Ahad, 15 Jun 2025

TANPA AMERIKA ISRAEL DAH LAMA HANCUR MUSNAH


TANPA AMERIKA

ISRAEL DAH LAMA

HANCUR MUSNAH

AMIN

IRAN TEMBAK JATUH JET F35


KEJAYAAN HEBAT

2 JET F35 DITEMBAK

JATUH

AMIN

JET F35 KELAS

PALING CANGGIH 

DALAM DUNIA

KHALAS

ISHAM RAIS MEREDAH SEMUA LORONG


MEREDAH SEMUA

LORONG

AMIN

OPERASI SARANG 

LABAH-LABAH

AMIN

ZAHID HAMIDI DALAM BAHAYA


‘Kalau betul mencuri, tangkap. Saya tak halang’ – PM

LUMUT – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perbuatan rasuah, termasuk yang melibatkan mereka dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, ketegasan terhadap isu integriti dan tadbir urus menjadi keutamaan pentadbirannya, tanpa mengira latar belakang politik atau jawatan seseorang.

“Jadi saya minta kawan-kawan faham hal ini, yang penting dalam kerajaan ini, saya tidak akan bertolak ansur.

“Tatakelola mesti betul. Bagi-bagi projek tanpa tender mesti dihentikan. Yang sakau sana, sakau sini, tak boleh.

“Kalau betul curi, tangkap. Saya tak halang. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) geledah habis.

“Tangkaplah hari-hari, saya tak peduli. Nak tangkap orang kerajaan perpaduan? Silakan. Nak tangkap orang pembangkang? Silakan. Nak tangkap yang dah pencen, yang banyak cakap pun, silakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Perak di Lumut Waterfront, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan bahawa kekayaan negara yang dicuri mesti dipulangkan demi kepentingan rakyat.

“Kalau betul dia curi, tangkap. Kalau dia curi, kita tak boleh kesian. Wang yang dia ambil itu wang rakyat. Kena pulangkan. Kalau tidak, bagaimana saya nak baiki sekolah?

“Kalau dia berniaga secara betul, jangan kita zalim. Tapi kalau bukan hak dia dan dia rampas, kita tak boleh biarkan,” jelasnya.

Tambah beliau, keampunan secara peribadi boleh diberikan, namun bukan terhadap kesalahan merompak harta negara.

“Saya ingat lagi dari dulu saya cakap, kamu terajang aku, kamu pukul aku setengah mati, kamu penjarakan aku, kamu hina aku dan keluarga aku… sudahlah. Sekarang saya dah jadi Perdana Menteri, aku maafkan semua.

“Tetapi kamu curi harta rakyat, harta negara, itu bukan hak aku untuk maafkan. Kamu kena bagi balik. Saya akan kutip balik siapa saja yang curi dari negara ini. Itu dasar kita.

“Jadi saya harap semua beri kerjasama supaya kita dapat teruskan kerja dengan baik,” ujar. – 

ZAHID HAMIDI

DALAM BAHAYA

KAH KAH KAH

ANWAR 

BLACKROCK

AKAN DAKWA

ZAHID SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

KHALAS

GERAKAN PATANI MERDEKA


GERAKAN

PATANI MERDEKA


MOU 1979: Malaysia–Thailand Kongsi 

Hasil 50-50, Tapi Apa Yang Rakyat Patani Dapat?

Patani, 15 Jun 2025 – Dalam dunia diplomasi antarabangsa yang penuh dengan kepentingan ekonomi dan geopolitik, Memorandum Persefahaman (MOU) 1979 antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand merupakan satu kes klasik tentang bagaimana sumber semula jadi dibahagikan tanpa penyertaan komuniti yang terkesan secara langsung.

MOU yang dimeterai pada 21 Februari 1979 telah membawa kepada penubuhan Thailand–Malaysia Joint Authority (TMJA) – sebuah badan bersama bagi mengurus dan mengendalikan eksplorasi serta pengeluaran gas asli di kawasan perairan Teluk Thailand Selatan yang menjadi pertikaian sempadan maritim antara kedua-dua negara.

Hasil Berbilion, Rakyat Patani Hanya Menjadi Pemerhati

Melalui perjanjian ini, kedua-dua negara bersetuju untuk berkongsi hasil secara sama rata (50:50) daripada operasi syarikat petroleum antarabangsa seperti Chevron, PTTEP, dan Petronas.

Namun begitu, walaupun kawasan operasi terletak di hadapan pantai wilayah Patani – yang merangkumi Narathiwat, Pattani, dan Songkhla – manfaatnya terhadap rakyat tempatan amat diragui.

Tiga Isu Pokok Yang Mencetuskan Persoalan Keadilan

1. Tiada Hak Suara Dalam Penentuan Dasar

Rakyat Patani tidak pernah dirujuk atau terlibat dalam perbincangan berhubung MOU ini. Semua proses dilakukan di peringkat kerajaan pusat, tanpa penyertaan masyarakat yang tinggal paling hampir dengan kawasan pengeluaran.

2. Tiada Agihan Hasil Kepada Komuniti Tempatan

Walaupun nilai pengeluaran gas mencecah puluhan bilion baht setiap tahun, tiada sebarang mekanisme seperti dana pembangunan komuniti atau cukai khas tempatan untuk memastikan hasil itu kembali kepada rakyat di wilayah berkenaan.

3. Kesan Alam Sekitar Tanpa Pampasan

Aktiviti penggerudian dan eksplorasi laut dalam menyebabkan gangguan terhadap ekosistem marin, sekaligus menjejaskan nelayan tradisional Melayu-Muslim yang tidak mampu bersaing dengan kapal industri besar yang dilesenkan oleh kerajaan pusat.

Persoalan Lebih Besar: Siapa Pemilik Sumber Ini?

Bagi banyak pihak dalam kalangan aktivis hak asasi dan masyarakat sivil di Patani, isu sebenar bukan sekadar agihan hasil – tetapi kedaulatan ke atas sumber (resource sovereignty).

Mereka mempersoalkan, “Mengapa hasil bumi di bawah kaki kami secara automatik menjadi milik penuh kerajaan pusat?”

Negara-negara seperti Kanada, Indonesia, dan Malaysia sendiri mengiktiraf hak wilayah untuk mengurus sumber tempatan melalui kerajaan negeri atau wilayah autonomi. Namun di Thailand, prinsip seumpama ini masih dianggap tabu.

Minyak Dapat, Tapi Hak Tidak Pernah Sampai

MOU 1979 kini menjadi simbol pembangunan tanpa penyertaan rakyat. Kekayaan yang dihasilkan daripada dasar laut di hadapan rumah masyarakat Patani tidak pernah mengubah nasib ekonomi atau politik mereka.

Dalam sebuah negara di mana perbincangan tentang “hak ke atas sumber” masih dilihat sebagai isu sensitif, soalan yang berbunyi:

“Apa yang rakyat Patani dapat daripada MOU ini?” mungkin hanya boleh dijawab dengan satu frasa: “Mereka dapat minyak, tetapi tidak dapat hak.”



AWAS ! JANGAN KENA TIPU OLEH ANWAR BLACKROCK SEKALI LAGI




Pemimpin PH tak berubah, ini sifat sebenar mereka - Wong Tack

Bekas pemimpin DAP Wong Tack membidas Pakatan Harapan (PH) kerana disifatkan membelakangkan keluarga pembantu politik Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 17 tahun lalu.

Wong mendakwa PH hanya memperjuangkan kes itu sebelum ini kerana ia adalah sesuatu yang mereka boleh gunakan untuk mendapatkan undi.

Kata aktivis alam sekitar itu, perkara yang sama juga berlaku kepada bantahan terhadap loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

“Apa yang mereka pentingkan ialah meraih undi untuk mendapatkan jawatan mereka.

"Apabila sesuatu isu yang pernah mereka perjuangkan hilang daya tarikan politik, mereka tidak akan bersusah payah atau menghabiskan satu minit masa mereka untuk itu.

“Dan jika mereka menghadapi tindak balas daripada rakyat kerana gagal menunaikan janji mereka, mereka menggunakan taktik yang tidak bertanggungjawab untuk melindungi diri mereka.

"Jentera politik mereka akan dilepaskan untuk memutarkan isu ini. Naratif yang serong akan dibina untuk memanipulasi persepsi orang ramai," kata Wong dalam satu kenyataan.

Bekas ahli parlimen Bentong itu mengulas keluhan adik Beng Hock, Teoh Lee Lan, yang mempersoalkan komitmen PH dalam mendapatkan keadilan bagi kes abangnya.

Lee Lan memberitahu podcast Malaysiakini bahawa keluarganya masih terperangkap dalam penantian yang panjang dan menyakitkan untuk jawapan mengenai kematian mendiang.

Ini berikutan keputusan polis bulan lepas untuk menutup siasatan semula mereka terhadap kematian misteri Beng Hock dan mengklasifikasikannya sebagai tiada tindakan lanjut.

"Ke mana perginya janji anda untuk beri jawapan? Kenapa sekarang NFA?'

"Sejujurnya, apa yang saya ingin tanya adalah ini: kepada semua orang dalam PH yang pernah berdiri di sisi kami, mengapa anda berubah?" kata Lee Lan semasa podcast berbahasa Cina itu.

Sehubungan itu, Wong berkata PH tidak berubah, sebaliknya hanya menunjukkan wajah sebenar selepas berkuasa.

"Mereka tidak berubah, Lee Lan. Ini sifat sebenar mereka," kata Wong.

Pada 2009, Beng Hock, pembantu kepada Ean Yong Hian Wah, ketika itu exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati selepas disoal siasat semalaman di SPRM Selangor, yang ketika itu beribu pejabat di Plaza Masalam di Shah Alam.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 2011 memutuskan Beng Hock didorong untuk membunuh diri kerana soal siasat yang agresif.

Bagaimanapun, pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan kematiannya disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan yang menyalahi undang-undang, termasuk oleh pegawai SPRM.

TIPU TIPU

TIPU

AMIN

SEKARANG DAH

SEDAR ANWAR

KAKI TIPU

AMIN

MARI BERSATU

GULINGKAN

ANWAR

AMIN

KHALAS

HOUTHI KAWAN SETIA PALESTIN




Kumpulan Houthi, Iran kerjasama serang Israel dengan peluru berpandu balistik

KAHERAH: Kumpulan Houthi di Yaman yang berpihak kepada Iran hari ini melancarkan serangan terhadap Israel dengan peluru berpandu balistik dalam satu operasi yang dilakukan secara berkoordinasi dengan Iran.

Ia adalah kali pertama kumpulan itu secara terbuka mengumumkan kerjasama bersama Iran melancarkan serangan berkenaan.

Jurucakap tentera Houthi, Yehya Sarea, dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen berkata, kumpulan itu menyasarkan kawasan tengah Israel, termasuk Jaffa dengan beberapa peluru berpandu balistik dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Sebagai sokongan kepada rakyat Palestin dan Iran yang tertindas... operasi ini dilaksanakan secara berkoordinasi dengan operasi yang dijalankan oleh tentera Iran terhadap musuh Israel yang zalim," katanya.

Terdahulu, tentera Israel memaklumkan beberapa siren amaran diaktifkan di beberapa kawasan susulan pelancaran peluru berpandu dari Iran dan Yaman.

Israel dan Iran terus berbalas serangan peluru berpandu sejak Israel melancarkan serangan ketenteraan terbesar terhadap musuh tradisinya itu pada Jumaat lalu.

Pada hari sama serangan dilancarkan ke atas Iran, Israel memaklumkan sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman ke arah Israel jatuh di Hebron, Tebing Barat yang diduduki.

Namun, kumpulan Houthi tidak mengaku bertanggungjawab atas pelancaran peluru berpandu terbabit.

Kumpulan itu sebelum ini melancarkan beberapa siri serangan terhadap Israel, kebanyakannya berjaya dipintas — sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza susulan perang Israel-Hamas yang tercetus sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Israel pula melancarkan beberapa siri serangan balas.

Amerika Syarikat (AS) turut melancarkan serangan yang lebih agresif terhadap kumpulan Houthi pada tahun ini, sebelum Presiden Donald Trump menghentikan operasi berkenaan selepas kumpulan itu bersetuju untuk menghentikan serangan ke atas kapal milik AS.

DARI SELATAN

HOUTHIS  HANTAR

PELURU BERPANDU

 HAIPER SONIK

AMIN

INI TANDA 

KAWAN SETIA

PALESTIN

KHALAS

TAN SRI ISAP PELIR ?


KENAPA NAMA

TAN SRI TIDAK

DIUMUMKAN

AMIN

APAKAH INI

TAN SRI

ISAP PELIR

KHALAS

Unknown commented on 
"TEATER AZAM BAKI 
DI TERUSKAN LAGI"

Cerita sampai klimaks masih tidak diketahui siapa watak, tidak dengar nama, tidak nampak batang hidung, seluar dalam dibongkar tanpa nama, kenapa berahsia sangat? Adakah kerana Tan Sri ada imuniti saka wang RM berjuta-juta? Manakala orang kebanyakan diheret digari dihina rekod lampau ditayangkan macam penjenayah berat dalam media? Semuanya menunjukkan tahap gaban putar belit kenyataan pengurusan organisasi kita yang semakin daif khusyuk dengan agenda kaum agama bangsa kah kah kah

NGO MAHU ANWAR JADI MENTERI LUAR ???

 



Kes Teoh: Aktivis desak Anwar letak jawatan PM, jadi menteri luar

Persatuan Teoh Beng Hock untuk Kemajuan Demokrasi menggesa Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan sebaliknya dilantik sebagai Menteri Luar Negeri.

Gesaan itu dibuat susulan keputusan pihak polis menutup siasatan terhadap kematian misteri Teoh pada tahun 2009, yang kini diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Dalam satu kenyataan, Pengerusi persatuan itu, Ng Yap Hwa menyatakan kekecewaannya terhadap Anwar kerana berdiam diri berhubung keputusan pihak polis itu.

“Ketika Anwar bertemu keluarga Teoh pada Ogos 2024, beliau berjanji akan membuka semula siasatan kes Teoh berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan.

“Namun begitu, pihak polis terus mengabaikan keputusan mahkamah yang menyatakan bahawa Teoh telah dibunuh dan bahawa pegawai SPRM adalah suspek. Polis enggan mengumpul bukti baru untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab atas kematian dalam tahanan di pejabat SPRM.

“Ini membuktikan bahawa Anwar telah sepenuhnya mungkir janji," katanya.

Ng berkata, Anwar enggan menjemput pakar forensik antarabangsa untuk menyertai siasatan, dengan alasan pegawai polis terdahulu telah bersara dan pasukan polis baru perlu menjalankan siasatan semula.

“Sekarang, keputusan NFA membuktikan bahawa keputusan Anwar adalah salah sepenuhnya, dan beliau telah melepaskan peluang bersejarah terbaik untuk menegakkan keadilan terhadap Teoh Beng Hock, bekas kakitangan kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Ng turut mengkritik Anwar yang menurutnya hanya memperjuangkan keadilan sebelum berkuasa, tetapi meninggalkan perjuangan tersebut setelah dipilih sebagai perdana menteri.

Katanya, sikap tidak ambil peduli dan janji yang dimungkiri oleh Presiden PKR itu mencemarkan jawatannya sebagai perdana menteri serta menunjukkan bahawa semangat reformasi dalam dirinya ‘telah mati’.

“Sekiranya Anwar terus mengabaikan kes Teoh dan isu hak asasi manusia lain dalam negara yang berkaitan dengan keadilan, serta mengabaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Malaysia, kami menggesa beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Beliau tidak lagi layak memegang jawatan itu. Sebaliknya, Anwar boleh berkhidmat sebagai Menteri Luar atau Duta ke Timur Tengah untuk terus bersuara mengenai anti-hegemoni dan anti-penindasan di pentas antarabangsa,”katanya.

Pada tahun 2009, Teoh yang merupakan pembantu kepada Adun Seri Kembangan ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati selepas sesi soal siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang ketika itu beribu pejabat di Plaza Masalam, Shah Alam.

Suruhanjaya Siasatan Diraja pada tahun 2011 memutuskan kematian Teoh akibat bunuh diri berikutan tekanan semasa soal siasat. Namun, pada tahun 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa seseorang atau beberapa orang bertanggungjawab terhadap kematian Teoh, termasuk pegawai SPRM.

Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan polis melengkapkan siasatan dalam tempoh enam bulan selepas hakim Mahkamah Rayuan, Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh ibu bapa Teoh.

Pada awal Februari, polis menyatakan bahawa mereka akan mengguna pakai teknologi pengimbas tiga dimensi (3D) bagi membina semula lokasi kejadian untuk membantu siasatan baru itu.

Namun pada hujung bulan tersebut, keluarga Teoh mendakwa pihak polis berulang kali menyoal siasat mereka, dan bukannya pegawai SPRM yang terlibat dalam kematian Teoh.

Pada April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Shuhaily Zain mendakwa keluarga Teoh tidak memberikan kerjasama, namun dakwaan itu dinafikan oleh pihak keluarga.

Shuhaily turut berkata siasatan menghadapi pelbagai kekangan.

"Ini ialah siasatan yang terhad dari sudut sumber kerana kes telah berlaku 15 tahun lalu dan ada juga saksi yang tidak dapat kita temu bual semula," kataya.

Pada 21 Mei, pihak polis dilaporkan telah memaklumkan kepada peguam keluarga Teoh, Ramkarpal Singh, bahawa siasatan diklasifikasikan sebagai NFA.

WOIT

SARAN TEPAT

KAH KAH KAH

ANWAR JADI

MENTERI LUAR

KAH KAH KAH

MENTERI LUAR

TABII

KAH KAH KAH

MENTERI

ISAP PELIR

KAH KAH KAH

KHALAS

KEM TENTERA ZIONIS DI BOM


ISRAEL BOM

LOJI MINYAK

IRAN BOM  KEM

TENTERA DI HAIFA

KHALAS

BAHAGIA DATANG DARI DIRI SENDIRI



GAUTAMA 

BUDDHA

KATA : BAHAGIA

BUKAN DATANG

DARI LUAR IANYA

DATANG DARI DIRI

SENDIRI

AMIN

Unknown commented on 
"TERKINI TER NOW TER HOTT"

Tak habis-habis cerita jauh beribu batu amin, semoga cepat selesai urusan masing-masing disana dan akhirat, apapun kita selamat minum kopi pagi makan makan setiap masa, enjoy menjoy tidak peduli tentang apapun, 

hanya terfikir hutang negara bertambah atau tidak, anak lahir atau bakal lahir sudah dibeban dengan hutang dicipta oleh pemimpin kita, apapun sentiasa bersyukur kerana akhirnya tidak bawa apa-apa amin kah kah kah sentiasa ketawa happy

SAUDI KATA BETUL



Riyadh percaya Israel cuba heret AS dalam konflik dengan Iran

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkata Riyadh percaya rejim Israel sedang berusaha memperdalam konflik mereka dengan Iran dengan cuba menyeret AS, lapor Agensi Berita Republik Islam (Irna).

Dalam perbualan telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam Mohammed menyatakan keyakinan bahawa Tehran akan bertindak secara bijaksana dan menggagalkan matlamat Tel Aviv.

“Hari ini, seluruh dunia Islam bersatu menyokong anda,” kata Mohammed kepada Masoud.

Menurut Masoud dia berusaha untuk memperkukuh keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau terbabit sejak hari pertama pentadbirannya, namun Israel sentiasa mahu menggagalkan usaha tersebut setiap kali ia hampir mencapai kejayaan.

Dia turut menyuarakan harapan agar Iran dan Arab Saudi dapat bekerjasama mewujudkan ketenangan di Timur Tengah.

Serangan rejim Israel ke wilayah Iran bermula pada malam Jumaat, menyasarkan sistem pertahanan udara serta kemudahan tenaga nuklear negara berkenaan dalam gelombang serangan pertama.

Beberapa pegawai kanan tentera Iran turut menjadi sasaran.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, segera mengumumkan bahawa Washington tidak terlibat dalam serangan itu.

Iran melancarkan serangan balas ke dalam wilayah diduduki Israel, termasuk Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.

Terbaru, ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran menjadi sasaran rejim Zionis awal pagi tadi 

PANDANGAN

DARI SAUDI

INI BETUL

AMIN

ISRAEL MAHU

AMERIKA MASUK

SERANG IRAN

AMIN

INI KERANA

TENTERA ISRAEL

TAK UPAYA

LAWAN IRAN

SENDIRIAN

KHALAS