Trump rancang lantik Jeneral AS ketuai Pasukan Keselamatan Antarabangsa di Gaza
BENGALURU: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merancang untuk melantik seorang jeneral dua bintang negara itu sebagai ketua Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) di Gaza, lapor Axios hari ini yang memetik dua pegawai AS dan dua pegawai Israel.
Sehingga kini REUTERS belum berhasil mengesahkan laporan itu dengan serta-merta.
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang diterima pakai pada 17 November lalu membenarkan Lembaga Keamanan dan negara-negara yang bekerjasama dengannya menubuhkan ISF sementara di Gaza.
Menurut Axios, Duta Besar AS ke PBB, Mike Waltz yang melawat Israel minggu ini, memberitahu Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan pegawai lain bahawa pentadbiran Trump akan mengetuai ISF dan melantik seorang jeneral dua bintang sebagai komandernya.
Setakat ini Rumah Putih dan Pentagon tidak memberikan maklum balas segera pertanyaan REUTERS.
Semalam, Presiden Trump memberitahu wartawan, pengumuman mengenai pemimpin dunia yang akan menyertai Lembaga Keamanan Gaza dijangka dibuat awal tahun depan.
Resolusi digubal AS, menggambarkan Lembaga Keamanan sebagai pentadbiran sementara 'yang akan menetapkan rangka kerja dan menyelaras pembiayaan bagi pembangunan semula Gaza' selaras dengan pelan damai 20 mata Trump untuk mengakhiri perang dengan kumpulan pejuang Hamas. - REUTERS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan