Sabtu, 29 November 2025

PENYAMUN LARI KE MALAYSIA


Filipina minta bantuan Malaysia, Singapura jejak aset rasuah


MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, meminta bantuan Malaysia dan Singapura untuk menjejaki aset terpalit skandal rasuah seorang bekas ahli Parlimen yang dibekukan, dipercayai disorok di dua negara berkenaan.

Bekas ahli Parlimen itu, Zaldy Co, yang didakwa memiliki sebuah jet Gulfstream dan tiga helikopter iaitu antara aset yang dibekukan kerajaan sebagai sebahagian tindakan keras terhadap salah laku rasuah.

Marcos Jr minggu lalu mengarahkan penangkapan Co dan individu lain yang didakwa terbabit dalam skandal rasuah berkaitan dana bagi projek kawalan banjir.

"Anda tidak boleh mencuri daripada rakyat Filipina dan mengharapkan untuk bersembunyi atau melarikan diri menggunakan jet peribadi.

"Anda mungkin ada wang untuk lari, tetapi anda tidak boleh melarikan diri daripada Republik Filipina, "katanya dalam satu video yang dikongsi menerusi Facebook.

Aset milik Co, yang kini masih belum dikesan, adalah antara yang dibekukan kerajaan Filipina ketika ia memperhebat usaha menjejak mereka yang terbabit dalam skandal rasuah bernilai berbilion peso berkaitan projek kawalan banjir.

Penyiasat rasuah Filipina berkata, Co memiliki sebuah jet eksekutif Gulfstream G350 bernilai lebih AS$26 juta (RM107.4 juta). Pesawat itu dipercayai berada di Singapura sejak 16 Ogos lalu.

Co juga dilaporkan memiliki dua helikopter AgustaWestland yang diterbangkan ke Kota Kinabalu, Malaysia, masing-masing pada 20 Ogos dan 11 September lalu.

Marcos Jr turut memberitahu, seorang pegawai kerja raya yang dipecat dan turut dikaitkan dengan skandal itu sudah memulangkan 110 juta peso (RM 7.75 juta) kepada kerajaan dan merancang menyerahkan lagi 200 juta peso (RM14.1 juta).

"Kerajaan ini berhasrat mendapatkan kembali setiap peso, aset dan individu yang bertanggungjawab seterusnya mengembalikannya kepada rakyat Filipina," katanya.

Filipina kini berdepan skandal membabitkan menteri dalam kerajaan, Senator, ahli Kongres dan ahli perniagaan kaya.

Awal November lalu, ratusan ribu rakyat Filipina membanjiri Taman Rizal di Manila, menuntut pertanggungjawaban terhadap berbilion peso dana kawalan banjir yang hilang. Tunjuk perasaan sama turut dibuat pada September.

Marcos Jr dipilih pada 2022 dengan harapan yang tinggi dalam kalangan rakyat.

Namun, keyakinan itu semakin terhakis apabila rakyat mengetahui banyak projek yang diumumkan pentadbirannya bermasalah atau lebih teruk, tidak pernah dibina.

Penunjuk perasaan menuntut penahanan mereka yang terbabit dalam rasuah serta pemulangan wang rakyat yang dicuri.

Pegawai kerajaan berkata, kerugian akibat rasuah sepanjang sedekad lalu melebihi 1 trilion peso (RM70.48 bilion). Beberapa suspek sudah ditahan dan lebih ramai lagi sedang diburu.

Marcos berikrar untuk mengambil tindakan memenjarakan mereka yang bertanggungjawab sebelum sambutan Krismas dalam usaha mengekang krisis yang semakin menjerut pentadbirannya.

Co, dalam satu video dikongsi menerusi Facebook pada awal November mendedahkan Marcos sendiri menerima sogokan daripada 100 bilion peso (RM7.05 bilion) perbelanjaan projek yang didakwa diarahkan Presiden dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

Pejabat Marcos Jr menyifatkan dakwaan Co sebagai propaganda.

Dalam video lain pada 24 November, Co mendakwa dari 2022 hingga 2025, Co mendakwa mengatur sehingga 56 bilion peso (RM3.9 bilion) wang sogokan daripada projek kawalan banjir untuk diberikan kepada Marcos Jr dan sepupunya, bekas Speaker Dewan Perwakilan, Martin Romualdez. - AGENSI

WOIT

KALI INI 

FILIPINA MINTA

TOLONG TANGKAP

PENYAMUN

AMIN

DULU INDON

NAK CARI 

RIZAL KHALID

JUGA PENYAMUN

AMIN

APAKAH AKAN

ADA TINDAKAN

DARI PENYAMUN

TEMPATAN?

AMIN

TAPI JIKA TRUMP 

BERI ARAHAN 

PASTI AKAN 

DITANGKAP SEGERA

KHALAS

1 ulasan:

  1. Negara terpaling ramai perompak berjawatan, mungkin sudah dikenali seluruh pelusuk dunia? Kah kah kah mungkin dikenali sebagai syurga pencuri bebas nak duduk rumah pun boleh? Mampoos

    BalasPadam