Sabtu, 29 November 2025

PENGKHIANAT WAJIB DI TANGKAP


NGO desak PM rehatkan Azam, gubal undang-undang dana politik

Beberapa NGO mendesak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengambil cuti selepas dia dikaitkan dengan satu skandal rasuah oleh ahli perniagaan, Albert Tei.

Mereka juga mengecam tindakan keras pegawai SPRM ketika menahan Tei semalam, dan menegaskan perkara itu menghakis kepercayaan orang ramai terhadap agensi tersebut, selain menunjukkan SPRM menggunakan pendekatan lebih lembut terhadap individu lain yang turut dikaitkan dalam skandal itu.

“Jika dakwaan Tei cukup kukuh untuk membolehkan bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan, bagaimana pula dakwaan yang mengaitkan Azam boleh diabaikan?

“Jika Anwar mahu menepis tuduhan bahawa dia memanipulasi SPRM untuk menyerang musuh politiknya, langkah minimum yang perlu diambil ialah meletakkan Azam dalam ‘garden leave’ sehingga namanya dibersihkan,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Antara pihak yang mengeluarkan kenyataan bersama itu ialah Projek Sama, Bersih, Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), dan Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas).

Pada 25 Nov lalu, Tei mengaitkan Shamsul dalam skandal penerokaan mineral Sabah dengan mendakwa dia telah membelanjakan RM629,000 untuk pemimpin PKR itu selepas diberi jaminan boleh mendapatkan semula wang yang telah diberi kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Tei mendakwa dia diperkenalkan kepada Shamsul oleh seorang wanita bernama Sofia Rini Buyong, yang menurutnya adalah proksi kepada setiausaha politik perdana menteri itu.

Pertemuan pertama mereka berlangsung pada 8 Nov 2023, sekitar jam 10 malam di Jesselton Cigaro, Kota Kinabalu.

Dia turut mendakwa mempunyai bukti bahawa Sofia bertindak bagi pihak Shamsul.

Penahanan Tei dan laporan polis

Semalam, pegawai SPRM menahan Tei di kediamannya, menyebabkan isterinya, Lee Pei Rie, membuat laporan polis mengenai cara suaminya ditahan.

Antara dakwaannya ialah pegawai terbabit mengacukan pistol ke arah mereka dan memadamkan video daripada telefon bimbit milik semua ahli keluarga mereka di rumah berkenaan.

Tei dan Shamsul kini ditahan reman selama enam hari bermula pagi ini, manakala Sofia pula direman sehingga Isnin.

Reformasi terhadap SPRM

Sementara itu, kumpulan NGO terbabit menggesa Anwar melaksanakan reformasi ke atas SPRM dan menggubal undang-undang penedaan politik sebelum pilihan raya umum ke-16.

Menurut mereka, SPRM perlu dijadikan sebuah badan bebas yang bertanggungjawab kepada Parlimen.

“Kerajaan perlu mendapatkan maklum balas daripada jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pencalonan ketua pesuruhjaya SPRM.

“Kita juga perlu menyediakan perlindungan tempoh perkhidmatan untuk ketua pesuruhjaya SPRM serta mewujudkan proses sewajarnya bagi pemecatannya.

“Selain itu, SPRM perlu membentangkan laporan tahunan kepada Parlimen untuk dibahaskan,” kata mereka.


Bagi undang-undang pendanaan politik, mereka berkata peraturan tersebut perlu mengawal dengan jelas sumber, had dan pendedahan sumbangan politik.

NGO-NGO itu turut menggesa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk menaikkan had perbelanjaan pilihan raya melebihi paras semasa iaitu RM200,000 bagi kerusi Parlimen dan RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.

“Kita juga mesti memasukkan perbelanjaan oleh parti politik dan proksi.

“Pembiayaan awam berdasarkan jumlah atau peratusan undi yang diperoleh calon juga perlu dimasukkan dalam Akta Pembiayaan Politik atau mana-mana undang-undang lain,” tambah mereka.

‘Mujur tiada dadah, senjata api’

Dalam satu kenyataan berasingan, biro komunikasi Muda menyatakan kebimbangannya terhadap tindakan luar biasa pihak berkuasa terhadap Tei selepas ahli perniagaan itu mengaitkan pegawai kanan perdana menteri dengan dakwaan rasuah.

Timbalan Ketuanya, Rasid Abu Bakar berkata, ia bukan kali pertama Tei menyalurkan maklumat kepada SPRM mengenai dakwaan rasuah, namun sepanjang tempoh itu, tidak pernah berlaku tindakan keras atau serbuan luar biasa.

Katanya, situasi itu mengingatkan orang ramai kepada Yusoff Rawther, yang direman polis selama lebih sembilan bulan sebelum didakwa atas dakwaan mengedar dadah dan tuduhan memiliki senjata api tiruan.

Yusoff, yang memfailkan saman terhadap Anwar kerana mendakwa melakukan serangan seksual terhadapnya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi menunggu rayuan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Situasi ini mengingatkan kita kepada apa yang berlaku kepada Yusof Rawther dahulu. Coraknya sama apabila isu menyentuh tokoh tertentu, individu yang tampil membuat dakwaan pula yang menghadapi tindakan serta tekanan.

"Dalam suasana sebegini, saya hanya mampu menyatakan satu perkara dengan sinis tetapi jujur, mujurlah dadah dan senjata api tidak tiba-tiba ‘muncul’ di rumah Albert," ujarnya.

PENGKHIANAT

WAJIB 

DI TANGKAP

AMIN

SELAMATKAN

MALAYSIA

HUMBANKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan