Selasa, 25 Februari 2025
SINDIKET SCAM CHINA MERAH
15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' di Myanmar - KPN
KUALA LUMPUR: Siasatan awal polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air dari Myanmar menerusi Thailand, semalam, dipaksa menjadi scammer oleh sindiket jenayah penipuan.
Mangsa yang diperdaya melalui tawaran pekerjaan ini dipaksa oleh sindiket di Myanmar untuk melakukan penipuan bagi aktiviti pelaburan kripto, bitcoin dan 'love scam'.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, semua mangsa terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 45 tahun turut dipaksa menjadi juruteknik komputer dan telefon bimbit.
"Tujuan sindiket penipuan terbabit adalah untuk melancarkan urusan aktiviti penipuan menerusi panggilan atas talian yang dilakukan mereka.
"Kesemua mereka didapati berada di Myanmar sejak 2023 dan 2024 selepas terpedaya dengan tawaran kerja menerusi aplikasi media sosial.
"Kita masih menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)," katanya ketika dihubungi BH hari ini.
Razarudin berkata, setakat ini, pihak polis sudah selesai merakam keterangan 15 individu terbabit.
"Mereka kini diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.
Beliau menjelaskan setakat ini keesemua rakyat Malaysia yang diserahkan oleh pihak berkuasa Myanmar kepada pihak berkuasa Thailand pada 12 Februari lalu memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman percakapan dijalankan.
"Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan juga mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang berlaku kepada kesemua mangsa.
"Hasil semakan daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia mendapati kesemua pergerakan keluar mangsa adalah sah dengan melalui jalan yang diwartakan," katanya.
Semalam, Razarudin memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan daripada 15 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selepas tiba di tanah air, sekitar jam 2.30 petang semalam, melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Sementara itu, Kementerian Luar dilaporkan berkata, mereka adalah antara 261 mangsa yang diselamatkan daripada sindiket penipuan itu dan diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand pada 12 Februari lalu.
Sebelum ini, media melaporkan 261 mangsa diselamatkan pihak berkuasa Myanmar di bandar sempadan KK Park dan Shwe Kokko sebelum dipindahkan ke Thailand untuk proses penghantaran pulang ke negara masing-masing.
Proses dokumentasi kemudian dilakukan pihak berkuasa Thailand sebelum menghantar proses penghantaran pulang mangsa.
KEPALA SINDIKET
SCAM INI WARGA
CHINA MERAH
AMIN
AWAS !!!
BERHATI HATI
DENGAN WARGA
CHINA MERAH
KHALAS
PENDAPATAN PETRONAS SUSUT
PETRONAS catat untung bersih RM55.1 bilion pada 2024, susut 32 peratus
KUALA LUMPUR: PETRONAS merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM55.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, merosot 32 peratus berbanding RM80.7 bilion tahun sebelumnya, sejajar dengan purata realisasi harga yang lebih rendah.
Pendapatan syarikat susut tujuh peratus kepada RM320.0 bilion, manakala perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) turut berkurangan kepada RM114.1 bilion, sejajar dengan penyusutan keuntungan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik, berkata prestasi kewangan syarikat kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan pasaran serta tekanan kawal selia yang semakin meningkat berikutan perubahan geopolitik global.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman prestasi kewangan PETRONAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 di sini, hari ini.
APA DAH
JADI ?
JENG JENG JENG
HARGA MINYAK
NAIK KENAPA
SUSUT ?
JENG JENG JENEG
APAKAH KURANG
PERIGI ?
JENG JENG JENG
KHALAS
PEMBUNUH TETAP PEMBUNUH
PEMBUNUH
TETAP PEMBUNUH
AMIN
Unknown commented on
"HANYA SATU JAWAPAN -
MERDEKA !!!"
Permohonan maaf tidak boleh menghidupkan 80orang yang sengaja dibiar mati.
Semua malaon yang terlibat wajid diheret ke penjara!
Bayar pampasan kepada semua keluarga seumur hidup!
MAHMUD ABBAS BELOT - JIHAD ISLAM BANGUN MELAWAN ZIONIS BLACKROCK
Israel perluaskan rampasan tanah di Tebing Barat dengan kepungan kereta kebal
JENIN: Kumpulan pejuang Palestin, Jihad Islam, menuduh kepungan luar biasa kereta kebal Israel di Tebing Barat yang diduduki sehingga menyebabkan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal, mungkin salah satu langkah ke arah penggabungan haram wilayah itu.
Kumpulan pejuang itu berkata, pemindahan besar-besaran dan penempatan pertama kereta kebal Israel di wilayah itu sejak awal 2000-an 'mengesahkan rancangan pendudukan untuk mengilhakan Tebing Barat secara paksa'.
"Israel cuba untuk mengukuhkan penguasaan tentera dengan mewujudkan koridor penempatan yang mengukuhkan pemisahan bandar Tebing Barat dan kem mereka," menurut kumpulan itu.
Malah, kumpulan yang turut bertempur bersama Hamas di Gaza dan mempunyai kehadiran yang kuat di utara Tebing Barat, mengecam tindakan pencerobohan baharau itu, bertujuan untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka.
Keadaan jalan-jalan di sekitar kem pelarian Jenin di utara wilayah itu rosak dan kosong, selain kelihatan tiga kereta kebal Merkava Israel ditempatkan bagi mengawasi kawasan itu, sementara penduduk yang berpindah, sekali-sekala masuk melalui lorong belakang untuk mengambil barang-barang dari rumah mereka.
Sebelum ini, pemimpin Israel berulang kali berjanji untuk menggabungkan sekurang-kurangnya bahagian Tebing Barat yang diduduki sejak 1967, tetapi sebarang cadangan sedemikian mendapat tentangan kuat daripada rakyat Palestin dan kebanyakan masyarakat antarabangsa.
Dalam operasi ketenteraan selama berminggu-minggu di utara wilayah itu, ketika gencatan senjata dilaksanakan, tentera Israel membersihkan tiga kem pelarian dan mengerahkan kereta kebal 'mengepung' Jenin.
Sementara itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata, ramai penduduk yang melarikan diri berlindung di masjid dan sekolah yang sesak.
"Kerosakan itu menghalang akses penduduk pelarian kepada keperluan asas seperti air bersih, makanan, penjagaan perubatan dan tempat tinggal, manakala musim sejuk menjadikannya lebih sukar untuk bertahan," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Agensi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) berkata, serangan ketenteraan disifatkan melampaui piawaian penguatkuasaan undang-undang dan membawa akibat yang teruk.
"Penggunaan berterusan taktik seperti perang maut di kawasan kediaman amat membimbangkan," menurut OCHA.
Ketua PBB, Antonio Guterres, turut menolak gesaan untuk penggabungan dan amat bimbang dengan peningkatan keganasan.
Manakala Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas, berkata pihaknya memerhati perkembangan dengan teliti dan tidak menyembunyikan kebimbangan apabila ia berkaitan dengan Tebing Barat.
Tebing Barat, tidak termasuk Baitulmaqdis timur yang digabungkan oleh Israel, adalah kediaman kepada kira-kira tiga juta rakyat Palestin serta hampir setengah juta rakyat Israel yang tinggal di penempatan haram yang menyalahi undang-undang antarabangsa.
Kereta kebal Israel tidak beroperasi di sana sejak berakhirnya intifada Palestin kedua atau pemberontakan pada 2005.
Tentera Israel berkata, jentolak itu bertujuan untuk membersihkan jalan daripada bahan letupan. - AFP
MAHMUD ABBAS
PENGUASA
PALESTIN BELOT
AMIN
JADI MATA MATA
ZIONIS ISRAEL
AMIN
DI TEBING BARAT
JIHAD ISLAM
BANGUN MELAWAN
KHALAS
SETANYAHIU NAK PERANGKAP HAMAS UNTUK MULAKAN PERANG
SETANYAHU MAHU
PERANGKAP HAMAS
UNTUK MULAKAN
PERANG
50JUTA RINNGIT HILANG
50 JUTA RINGGIT
HILANG
AMIN
SAPA REMBAT
JENG JENG JENG
AMIN
Unknown commented on
"TOYOL MAKIN AKTIF"
Ini baki yang terjumpa ter ter ter jumpa lain tak kira lagi kah kah kah, kalau seorang PM simpan menabung begitu banyak dalam dua tahun bayangkan berapa simpanan luar dalam atas bawah kah kah kah memang wajar RM jatuh ke tahap lebih buruk dari Siam, Amoi Siam tidak mahu RM lagi sebab dia tahu banyak pemimpin pencuri berada di Malaysia woit kah kah kah mereka ini lebih buruk dari Amoi Siam yang jual puki halal kah kah kah
Unknown commented on
"TOYOL MAKIN AKTIF"
Boleh jadi bermain2 dengan nombor maka ada peluang boleh sakau duit. beza amaun rm50juta bukan kecil anak. boleh kenyang sampai 17 keturunan. Lagi pula rakyat malaysia ni rata2nya cepat lupa berita yang 1jam tadi boleh lupa inikan pula kelmarin.
Dan lagi sapa yang akan selidik jumlah amaun yang berbeza tu? Hanya beberapa kerat yang boleh akses duit haram tu.
Kenyang dengan duit haram sampai ke anak cucu cicit.
Unknown commented on
"TOYOL MAKIN AKTIF"
Wow patut lah ramai bercita-cita mahu jadi PM, cara mudah main isu main sentimen main planta kah kah kah lumayan lumayan mudah dapat berjuta-juta sampai pembantu khas terlalu ramai, orang politik ini tahu menuai padi pada musim berkuasa kah kah kah,
kalau setiap PM sakau berbillion berjuta-juta negara memang lingkup tetapi jangan risau sebab agenda agama bangsa keturunan ketuanan kerabat akan terus menjadi medan mencari duit untuk diri mereka amin, sentiasa syukur alhamdulillah sebab semuanya halal dan ada cop JAKIM kah kah kah
BACA SENDIRI DAN FAHAM
Puluhan ribu warga China terus menetap di Malaysia
Sebilangan besar warga China terus menetap di Malaysia melalui kemudahan visa jangka panjang kerajaan, membangkitkan persoalan mengenai kebanjiran etnik Cina yang bukan warganegara di samping kebimbangan mengenai kesannya terhadap hubungan kaum dan implikasi kepada politik negara.
Akhbar Singapura The Straits Times, memetik angka rasmi kerajaan Malaysia, berkata seramai 26,162 rakyat China dari Tanah Besar telah menetap di Malaysia selepas menerima visa jangka panjang di bawah program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H).
Laporan itu berkata setakat Disember 2024, 45% daripada 57,686 peserta MM2H adalah rakyat China, kebanyakannya menetap untuk tujuan persaraan, pendidikan dan pelaburan.
Ia berkata warga China kini membentuk bahagian terbesar pemohon MM2H berbanding negara lain.
Dalam tempoh empat bulan antara September tahun lepas dan Januari 2025, 53% daripada sejumlah 2,195 pemohon MM2H adalah dari China, diikuti warga Taiwan (8%) dan Hong Kong (6%).
Mereka membawa masuk sejumlah RM675 juta yang disimpan dalam akaun simpanan tetap di bank tempatan, serta membeli hartanah bernilai RM681 juta dalam tempoh tersebut.
Menurut The Straits Times, ramai warga China tertarik ke Malaysia kerana harga rumah yang lebih murah, di samping untuk mencari kebebasan jauh daripada tekanan hidup seharian di negara asal mereka.
Perkembangan itu di tengah-tengah rasa kurang senang terhadap kempen agresif pentadbiran semaca untuk menarik berjuta-juta pelancong dari China dengan menawarkan pengecualian visa 30 hari kepada pengunjung dari Tanah Besar sehingga akhir 2026.
Malaysia merupakan antara negara yang menerima paling ramai pelancong China.
Tahun lepas, akhbar The Financial Times melaporkan trend kebanjiran warga China ke Malaysia, dan menganggarkan bilangan mereka yang menetap di negara ini meningkat dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun sebelumnya, daripada 82,000 pada 2022, kepada 150,000 hingga 200,000.
MM2H, yang menggalakkan warga asing membawa masuk dana simpanan mereka ke negara ini sebagai syarat mendapatkan visa jangka panjang, dipenuhi dengan kontroversi selepas pentadbiran Anwar Ibrahim meletakan skim tersebut di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, yang diterajui Tiong King Sing, menteri yang dikritik kerana tumpuannya yang bukan sahaja untuk menarik warga China tetapi juga mempromosikan China.
Di bawah MM2H, rakyat asing membawa bersama deposit tetap sebanyak RM5 juta, di mana mereka boleh tinggal sehingga 20 tahun termasuk diberikan permit kerja.
Pakar bagaimanapun berpandangan penghijrahan beramai-ramai warga China ke Malaysia membawa cabaran tersendiri, termasuk implikasi pada sektor hartanah dan pemilikan rumah, di mana pemaju lebih berminat membina hartanah mewah berbanding rumah mampu milik yang dicari rakyat tempatan, di samping perubahan demografi dan kesan domino lain.
Pengkritik turut mengingatkan Putrajaya supaya mengambil iktibar daripada negara jiran, khususnya Singapura, Thailand dan Vietnam, yang bergelut dengan kebanjiran pendatang China dan isu penyerapan budaya yang datang bersamanya.
Antara yang lantang mempersoalkan dasar kerajaan menarik rakyat China ialah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang tahun lalu melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan mendadak bilangan warga China yang menetap di Malaysia.
Beliau berkata berkata pendatang dari tanah besar China lebih sukar dikesan oleh pihak berkuasa disebabkan kehadiran kaum Cina warganegara Malaysia, menjadikan mereka "mudah hilang".
Katanya ini berbeza dengan penghijrahan bangsa lain yang lebih mudah dikenal pasti di kalangan masyarakat Malaysia.
"Itulah yang menyebabkan jumlah mereka banyak, kerana kita tidak boleh kenal pasti warganegara asal dengan orang pendatang," katanya dalam wawancara bersama MalaysiaNow tahun lepas.
Walaupun Malaysia tidak menerbitkan statistik rasmi mengenai penghijrahan baru, The Financial Times menganggarkan bilangan warga China yang menetap di negara ini telah meningkat daripada sekitar 82,000 pada 2022 kepada 200,000 pada tahun lepas, bersandarkan statistik kerajaan dan sumber lain.
Bilangan pemilik perniagaan, pengurus dan pekerja dalam syarikat China pula meningkat empat kali ganda, daripada 10,000 pada 2021 kepada 45,000.
Kehadiran warga China lebih ketara dalam sektor pendidikan, di mana tahun 2023 mencatatkan peningkatan 35% dalam pendaftaran pelajar China di universiti berbanding 2021, manakala kaji selidik akhbar FT mendapati bilangan pelajar China di sekolah antarabanga meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh dua tahun yang lalu.
Pulau Pinang jadi lubuk China
Dalam laporannya semalam, The Straits Times berkata kesan penghijrahan rakyat China paling dirasai di Pulau Pinang.
Seorang ejen hartanah berkata 80% pelanggannya tahun ini merupakan rakyat China, berbanding apabila dia memulakan karier pada 2013 tanpa pelanggan.
Malah kebanjiran rakyat China memaksa sekolah antarabangsa di Pulau Pinang mengenakan had 20% pelajar China dalam setiap kelas dalam usaha mengekalkan kepelbagaian kaum.
"Adalah sukar untuk memupuk persekitaran untuk bertutur bahasa Inggeris sekiranya lebih separuh pelajar berasal dari China," kata seorang lagi ejen hartanah yang membantu seorang warga China memulakan kehidupan di sini.
Sementara itu, sebuah kawasan kejiranan berhampiran Universiti Sains Malaysia menyaksikan bilangan restoran dari tanah besar China meningkat daripada dua kepada 10 dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata seorang penggiat filem.
Tang Siang Ching berkata walaupun ia bermakna lebih banyak pilihan makanan, wujud kebimbangan sama ada trend itu mampu kekal.
"Apakah yang akan berlaku kepada restoran-restoran ini apabila pelajar China tidak lagi datang? Apakah rancangan seterusnya?" katanya dipetik The Straits Times.
BACA SENDIRI
DAN FAHAM
AMIN
JIKA TAK FAHAM
HANTUK KEPALA
SAMPAI PECAH
PADA TIANG
LAMPU JALAN
KHALAS
HANYA SATU JAWAPAN - MERDEKA !!!
Thaksin mohon maaf kes pembunuhan beramai-ramai di selatan Thailand
BANGKOK: Selepas lebih 20 tahun berlalu, bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, akhirnya memohon maaf atas kematian puluhan penunjuk perasaan beragama Islam yang maut akibat sesak nafas di dalam trak tentera, di selatan negara itu.
Permohonan maaf itu dipercayai yang pertama dibuat secara terbuka berhubung kes yang dikenali sebagai 'Pembunuhan Beramai-ramai Tak Bai' dan selepas empat bulan tempoh had masa kes berakhir, sekali gus menyebabkan tuduhan bunuh terhadap tujuh suspek digugurkan.
Tragedi itu sudah lama menjadi simbol kekebalan pihak berkuasa di wilayah selatan Thailand, yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Kawasan itu terus berdepan konflik antara pasukan keselamatan kerajaan dan kumpulan pemisah yang menuntut autonomi lebih besar bagi wilayah yang mempunyai budaya serta pegangan agama berbeza daripada negara majoriti Buddha itu.
Thaksin, perdana menteri ketika tragedi itu berlaku, menyatakan permohonan maaf itu semalam, atas sebarang tindakan yang mungkin menyebabkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk.
"Ketika saya menjadi perdana menteri, saya mempunyai niat yang kuat untuk menjaga kebajikan penduduk tempatan," katanya ketika ditanya mengenai tragedi itu dalam lawatan pertamanya ke selatan sejak 19 tahun lalu.
"Jika ada sebarang kesilapan atau ketidakpuasan hati yang berpunca daripada saya, saya ingin memohon maaf," katanya.
Pengasas bersama kumpulan hak asasi Thailand, Duay Jai, Anchana Heemmina, berkata kepada AFP bahawa ini adalah kali pertama Thaksin mengemukakan permohonan maaf.
"Jika beliau benar-benar ikhlas, beliau juga perlu memohon maaf secara bersemuka kepada keluarga mangsa," katanya.
Pada 25 Oktober 2004, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berhimpun di luar sebuah balai polis di pekan Tak Bai, wilayah Narathiwat, berhampiran sempadan Malaysia, sekali gus mengorbankan tujuh orang.
Selepas itu, 78 lagi tahanan maut akibat sesak nafas selepas mereka ditahan dan dimuatkan secara bersesak di belakang trak tentera Thailand dalam keadaan tertiarap dengan tangan diikat ke belakang.
Pada Ogos tahun lalu, sebuah mahkamah wilayah menerima kes jenayah yang difailkan oleh keluarga mangsa terhadap tujuh pegawai, termasuk bekas komander tentera yang dipilih ke Parlimen mewakili parti Pheu Thai pimpinan keluarga Shinawatra pada 2023.
Namun, pegawai terbabit mengelak daripada hadir ke mahkamah, menyebabkan kes itu tidak dapat diteruskan.
Pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, yang juga anak perempuan Thaksin, berkata, tempoh had masa kes terbabit tidak dapat dilanjutkan.
Kes itu menjadi simbol kurangnya tanggungjawab pihak berkuasa mahupun pemerintah di wilayah selatan yang ditadbir di bawah undang-undang darurat serta dibanjiri pasukan tentera dan polis.
Sehingga kini, tiada anggota pasukan keselamatan Thailand pernah dipenjara atas kes pembunuhan di luar proses undang-undang atau penyeksaan di selatan Thailand, meskipun pelbagai dakwaan pencabulan hak asasi direkodkan selama bertahun-tahun.
Konflik di wilayah bergolak itu meragut lebih 7,000 nyawa sejak Januari 2004. - AFP
HANYA SATU
JAWAPAN
PATANI MERDEKA
AMIN
MAAF BELAKANG
KIRA
KHALAS
SANTAN NAIK HARGA
MADANI KLIM
EKONOMI RANCAK
AMIN
PUASA BELUM
MULA
SANTAN NAIK
HARGA
AMIN
Unknown commented on
"PUASA BELUM MULA
HARGA DAH NAIK"
boikot kelapa. jangan makan kuih atau nasi lemak. boikot peniaga tempatan. makanlah kfc dan mekdi. tak ada naik harga. Kah kah kah!
PAGI INI
PAGI INI
SELASA 25 FEBUARI 2025
BULAN PUASA AKAN SAMPAI
INI BULAN YANG AMAT ISTEMEWA
UNTUK PENGANUT AGAMA ISLAM
DAN PENGANUT ISLAM BUDAYA
TAHUN INI
GUA NAK PUASA
NAK TURUNKAN 5 KG
INI SATU TUGAS KHAS
SELAMA SEBULAN
DUA JUMAAT LALU
GUA TERSEREMPAK
DENGAN TUKANG MASAK
KAWAN LAMA GUA DI KAMUNTING
DIA TUKANG MASAK
MASA GUA DALAM TAHANAN
KAMI KENAL BAIK
TIAP KALI ADA DEMO
SOKONG PALESTIN DIA PASTI ADA
TAK LAMA LAGI KAMI
AKAN JUMPA LAGI
HARI JUMAAT AKHIR
BULAN RAMADAN
INI HARI AL-QUDS SEDUNIA
KAMI AKAN BERDEMO
AJARAN DARI TUKAN MASAK INI
DALAM BULAN PUASA
BERJUMPA BUKAN
WAKTU BERBUKA
TAPI
JUMPA WAKTU SAHUR
MAKAN SAHUR BERSAMA
SELESAI SAHUR
PULANG DAN BERSEDIA
UNTUK PUASA
TAHUN INI GUA
NAK GUNAKAN NASEHAT
TUKANG MASAK INI
TAK PERLU JUMPA
WAKTU BERBUKA
KITA JUMPA MAKAN MAKAN
WAKTU SAHUR
GUA NAK TANYA
WARUNG TOMYAM DI BRICKFEILD
APAKAH MEREKA
BUKA WAKTU SAHUR
AMIN
AMERIKA
MACRON JUMPA TRUMP
BINCANG HAL PERDAMAIAN
DI UKRAINE
TRUMP MAHU DAMAI
SACEPAT MINGGU DEPAN
GERMAN
KERAJAAN BARU GERMAN
CANCELOR BARU NAMANYA METZ
BEKAS CEO BLACKROCK
DARI PARTI CHRISTIAN
SIAM
NEGARA INI HARAMKAN
E-ROKOK
TINDAKAN TEGAS
AKAN DIAMBIL
PADA YANG DEGIL
SRI LANGKA
KEPALA SINDIKET DADAH
DI TEMBAK MATI DI MAHKAMAH
DIA SEDANG DI BICARKAN
PENEMBAK MENYAMAR
SEBAGAI PEGUAM
KOREA SELATAN
49 BUAH SEKOLAH DITUTUP
TAK ADA MURID
ORANG KOREA KURANG
BERANCUK
HOKKIEN
PAGI INI KERING CERAH SEGAR
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
MATA HARI DAH MUNCUL
SINAR LEMAH
HA HA
RAMAI PEKERJA POTONG RUMPUT
DAH NAK DEKAT PESTA KUBUR
SANA SINI KUBUR
DI BERSIHKAN
DI HADAPAN ABANG PEMOTONG RUMPUT
SATU KUMPULAN TIONG
BERTERBANGAN
MENUNGGU REZEKI
ULAT DAN BELALANG
LARI DARI RUMPUT
YANG SEDANG DI POTONG
TERKUKUR TERUS BERLAGU
WARGA ASAL
MENYALAK MARAH
TAK TAK DAN EZI
TAK AMBIL POT
HARI INI AKAN PANAS
KEMARIN PANAS
PETANG REDUP SEJUK
HUJAN TAK GUGUR
MUNGKIN HARI INI SAMA
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SELASA
BRO
KETAWA INI UBAT
TAPI KALAU LU
TERUS TAK HENTI KETAWA
LU PERLU MAKAN UBAT
BRO
UNTUK DI LIHAT CERDIK
LU BERKAWANLAH
DENGAN AHLI UMNO
BRO
INI ZAMAN MODEN
KALAU LU SUNYI
LU BOLEH CARI AWEK
CARI JAMBU
DALAM TALIPON
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA











