Rabu, 11 Jun 2025

TEATER AZAM BAKI


TEATER 

AZAM BAKI

TAN SRI
PUKI MANA?

INI NAMANYA TEATER AZAM BAKI
CARA AZAM BAKI NAK BELA DIRI
MEDIA BUAT HEBOH
KUNUN BUAT KERJA

SPRM PASTI  BERI TAHU MEDIA
MEDIA DATANG TAPI DILARANG
BUAT LAPORAN SEBUT NAMA

INI LAH TEATER NAK TUNJUK
PADA ORANG RAMAI
AZAM BAKI KAKI KERJA KERAS
UNTUK ANWAR BLACKROCK

SUMO SOKONG !!!


JANG OOOOI !

KITO SUMO SOKONG

EKAO

AMIN

NAJIB AKAN MATI DALAM PENJARA ?


Kes kedua SRC: AGC tolak representasi Najib

Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan oleh bekas Najib Razak bagi menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Perkara itu dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika kes berkenaan disebut di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K Muniandy, hari ini.

“Yang Arif, saya hadir untuk memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi telah ditolak dan pihak pendakwaan akan meneruskan perbicaraan.

“Saya diarahkan untuk memaklumkan perkara ini kepada mahkamah serta mohon tarikh perbicaraan ditetapkan,” katanya.

Pada masa sama, pihak pendakwaan turut memohon tempoh yang lebih lama bagi mendapatkan dokumen berkaitan dan menyediakan penyataan saksi.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Bhd, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Terdahulu, Mohd Ashrof memaklumkan kepada mahkamah bahawa kes melibatkan dana RM42 juta milik SRC yang sebelum ini dibicarakan di hadapan Mohd Nazlan Mohd Ghazali – yang bertugas sebagai hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – melibatkan 807 bahan bukti.

Untuk rekod Mohd Nazlan kini berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

Pihak pendakwaan tak setuju

Mohd Ashrof berkata semua bahan bukti itu diperlukan untuk digunakan dalam perbicaraan yang sedang berjalan ketika ini.

“Sehubungan itu, Yang Arif, pihak pendakwaan akan secara rasmi memohon kepada pejabat pendaftar mahkamah tinggi untuk mengembalikan bahan bukti tersebut kepada pihak pendakwaan bagi tujuan perbicaraan ini.

“Saya dimaklumkan bahawa proses ini akan mengambil sedikit masa, dan oleh itu, kami dengan penuh hormat memohon agar tarikh perbicaraan dilanjutkan,” katanya.

Sementara itu, peguam utama kepada Najib, Muhammad Shafee Abdullah, mencadangkan agar mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) bekas perdana menteri terbabit bagi mengelakkan kesesakan dalam senarai kes mahkamah, selain memberi ruang kepada pihak pendakwaan membuat persiapan tanpa menjejaskan hak anak guamnya.

“Yang Arif, pertuduhan ini difailkan pada 2019, manakala representasi telah dikemukakan pada 31 Julai 2023. Pihak pembelaan berpendapat bahawa representasi tersebut mempunyai merit, berdasarkan keputusan muktamad perbicaraan pertama kes SRC serta rayuan-rayuan yang menyusul selepas itu,” katanya.

Tambah Muhammad Shafee kes berkenaan telah berlarutan sejak 2019 dan kelewatan kini mencecah enam tahun.

“Dokumen berkaitan SRC pula berselerak di pelbagai mahkamah, termasuk di Mahkamah Persekutuan dan prosiding sivil,” kata peguam itu.

Susulan itu, hakim meminta pandangan pihak pendakwaan berhubung permohonan DNNA namun Mohd Ashrof berkata dia tidak bersetuju kerana pihaknya bersedia untuk meneruskan perbicaraan.

“Namun begitu, berhubung dokumen, saya dengan rendah hati memohon sedikit masa lagi untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang diperlukan,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 Jun untuk membuat keputusan berhubung permohonan DNAA oleh Najib.

Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC dalam kes yang berasingan.

Pada 2 Sept 2022, dia memfailkan petisyen pengampunan diraja, dan pada 29 Jan 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.- Bernama

NAJIB ADA

BERAPA KES 

LAGI ?

JENG JENG JENG

KES 1MDB BELUM

SELESAI

AMIN

NAMPAKNYA

KALAU DUNIA

TAK KIAMAT

NAJIB AKAN

AKAN MATI

DALAM PENJARA

AMIN

APAKAH NANTI

NAJIB AKAN

DIKUBURKAN

DI MAKAM 

PAHLAWAN

ATAU DI KUBUR

KAJANG

AMIN

KHALAS

PERANGKAP UNTUK YUSOFF RAWTHER

 



Keputusan Yusoff Rawther bela diri atau dibebaskan diketahui esok


Kuala Lumpur: Nasib bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Muhammed Yusoff Rawther sama ada diperintah membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan akan diketahui esok.

Hakim Mahkamah Tinggi  Muhammad Jamil Hussin akan membuat keputusan berkenaan pada jam 9 pagi, sama ada pihak pendakwaan berjaya atau gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammed Yusoff, 32.

Pada 28 April lalu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman memaklumkan pihak pendakwaan menutup kes itu selepas memanggil 13 saksi dalam perbicaraan yang bermula pada 7 April lalu.

Antara saksi itu ialah Ketua Serbuan Ops Laras yang juga pegawai polis di Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Inspektor Wan Muhammad Wan Ali, 37.

Saksi lain adalah Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Inspektor Muhammad Zuhairi Md Zuhir, 36, dan ahli kimia, Harlisa Haidhir Harminder daripada Jabatan Kimia Malaysia.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan turut menawarkan tujuh saksi kepada pasukan pembelaan sekiranya tertuduh diperintah membela diri.

Pada 12 September 2024, Muhammed Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 September 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan.

Dia juga didakwa atas satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September 2024, mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 12 November tahun sama, Mahkamah Majistret membenarkan kes mengedar dadah jenis kanabis membabitkan Yusoff dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Dalam kes berkenaan, tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

HANYA SATU

SOALAN

AMIN

APAKAH 

YUSOFF RAWTHER

SELAMAT DALAM

PENJARA?

AMIN

KHALAS

BARU SEKARANG MUHYIDIN BERSUARA



Pertikaian Petronas-Petros Jejas Industri Minyak Negara, Dakwa Muhyiddin


KUALA LUMPUR, 11 Jun 25 – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendakwa pertikaian hak pengedaran gas di Sarawak antara Petronas dan syarikat minyak negeri itu, Petros memberi kesan kepada keseluruhan industri minyak dan gas di negara.

Presiden Bersatu itu berkata, disebabkan pertikaian itu, Petronas lewat memulakan kerja eksplorasi yang menyumbang kepada penyusutan pendapatan syarikat.

“Selain itu, pertikaian antara Petronas dan Petros berhubunghak pengedaran gas di Sarawak yang belum selesai bukan sahaja menjejaskan pendapatan Petronas, malah turut memberi kesan kepada keseluruhan industri minyak dan gas di negara ini.

“Menurut laporan akhbar The Edge pada 2 Jun 2025, beberapa syarikat minyak dan gas di negara ini telah mencatatkan penyusutan pendapatan atau kerugian pada suku pertama 2025.

“Antara sebab utamanya ialah pengurangan penggunaan vesel dan kelewatan Petronas memulakan kerja-kerja eksplorasi akibat pertikaiannya dengan Petros,” kata Muhyiddin, dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Muhyiddin hampir seminggu selepas isu Petronas dijangka mengurangkan kira-kira 5,000 tenaga kerjanya disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan penyusutan hasil syarikat tercetus.

Muhyiddin juga mencadangkan kerajaan untuk membentangkan pelan kelestarian Petronas dan hala tuju industri minyak dan gas negara dalam kadar segera.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, bukan sahaja Petronas dan pekerjanya yang berhadapan keadaan yang tidak menentu, malah keseluruhan syarikat dan pekerja yang terlibat dalam industri minyak dan gas negara akan terjejas.

“Pada masa ini terdapat 70,000 pekerja yang terlibat dalam industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas di Malaysia.

“Sebagai syarikat milik negara yang menyumbang sejumlah dividen yang besar kepada kerajaan dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, kepentingan Petronas dan pekerjanya mesti sentiasa dilindungi oleh kerajaan,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, Petronas wajar melaksanakan proses pemberhentian kakitangan terlibat secara berperingkat selepas mereka dilatih dan kehidupan mereka agak terjamin.

Katanya, kumpulan pekerja itu perlu diberi latihan keusahawan dan bantuan modal untuk mereka menceburi bidang perniagaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran mereka.

“Dana-dana yang biasa digunakan untuk membantu usahawan-usahawan Bumiputera  seharusnya digunakan untuk menolong mereka berdiri di atas kaki sendiri.

“Kerajaan harus bersama bertanggungjawab menangani isu ini,” kata Muhyiddin lagi. @politiko.my

WOIT

MUHYIDIN LU

PEMBANGKANG

BERSUARALAH

KELUAR

PANDANGAN

AMIN

RAKYAT MENUNGGU

NAK DENGAR APA

PN BOLEH LAKUKAN

AMIN

JANGAN HANYA

SIBUK NAK

JADI PM SIANG

MALAM

AMIN

KHALAS

SATU JAWAPAN - ANGKAT SENJATA LAWAN



Penubuhan negara Palestin bukan lagi matlamat dasar Washington - Duta AS


WASHINGTON: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Israel, Mike Huckabee menyatakan beliau tidak percaya penubuhan negara Palestin masih menjadi matlamat dasar luar Washington.

Bagaimanapun Jabatan Negara menegaskan itu pandangan peribadi yang disuarakan Huckabee dan Rumah Putih perlu merujuk kepada kenyataan terdahulu Presiden Donald Trump yang meragui penyelesaian dua negara.

"Saya tidak fikir begitu," kata Huckabee dalam temu bual bersama Bloomberg News yang disiarkan semalam, ketika ditanya sama ada penubuhan negara Palestin kekal sebagai matlamat dasar AS.

Ditanya mengenai ulasan Huckabee itu, Rumah Putih merujuk kepada ucapan Trump awal tahun ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza yang syor itu dikecam hebat oleh kumpulan hak asasi, negara Arab, rakyat Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu bentuk 'pembersihan etnik'.

Rumah Putih turut memetik kenyataan Trump pada tahun lalu, sebelum memenangi pilihan raya 2024, apabila beliau dilaporkan berkata, beliau tidak pasti penyelesaian dua negara masih boleh dilaksanakan.

"Saya tidak pasti penyelesaian dua negara masih boleh dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun Jurucakap Jabatan Negara, Tammy Bruce, enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada kenyataan Huckabee itu mencerminkan perubahan dasar AS.

Namun beliau menegaskan penentuan dasar adalah tanggungjawab Presiden dan Rumah Putih.

"Saya tidak akan menjelaskannya atau memberikan sebarang ulasan. Beliau jelas bercakap bagi pihak dirinya sendiri," katanya kepada wartawan.

Huckabee, seorang Kristian evangelikal, adalah tokoh konservatif pro-Israel tegar.

"Melainkan berlaku perubahan besar terhadap budaya (masyarakat Palestin), tiada ruang untuk (penubuhan negara)," katanya dalam wawancara itu sambil menambah, perubahan sedemikian mungkin tidak berlaku 'dalam hayat kita'.

Ketika penggal pertamanya, Trump dilihat agak dingin terhadap penyelesaian dua negara, satu asas utama dasar AS di Asia Barat sejak sekian lama.

Namun, setakat ini beliau belum memberikan gambaran jelas mengenai pendiriannya dalam pentadbirannya sekarang.

Huckabee pula mencadangkan agar sebidang tanah diperuntukkan daripada sebuah negara Islam lain dan bukan memaksa Israel melepaskan wilayahnya.

"Adakah ia wajib berada di Judea dan Samaria?" soal Huckabee yang merujuk kepada nama dalam kitab suci yang digemari kerajaan Israel bagi merujuk kawasan Tebing Barat yang diduduki yang juga tempat tinggal kira-kira tiga juta rakyat Palestin.

Huckabee, bekas gabenor Arkansas, terkenal sebagai penyokong tegar Israel sepanjang kerjaya politiknya dan menjadi pembela lantang terhadap penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Trump, ketika menjadi Presiden, melaksanakan dasar yang sangat memihak kepada Israel dan pelantikan Huckabee sebagai duta dilihat sebagai petanda dasar itu akan diteruskan dalam penggal keduanya.

AS sejak beberapa dekad lalu menyokong penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin, yang merangkumi penubuhan sebuah negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza yang wujud di samping Israel.

Pertumpahan darah terkini dalam konflik puluhan tahun antara Israel dan Palestin tercetus pada Oktober 2023, apabila pejuang Hamas menyerang Israel hingga ia mengorbankan kira-kira 1,200 orang dan menawan sekitar 250 tebusan, menurut sekutu Israel.

Sebagai tindak balas, sekutu AS itu melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza yang telah mengorbankan hampir 55,000 penduduk Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, selain menyebabkan hampir keseluruhan penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal serta mencetuskan krisis kebuluran.

Serangan itu juga mengundang dakwaan jenayah genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) serta dakwaan jenayah perang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Israel bagaimanapun menafikan segala tuduhan itu.

HANYA SATU

JAWAPAN

ANGKAT SENJATA

DAN LAWAN

AMIN

AL- FATAH & PLO

YANG BELOT

KUBURKAN

BERSAMA ISRAEL

KHALAS

MENTERI YANG SEDANG MATI



MENTERI YG

BAIK MENTERI

YANG SEDANG

MATI

AMIN

Unknown commented on
 "PAGI INI"

Nak tanggung berapa ramai ? Yang pasti 222 ekor itu tanggung semua, kena bagi gaji kena bagi elaun tidur, kena bagi elaun ponteng, tambah Munkee berapa ekor menyusahkan saja, tambah lagi puak puak free loader yang kaya sakan, sedikit tidak malu ambil duit orang susah kah kah kah 

tambah 1.6 juta jawat awam, tambah golongan pencen setiap bulan kena keluar berjalan makan minum mereka semua kah kah kah minyak habis Boss kah kah kah lepas itu tambah golongan pencuri perompak negara dengan penjara jangan lupa nak tanggung makan minum berak kereta ulang alik ke mahkamah susah tanggung segala emak bapak sekalipun kah kah kah

WARTAWAN LULUSAN UITM


WARTAWAN 

LULUSAN UITM

KAH KAH KAH

KHALAS


Unknown commented on 
"TAN SRI PUKI MAK SAPA ?"

Buat cerita buat berita seminggu lebih masih tiada nama, kah kah kah inilah standards UiTM kita terus cemerlang dengan donut terbesar amin

BUKAN ROHINYA TAPI CHINA MERAH


BUKAN ROHINGYA

TAPI CHINA MERAH

KHALAS

Unknown commented on 
"ASKAR MULA TURUN KE JALAN"

Dia punya negara dia punya cara dia punya hal kita sibuk tutup pintu-pintu sempadan nanti sampai satu ketika Rohingya minta satu negeri kah kah kah

BACA SEKALI LAGI


BACA SEKALI 

LAGI

AMIN

Unknown commented on 
"PAGI INI"

pantun yang bagus..

KITA WAJIB SIMPATI PADA MEREKA


BERI SIMPATI 

PADA MEREKA

YANG DALAM

KESUSAHAN

AMIN

JEMPUT NIKMATI TUPAI SALAI & TUAK MASAM



JEMPUT DATANG

KE RUMAH

AMIN

NIKMATI  TUPAI

SALAI & TUAK

MASAM

KHALAS

Unknown commented on 
"TT KETURUNAN
 SAKAI BIDUANDA"

Sendiri cakap Sakai biduanita entah betul atau tidak? Kah kah kah dia yang tulis sejarah sendiri bukan ada kajian pun, semuanya keturunan dia lah cipta dunia dari pakaian makanan segalanya kah kah kah scam macam prof kangkung

BERSATU TERAJANG ANWAR BLACKROCK

 


RAMAI RAMAI

TERAJANG ANWAR

BLACKROCK

KHALAS

KER ARAH PERANG DUNIA KE TIGA



KE ARAH PERANG 

DUNIA KE TIGA



Ketika tulisan ini digarap perang antara Rusia dan Ukraine makin merancak.  Perang ini bermula pada 20 Februari 2014 bila mana berlakunya rampasan kuasa di Ukraine. Kuasa baru di Kyiv ini mahu Ukraine menjadi ahli NATO. Dasar ini di tentang oleh Rusia. 

Satu bulan kemudian Rusia mengambil kembali Pulau Crimea  yang asal usulnya bumi Rusia.  Sebagai jawapan wilayah Donbas yang majoriti etnik Rusia di bantai oleh soldadu Ukraine. Etnik Rusia minta bantuan dari Putin. Rusia  masuk membantu – perang pecah -  hanya tamat dengan Perjanjian Minsk pada 5 September 2014.

Perjanjian Minsk ini gagal. Maka  pada 22 Februari 2022 Putin melancarkan apa yang di panggil – Operasi Istimewa – Special Operation – bala tentera Rusia masuk ke Ukraine untuk mengambil alih empat wilayah Donbas  yang majoritinya etnik Rusia. Perang berterusan hingga hari ini. 

Ketika tulisan ini di garap Gaza Palestin masih menjadi mangsa genosid Israel. Angka kematian  telah melintasi 50 ribu.   Gaza telah di serang oleh Israel berkali-kali. Semenjak Israel menjajah Palestin pada tahun 1948 Gaza terus menjadi mangsa. Pada tahun 2008, 2012, 2014 dan 2021 Gaza telah diserang Israel.

Pada 7 Oktober 2023  Al-Qassam Briged - gerila Hamas - telah memecah  tembok dan kawat berduri dan masuk ke dalam wilayah Israel. Hamas mengambil 251 orang tawanan. 

Sebagai jawapan  Netanyahu melancarkan  Operation Gideon Chariots untuk menyerang Gaza. Dua tujuan induk. Pertama untuk menghapuskan dan memusnahkan Hamas yang telah berkuasa di Gaza lebih dari dua dekad. Kedua untuk membebaskan semua tawanan.

Hingga ke hari ini dua tujuan Netanyahu gagal. 

Ketika tulisan ini di garap Perang Saudara sedang berjalan di Sudan. Pada 15 April 2023  berlaku pemberontakan. Askar kerajaan Sudan pecah dua. Perang saudara ini bukan saja menjemput beratus ribu kematian tetapi telah membawa kebuluran yang maha sangat.

Perang saudara di Sudan ini tidak mendapat liputan meluas seperti perang   di Gaza atau di Ukraine. Tetapi kemusnahan dalam perang adalah sama.

Hakikatnya tiga tahun ini dunia berhadapan dengan perang.  Jelas kelihatan di Ukraine , di Gaza dan di Sudan   jalan damai masih jauh dan berliku. Percubaan untuk menjalin damai wujud tapi semuanya gagal.

Pada hemat saya warga dunia hari ini telah menerima perang dan bunuh membunuh sebagai  satu kebiasaan baru – the new normal. Bangunan runtuh, bom meledak, askar luka parah, mayat bergelimpangan dan politikus berlabun telah menjadi hiburan harian untuk kita semua.

Kita tidak lagi terperanjat melihat imej anak kecil perut terbarai atau ibu ayah meratapi mayat anak yang sedang berdarah terbujur.  Berita angka kematian, berita pertempuran kini menjadi juadah berita harian kita. Kita tidak lagi terperanjat.

Apakah kita telah lali justeru kita menerima  perang, pembunuhan , kehancuran atau genosid sebagai kebiasaan baru. Semua ini di anggap the  new normal. Amin.

Saya  tidak ingin dituduh sebagai  pembawa berita buruk. Tetapi saya juga rasa terpanggil untuk memberi ingatan bahawa apa yang sedang berlaku hari ini – perang yang berterusan hari ini – akhirannya  memungkinkan Perang Dunia Ke Tiga.

Bila saya menulis tentang kemungkinan Perang Dunia Ke Tiga saya selalu merujuk kepada Jam  Kiamat – Doomsday Clock. Jam Kiamat ialah jam simbolik metafora yang dicipta oleh Buletin Saintis Atom  pada tahun 1945. Sosok-sosok yang mencipta jam ini termasuklah Albert Einstein dan Robert Oppenheimer – pembuat Bom Atom.

Jam ini menggambarkan  betapa dekatnya manusia dengan malapetaka global. Jika jam ini sampai ke detik tengah malam – ini menandakan hari kiamat. Jauh dan dekat umat manusia ke tengah malam  mengikut Jam Kiamat ini berdasarkan tahap ancaman yang ditimbulkan oleh perang nuklear, perubahan iklim dan teknologi yang mengganggu.

Pada tahun 2024, umat manusia semakin hampir kepada malapetaka. Trend yang sangat membimbangkan. Lembaga Sains dan Keselamatan  yang mengendalikan Jam Kiamat melihat  terdapat tanda bahaya yang jelas, pemimpin negara dan masyarakat mereka telah gagal melakukan apa yang diperlukan untuk mengubah haluan. 

Akibatnya, Lembaga Sains dan Keselamatan mengalihkan Jam Kiamat daripada 90 saat kepada 89 saat kepada tengah malam—yang paling hampir dengan malapetaka kiamat.

Ertinya umat manusia hanya ada 89 saat menuju  hari kiamat.  Pada hemat saya ini terlalu hampir.  Malah ada lagi yang menggerun dan menakutkan saya. Apa yang menakutkan saya telah berlaku  pada 1 Jun 2025 yang lalu.

Pada hari itu Ukraine telah membuat serangan paling terbesar ke atas Rusia. Ukraine telah melancarkan 117 drone.  Agensi Reuters telah mengutip kata-kata pegawai Amerika tentang hal ini. Malah Rusia juga telah mengakui serangan ini berlaku.

Ini bukan serangan biasa. Mengikut kenyataan Presiden Zelensky sendiri : Operasi ini namanya Operation Spider’s Web.  Operasi ini telah di rancang dengan  teliti 18 bulan dahulu.

Drone ini telah  dimasukkan ke dalam van dan di seludupkan ke wilayah Rusia. Pemandu-pemandu van ini  diberi arahan untuk membawa van ini jauh  ke dalam wilayah Rusia. Dengan teknologi yang ada van-van ini diikuti melalui sistem GPS. Bila sampai ke satu ketika yang di tetapkan atap van ini terbuka dan drone -drone keluar dan menuju sasaran.
Drone ini telah pergi jauh sekali ke dalam wilayah Rusia hingga sampai ke Timur Siberia – 4,300 kilometer dari Ukraine.

Apa yang memeranjatkan dunia ialah sasaran drone ini ialah lapangan terbang  pesawat pengebom Rusia.  Ini bukan lapangan terbang biasa. Ini bukan juga pesawat pengebom biasa. Ini adalah lapangan terbang untuk  pesawat yang membawa senjata nuklear.

Di laporkan berbelas-belas pesawat Rusia ini telah musnah. Kyiv mendabik dada mengakui kejayaan operasi ini. Dilaporkan kemusnahan hampir mencecah 20 bilion dolar.

Pihak berkuasa Ukraine mendakwa telah memukul 41 pesawat, secara keseluruhan, termasuk pengebom Tu-95 Bear, Tu-22M Backfire, dan Tu-160 Blackjack.

Bila media bertanya kepada Trump tentang serangan Ukraine ini Presiden Amerika ini berkata : Saya tidak tahu. 

Kenyataan pendek dari Trump ini telah menimbulkan banyak persoalan.  Operasi ini pastilah telah dirancang di zaman Biden dan Perdana Menteri Sunak dari UK.  Ini kerana operasi ini telah di rancang 18 bulan dahulu. Juga  kenapa CIA dan lembaga risikan Amerika tidak memberi tahu Presiden Trump. Apakah jika Trump diberitahu  tentang operasi ini maka Trump akan membatalkan. 

Semua ini menimbulkan persoalan tentang apa yang sedang berlaku dalam pentadbiran Trump. Malah telah ditimbulkan andaian bahawa  Trump sengaja di ketepikan. Kini CIA dan  kaum Zionis  sedang meneraju dasar Amerika. Amin.

Operasi Spider’s Web ini bukan operasi biasa. Sasarannya ialah  lapangan terbang  pesawat yang membawa bom nuklear. Pasti Rusia menganggap ini serangan latihan percubaan untuk memusnahkan persediaan senjata nuklear Rusia.

Juga bayangkan jika ketika drone ini menyerang lapangan terbang ini para soldadu dan pengawal di lapangan terbang itu tersilap baca – tersilap tafsir. Jika mereka merasa senjata nuklear mereka sedang diserang – ada kemungkinan  Rusia akan membalas dengan ledakan bom nuklear.

Tarikh operasi ini juga diatur dan disusun dengan niat jahat. Serangan ini berlaku pada 1 Jun – esoknya 2 Jun   pegawai Rusia dan Ukraine akan memulakan perbincangan  mencari jalan damai di Istambul. 

Jelas kelihatan ada satu jalur pemikiran  yang tidak mahu Perang Ukraine  di tamatkan.  Garis pemikiran ini mahu Rusia  terus dibantai. Putin perlu dijatuhkan. Rusia wajib di pecah-pecahkan. Sekatan ekonomi wajib diperketatkah.

Garis pemikiran ini wujud  dikalangan pentadbiran Trump. Mereka  sedia bekerjasama  untuk  meneruskan perang. Garis pemikiran ini amat kuat di  Eropah.  Emmanuel Macron dari Perancis, Keir Starmer dari UK dan  Friedrich Merz dari German semuanya  pengikut mazhab ini.

Trump di Amerika di baca tidak begitu memusuhi Rusia dan Putin. Malah satelah serangan ini berlaku Trump dan Putin telah bercakap melalui talipon.  Trump hanya berkata : Rusia akan membalas serangan.

Ketika tulisan ini di garap dunia masih menunggu apakah bentuk balasan Putin terhadap Operation Spider’s Web.  Apa yang jelas saban hari soldadu Rusia makin mara ke hadapan. Kota , pekan dan bandar di Ukraine makin banyak musnah. Jumlah kematian terus bertambah.

Jika dalam masa  Trump menjadi Presiden  Amerika  jika Perang Ukraine  dan Perang Gaza tidak tamat maka inilah tanda-tanda bahawa kita sedang menuju ke Perang Dunia Ke Tiga. Perang saudara di Sudan itu hanya jadi selingan.

Keberanian saya berkata demikian kerana Canselor Friedrich Merz dari German  akan menambah jumlah askar  daripada 182,000 askar aktif semasa kepada seramai 240,000 menjelang 2031.

German , UK dan Perancis bukan sahaja akan menambah bajet senjata malah akan memperkenalkan kembali sistem draf – 18 tahun ke atas jantan  betina wajib jadi askar.

Paling meyakinkan saya bahawa Perang Dunia Ke Tiga sedang di rancang apabila pada 7 Jun 2025 akhbar the Guardian London melaporkan  kerajaan German sedang merangka rancangan untuk meluaskan rangkaian kubu dan tempat perlindungan kalis bom.

Jerman sedang bersedia menangkis  serangan bom nuklear dari Rusia dalam tempoh empat tahun akan datang. Apakah kita semua tidak memahami tanda-tanda ini. Atau semua ini telah menjadi perkara biasa dan lupa akan Jam Kiamat yang makin dekat ke tengah malam. Amin. (TT)

TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/news/745751