Rabu, 5 November 2025

TIDAK LARI -NAMEWEE SERAH DIRI


Kes bunuh pempengaruh Taiwan: Namewee direman 6 hari

Penyanyi rap Namewee direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian pempengaruh Taiwan Hsieh Yu-hsin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata perintah reman terhadap Namewee, 42, dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di Kuala Lumpur.

"Perintah reman ke atasnya (Namewee) dikeluarkan bermula hari ini 5 November hingga 10 November," katanya kepada media hari ini.

Ini selepas artis kontroversi itu, yang nama sebenarnya Wee Meng Chee, menyerah diri di balai polis awal pagi ini.

Terdahulu, Namewee menyiarkan satu cerita Instagram di hadapan sebuah balai polis selepas tiba di situ.

Namewee juga berkongsi catatan yang mengatakan dia akan memberikan kerjasama penuh kepada polis sekali gus menjawab tanda tanya orang ramai dan keluarga Hsieh.

"Saya baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru. Sebelum itu, saya telah mengatur masa bertemu polis untuk membuat melapor diri dan hadir di balai.

"Sekarang saya sudah sampai, dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan polis untuk memberikan jawapan kepada orang ramai dan keluarga si mati.

Saya tidak akan melarikan diri.

“Sebelum ini terdapat tujuh waran tangkap dikeluarkan untuk saya, dan setiap kali itu juga saya secara sukarela pergi menemui polis. Saya tidak pernah melarikan diri," katanya dalam catatan itu.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, menyatakan bahawa siasatan terhadap kematian Hsieh, 31, telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun.

Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Fadil berkata Hsieh tiba di Malaysia pada 20 Okt lalu untuk perjalanan yang dirancang selama empat hari. Pempengaruh itu bagaimanapun ditemui mati dua hari kemudian.

Pada 24 Okt lalu Namewee sudah dihadapkan di mahkamah atas dua pertuduhan berkaitan dadah.

INI KES APA?

KES DADAH KE

KES BUNUH ?

AMIN

SAYANG MINAH

CUN TETEK GEBU

MATI AWAL

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan