Isnin, 10 November 2025

SATU LAGI TAUFAN SAMPAI LANGGDAR FILIPINA




Taufan Fung-Wong landa Filipina, dua maut, sejuta dipindah

ISABELA (Filipina): Taufan Fung-Wong melanda Filipina mengakibatkan dua kematian dan memaksa sejuta penduduk dipindahkan lebih awal sebelum ketibaan salah satu ribut paling kuat tahun ini di negara itu.

Jabatan Meteorologi Filipina (PAGASA) melaporkan, taufan berkenaan melintasi bahagian utara pulau paling padat penduduk di negara itu, Luzon, dengan hujan lebat, angin berterusan berkelajuan 185 kilometer sejam (115 batu sejam) dan tiupan sehingga 230 kilometer sejam (140 batu sejam).

Ini merupakan ribut ke-21 yang melanda Filipina tahun ini ketika negara itu masih dalam proses pemulihan daripada Taufan Kalmaegi yang mengorbankan 224 orang di Filipina dan lima di Vietnam.

"Kami dengar dalam berita bahawa taufan ini sangat kuat, jadi kami berpindah lebih awal," kata Christopher Sanchez, 50, yang berlindung bersama keluarganya di sebuah gelanggang bola keranjang di wilayah Isabela di Luzon.

Disebabkan banjir sebelum ini, keluarganya memindahkan barang-barang ke atas bumbung sebelum keluar.

"Kami takut. Kami di sini bersama cucu-cucu dan anak-anak kami," katanya di dewan sukan yang dipenuhi khemah dengan warga emas duduk di kerusi plastik manakala sebahagian kanak-kanak berkeliaran.

Pulau Luzon dan satu lagi wilayah, Eastern Visayas, menerima kesan paling teruk pada peringkat awal taufan itu dengan seorang dilaporkan lemas dan seorang lagi tertimbus di bawah runtuhan, kata pihak berkuasa.

Ribut dijangka akan melemah apabila bergerak ke daratan.

Di Wilayah Aurora di Pulau Luzon, tempat taufan mula melanda, bekalan elektrik terputus namun talian telefon masih berfungsi, kata pegawai pertahanan awam Cheng Quizon kepada stesen radio DZBB.

Beberapa lapangan terbang termasuk Sangley berhampiran ibu negara Manila dan Bicol di selatan telah ditutup.

PAGASA menjangkakan Fung-Wong akan bergerak ke utara Filipina dan mencapai perairan pantai pada pagi Isnin sambil kekal sebagai taufan, sebelum menuju ke laut dan melemah apabila menghampiri barat Taiwan pada Khamis ini. - REUTERS


SATU LAGI 

TAUFAN MELANDA

FILIPINA

AMIN

MASIH ADA LAGI

YANG TAK CAYA

PEMANASAN DUNIA

AMIN

INI BUKTI

PALING AFDAL

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan