka yang dinamakan dan bukannya menuntut mereka membersihkan nama? Mengapa dia mendahului siasatan dan bukannya mendesak ketelusan penuh? Mengapa tergesa-gesa untuk mengawal naratif jika tiada apa yang perlu disembunyikan?” tambahmua.

Sejak November tahun lalu, Tei—yang juga didakwa atas tuduhan rasuah—mengeluarkan video, tangkapan skrin WhatsApp, dan dokumen lain untuk menyokong dakwaannya terhadap lebih sedozen pemimpin GRS yang didakwa menerima rasuah sebagai pertukaran untuk lesen penerokaan mineral.

KESIAN PADA

PEGUAM INI

KAH KAH KAH

DIA BARU SEDAR

SAPA PUKIMAK

ANWAR BIN

IBRAHIM

KAH KAH KAH

SATU

 SEMENANJUNG

DAH LAMA TAHU

AMIN

ORANG SABAH

 BARU NAK TAHU

KAH KAH KAH

LAMBAT...TAPI

HAM DU LIL...

SEDAR JUGA

AKHIRNYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan