Sabtu, 29 November 2025

BANJIR TERUS MENGAMPUH



 

Mangsa hilang sempat berpaut pada papan tanda jalan sebelum hanyut dibawa arus deras' - Polis

SEPANG: Anggota polis berpangkat konstabel yang dipercayai hilang dalam banjir di Kampung Giching, di sini, malam tadi, selepas kereta dipandunya terbabas dalam parit, dilihat cuba berpaut pada papan tanda jalan, sebelum dia hanyut.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata anggota terbabit, Muhamad Rahimi Amirudin, 23, yang bertugas di Balai Polis Nilai sejak setahun lalu, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu.

Beliau berkata, sebelum itu mangsa yang berasal dari Johor, dikatakan melawat keluarga di kampung berkenaan.

"Ada orang nampak dia berpaut dekat papan tanda. Saksi lihat dia agak kepenatan sebelum dia akhirnya ditarik arus deras," katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Kampung Giching, di sini, hari ini


Jambatan sementara di Kuala Krai runtuh dibadai arus deras

KUALA KRAI: Jambatan sementara yang sedang dalam pembinaan merentasi Sungai Kelantan di Kuala Krai terputus dua dan sebahagiannya dihanyut arus sungai ketika hujan lebat pada Khamis lalu.

Menurut penduduk kampung, Mohamad Daniel Rusli, 23, jambatan itu runtuh pada jam 8 pagi Khamis lalu ketika hujan lebat yang menyebabkan air sungai meningkat naik serta arus deras.

Katanya, jambatan sepanjang 100 meter menghubungkan Kampung Pasir Era dengan Kampung Pasir Kelang runtuh dan hanya 30 meter struktur jambatan itu masih kekal di kedudukan asal.

"Kerja pembinaan jambatan sementara itu sudah dihentikan sementara pada Ahad berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sebelum kejadian runtuhan berlaku.


Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri berkurang, Perak dan Selangor meningkat


KUALA LUMPUR: Situasi banjir di beberapa negeri bertambah baik dengan jumlah mangsa berkurang, manakala di Perak dan Selangor terdapat peningkatan setakat 3 petang hari ini.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa berkurang kepada 8,314 orang daripada 2,490 keluarga berbanding 9,584 orang tengah hari tadi.

Berdasarkan laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Terengganu mencatat mangsa tertinggi dengan 1,670 orang, diikuti Kemaman (1,667), Marang (1,536), Kuala Nerus (1,335), Setiu (1,039), Dungun (711) dan Hulu Terengganu (356), manakala di Besut, pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup selepas semua mangsa dibenar pulang ke kediaman masing-masing.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir kembali bertambah petang ini kepada 6,440 orang daripada 2,006 keluarga yang berlindung di 45 PPS, berbanding 6,173 orang daripada 1,903 keluarga pada tengah hari.
ADVERTISEMENT
Cars stock video 1 5Feb25Cars stock video 1 5Feb25

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca di 12 daerah di Perak diramalkan baik pada sebelah malam namun beberapa daerah seperti Manjung, Perak Tengah, Muallim dan Kinta diramalkan hujan pada sebelah petang.

Jumlah mangsa banjir di SELANGOR turut meningkat kepada 4,458 orang daripada 1,224 keluarga berbanding 4,366 mangsa daripada 1,208 keluarga pada tengah hari.

Menurut laman web Infobencana JKM, 19 PPS telah dibuka di empat daerah iaitu Sepang (sembilan), Kuala Langat (enam), Sabak Bernam (tiga) dan Klang (satu).

KEDAH antara negeri yang menunjukkan trend penurunan mangsa banjir dengan jumlah semasa 3,295 orang (1,020 keluarga) berbanding 3,302 orang (1,023 keluarga), sedang berlindung di 14 PPS yang dibuka di Kubang Pasu dan Kota Setar.

Di PERLIS, jumlah mangsa banjir juga berkurangan kepada 5,246 orang dengan tiga PPS telah ditutup setakat petang ini berbanding 6,159 mangsa pada tengah hari.

Berdasarkan data Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis setakat 4 petang ini, sebanyak 21 PPS masih lagi beroperasi menempatkan kesemua mangsa banjir di kawasan Padang Besar, Arau dan Kangar.

Di NEGERI SEMBILAN, InfoBencana JKM memaklumkan jumlah mangsa yang ditempatkan di lima PPS terus berkurangan kepada 310 orang daripada 113 keluarga setakat 3 petang ini, berbanding 373 mangsa daripada 138 keluarga tengah hari tadi.

Situasi banjir di KELANTAN juga semakin pulih dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,906 orang berbanding 2,152 mangsa tengah hari tadi, melibatkan empat jajahan yang masih terjejas iaitu Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Gua Musang.

Di PAHANG, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS turut berkurang kepada 1,855 orang daripada 594 keluarga berbanding 2,268 orang daripada 723 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub memaklumkan enam PPS di daerah itu ditutup sepenuhnya petang ini.

Di MELAKA, hanya empat PPS masih beroperasi selepas dua PPS ditutup petang ini.

Jumlah mangsa turut berkurang kepada 111 orang daripada 27 keluarga setakat 3 petang, berbanding 267 mangsa daripada 76 keluarga, tengah hari tadi. -- BERNAMA

MAUT PERTAMA

MANGSA BANJIR

2025

AMIN

DI LUAR NEGARA

DAH BERATUS

TERKORBAN

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan