Isnin, 10 November 2025

PKR. PAKAR CURI CALON


PKR 

CURI CALON

AMIN

LIM SIAN SEE

Inilah bahaya bila cuba bekerjasama dengan Pakatan Harapan, sebab dorang bukan sekadar “rakan kongsi”, tapi juga pencuri ahli sepenuh masa.

Kerajaan Madani nampaknya meneruskan tradisi “pemain naturalisasi” - kali ini dengan mengimport tiga ahli GRS untuk dijadikan calon PKR dalam PRN Sabah 2025.

Daripada 10 calon PKR yang diumum, tiga sebenarnya ialah bekas ahli GRS yang baru melompat masuk -  Yamani Hafez Musa, Jamawi Jaafar dan George Hiew.

Hebat betul, belum sempat kering dakwat borang keahlian PKR, dah terus jadi calon.

Ini berlaku tidak lama selepas kes Tengku Zafrul melompat dari "rakan" sendiri, UMNO, ke PKR - yang masih segar dalam ingatan ramai.

Kalau ini jenis kerjasama yang Madani maksudkan, memang “kawan” pun kena pasang pagar - takut ahli sendiri dilarikan tengah malam tanpa sebarang rasa hormat dari "kawan".

Tak tahu sama ada PKR memang hobi suka curi ahli orang, atau parti tu sendiri dah ketandusan bakat dalaman. 

Tapi satu hal pasti - kerja mencuri ni nampaknya memang dah jadi kebolehan semula jadi.

TAK CURI

MACAM MANA

NAK MENANG

KAH KAH KAH

KHALAS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan