Jumaat, 12 Disember 2025

GUAN ENG GERTAK KEMUDIAN PAU ANWAR BIN IBRAHIM




Guan Eng utus surat pada PM gesa 10 perkara

Penasihat DAP, Lim Guan Eng hari ini mendedahkan surat yang dihantarnya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk memenuhi manifesto pilihan raya gabungan itu dan menjaga kepentingan penyokongnya.

Surat bertarikh 8 Dis dan ditulis dalam bahasa Melayu dan Mandarin itu menyenaraikan 10 perkara penting yang Lim percaya Anwar harus tangani untuk menangani defisit kepercayaan rakyat dalam pentadbirannya.

"Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara yang dinyatakan di atas dan juga memohon maaf atas ketidakhadiran saya dalam mesyuarat majlis presiden PH minggu ini.

"Kini krisis keyakinan terhadap kerajaan di kalangan penyokong PH yang hanya boleh dipulihkan dengan penggubalan dasar-dasar kerajaan baru yang menjaga kepentingan mereka tanpa merugikan manfaat mana-mana golongan rakyat Malaysia," kata Ahli Parlimen Bagan itu.

Antara 10 perkara yang dibangkitkan oleh Lim dalam nasihatnya kepada Anwar termasuk menggesa perdana menteri untuk terus memenuhi janji manifesto PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, memperuntukkan 10 peratus daripada belanjawan negara untuk bumiputera kepada komuniti bukan bumiputera tanpa menjejaskan peruntukan asal bumiputera, dan menyelesaikan isu hasil 40 peratus Sabah.

Perkongsian Lim boleh di baca di sini:

Surat itu dilihat sebagai langkah terbaru DAP untuk meningkatkan tekanannya terhadap Anwar selepas parti itu mengalami kekalahan di semua kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini.

Minggu lalu, Lim berkongsi ucapannya dari satu acara di Pulau Pinang, dengan dia berkata bahawa sesetengah pihak merasakan perdana menteri belum melakukan secukupnya.

KAH KAH KAH

INI TAKTIK

GUAN ENG

KAH KAH KAH

GERTAK DULU

KEMUDIAN PAU

KAH KAH KAH

ANWAR 

BIN IBRAHIM

YANG GILA KUASA

PASTI AKAN

TUNDUK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan