Sabtu, 30 Ogos 2025

MUKA MINAH SEMBAB 100 RINGGIT



Tiada isu kurang bekalan telur lepas subsidi tamat - Fuziah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) belum menerima aduan berkaitan gangguan bekalan telur di pasaran susulan penamatan sepenuhnya subsidi sejak awal bulan ini.

Timbalan Menteri KPDN, Dr Fuziah Salleh berkata, pihaknya sentiasa memantau bekalan telur sejak 1 Ogos lalu bagi memastikan bekalan mencukupi.

"Setakat ini kita tidak ada (terima) aduan berkenaan kekurangan telur, tidak ada aduan lagi, kita memantau setiap hari sejak 1 Ogos selepas subsidi telur itu ditamatkan.

"Kita juga ada lagi harga siling untuk telur, setakat ini kita tidak lihat ada masalah bekalan.

ADS

"Kenaikan harga pun kita pantau, kalau ada pun masalah bekalan, mungkin bersifat setempat, tapi kalau ada (masalah) sila laporkan segera kepada KPDN," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Komuniti Madani Parlimen Kuantan di Kuantan, Pahang, hari ini.

Dia berkata demikian ketika ditanya keadaan bekalan telur selepas subsidi ditamatkan.

Penamatan subsidi telur itu diumumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) selepas mengambil kira kestabilan kos pengeluaran dan jaminan bekalan oleh industri.

KPKM bagaimanapun memberi jaminan harga pasaran telur ayam akan terus terkawal walaupun tanpa subsidi.

ADS

Sementara itu, mengulas mengenai persiapan KPDN menjelang penebusan Subsidi Asas Rakyat Malaysia (Sara) Rahmah kepada 22 juta penerima bermula esok, Fuziah menjelaskan pihak Kementerian Kewangan sudah dimaklumkan mengenai keperluan untuk menambah terminal khas bagi melancarkan proses penebusan.

"Sebelum ini ada kira-kira 4,000 terminal Sara disediakan MoF dan kita sudah minta tambahan sehingga 7,000 terminal di seluruh negara.

"Kita harap ia dapat diuruskan segera oleh pihak MoF dengan kerjasama pasar raya berkaitan juga," katanya.

LIHAT INILAH

MUKA 

MINAH SEMBAB

KAH KAH KAH

KLIM DIRI

ADA IJAZAH

DOKTOR

KAH KAH KAH

MINAH SEMBAB

INI DOKTOR

BINCAT APA?

KAH KAH KAH

DOKTOR BELI

IJAZAH  HANYA

GUNA PAKAI 

100 RINGGIT

KAH KAH KAH

KHALAS

KUBUR DI GALI SEKALI LAGI


Terdapat kecederaan mencurigakan pada badan pelatih Palapes – Peguam


KUALA LUMPUR – “Terdapat kecederaan-kecederaan yang mencurigakan pada badan mangsa berkemungkinan menyebabkan kematian,” kata peguam, Naran Singh Ara Singh.

Penemuan tersebut berdasarkan proses bedah siasat kali kedua yang dijalankan hari ini ke atas jasad pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci bahagian kecederaan itu selepas bedah siasat dijalankan selama tujuh jam bermula jam 9 pagi dan berakhir 4 petang tadi.

“Bedah siasat telah dijalankan secara teliti, setiap badan diperiksa dan dilihat selain CT scan turut dilakukan ke atas mangsa.

“Setakat ini keputusan bedah siasat dijalankan mendapati terdapat kecederaan-kecederaan yang mencurigakan di badan mungkin menyebabkan kematian Syamsul Haris dan siasatan lanjut diperlukan.

“Justeru, dengan hormatnya saya memohon Peguam Negara untuk membuat inkues dengan serta-merta selain Ketua Polis Negara mengambil berat terhadap kes ini,” katanya dalam sidang media di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, hari ini.

Tambah beliau, tuntutan inkues dan siasatan lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kecederaan yang ditemukan  pada badan Allahyarham Syamsul Haris.

“Tindakan ini (inkues) bagi mengetahui punca kecederaan dialami pada badan mangsa, yang pertama bagaimana kecederaan ini boleh berlaku? Kedua, siapa yang bertanggungjawab tentang kecederaan ini?

“Kita harap mereka bertanggungjawab dapat diheret tanpa mengira pangkat kerana ibu ini kehilangan anak berusia 22 tahun dan rakyat juga ingikankan keadilan terhadap kes ini.

“Kita juga berharap Peguam Negara akan menjawab permohonan inkues kita pada Selasa ini dan sekiranya tidak dilaksanakan, kita akan mohon kali kedua di Mahkamah Shah Alam,” jelasnya.

Ditanya mengapa bedah siasat kali pertama tidak dapat menemukan beberapa kecederaan yang didakwa pada badan, Naran Singh berkata, perkara itu perlu dapat dijawab oleh pakar.

“Saya tidak dapat jawab, ia perlu dijawab oleh pakar dan ini akan menjejaskan bedah siasat kali kedua.

“Sepanjang proses bedah siasat ini, ahli keluarga Allahyarham berpuas hati dengan bedah siasat kali kedua yang dijalankan,” jelasnya.

Sementara itu, van jenazah Allahyarham Syamsul Haris mula meninggal perkarangan IPFN pada jam 5.15 petang untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Rinching Hulu, Semenyih, hari ini.

Pada 25 Ogos lalu, Ibu Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun,45, memfailkan afidavit baharu di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menyokong permohonan notis usul supaya kubur anaknya digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Syamsul Haris meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai lalu selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Tembakan Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu, 29 Julai lalu. – 

WOW !!!

KEMALANGAN

ATAU

 DICEDERAKAN

AMIN

HANYA PAKAR

YANG BOLEH 

BERI KEPASTIAN

AMIN

KITA MENUNGGU

AL-FATIHAH

KHALAS

MAHARAJA TRUMP KENA SAILANG



Mahkamah dapati kebanyakan tarif Trump tidak sah

NEW YORK - Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) hari ini memutuskan bahawa kebanyakan tarif diperkenalkan oleh Presiden AS, Donald Trump, adalah menyalahi undang-undang.

Keputusan itu secara langsung menjejaskan penggunaan levi oleh presiden Republikan itu sebagai alat dasar ekonomi antarabangsa yang penting.

Mahkamah membenarkan tarif itu kekal sehingga 14 Oktober ini untuk memberi peluang kepada pentadbiran Trump memfailkan rayuan di Mahkamah Agung AS.

Trump mempertikaikan keputusan itu, mengatakan ia tidak betul, sambil menegaskan bahawa semua tarif masih berkuat kuasa.

"Semua tarif masih berkuatkuasa! Hari ini Mahkamah Rayuan sangat partisan tersilap mengatakan bahawa tarif kami harus dikeluarkan, tetapi mereka tahu AS akan menang pada akhirnya," katanya dalam catatan di Truth Social.

Keputusan itu dibuat susulan pertikaian undang-undang yang belum pernah terjadi tahun ini, mengenai keseluruhan dasar ekonomi Trump.

Trump menjadikan tarif sebagai tonggak dasar luar AS dalam penggal keduanya, memperalatkannya bagi memberi tekanan politik dan merundingkan semula perjanjian perdagangan dengan negara pengeksport barangan ke AS.

Penetapan tarif memberikan pengaruh kepada pentadbiran Trump untuk mengekstrak konsesi ekonomi daripada rakan dagangan tetapi juga menjejaskan kadar turun naik dalam pasaran kewangan.

Trump merungut mengenai keputusan itu dengan apa yang disebutnya sebagai keputusan mahkamah sangat partisan.

"Jika tarif ini hilang, ia akan menjadi bencana besar bagi negara," katanya di media sosial.

Beliau bagaimanapun meramalkan mahkamah akan mengubah keputusannya.

Trump berkata beliau menjangkakan tarif akan memberi manfaat kepada negara dengan bantuan Mahkamah Agung.

Keputusan 7-4 daripada Mahkamah Rayuan AS untuk litar Persekutuan di Washington menilai kesahihan apa yang disebut oleh Trump sebagai tarif 'timbal balik'.

Ia menjadi sebagai sebahagian daripada 'senjata' perang perdagangan Trump pada April, selain set tarif berasingan yang dikenakan pada Februari terhadap China, Kanada dan Mexico.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah tidak memberi kesan kepada tarif yang dikeluarkan di bawah kuasa undang-undang lain, seperti tarif Trump ke atas import keluli dan aluminium.

Trump mewajarkan kedua-dua set tarif termasuk tarif yang lebih terkini di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA).

IEEPA memberi presiden kuasa untuk menangani ancaman luar biasa dan semasa membabitkan kecemasan negara.

Perlembagaan memberikan Kongres, bukan presiden, kuasa untuk mengeluarkan cukai dan tarif, dan mana-mana delegasi pihak berkuasa itu mestilah terperinci dan terhad, mengikut tuntutan mahkamah.

Sekurang-kurangnya lapan saman mencabar dasar tarif Trump, termasuk satu yang difailkan oleh negeri California. - REUTERS

WOIT

MAHARAJA

KENA SAILANG

AMIN

LAGI DUNIA

KAPITALIS JADI

HURU HARA

KHALAS

PAK LAH DAN MADAFAKA


Rafizi Silap, Anwar Tidak Wajar Disamakan Dengan Pak Lah, Kata Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Bekas Menteri, Zaid Ibrahim, menyifatkan kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang membandingkan Anwar Ibrahim dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu analogi yang mengelirukan dan tidak tepat.

Menurut Zaid, meskipun Abdullah atau Pak Lah pernah dilihat sebagai pemimpin yang “underrated” dan kurang difahami, situasi serta legasi beliau jauh berbeza dengan Anwar.

“Pak Lah ialah reformis yang akhirnya lumpuh oleh tentangan dalam UMNO sendiri. Anwar pula sebaliknya, bukan mangsa sabotaj UMNO tetapi arkitek kepada kejatuhan parti itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid menegaskan bahawa legasi Anwar tidak boleh disamakan dengan Pak Lah. Beliau mendakwa pentadbiran Anwar lebih terarah kepada penyusunan semula kuasa politik yang melemahkan keseimbangan negara.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk kegagalan menguruskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), perpecahan politik Melayu, serta kedudukan Petronas yang semakin terjejas akibat pertelingkahan politik dan undang-undang.

“Pak Lah akan dikenang sebagai Perdana Menteri yang terlalu lemah pada masanya. Anwar pula mungkin diingati sebagai Perdana Menteri yang terlalu rakus sehingga merosakkan kestabilan negara. Sejarah tidak akan mengampunkan percubaan menyamakan keduanya,” tegas Zaid.

Dalam episod terbaru podcast Yang Berhenti Menteri, Rafizi Ramli membuat perbandingan antara bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Bagi Anwar, semoga senario kes terbaik untuknya, apa pun yang berlaku, satu hari nanti orang akan ingat dia seperti (orang ingat) Abdullah.

“Maksudnya (mereka akan berkata), ‘sebenarnya, mungkin kita tidak cukup berterima kasih atas jasanya’,” kata Rafizi. @politiko.my    


DOLAH BADAWI

TOK SLOO

ANUAR MADAFAKA

AMIN

PAK LAH

TAK BANYAK

CAKAP

AMIN

MADAFAKA 

BANYAK CAKAP

MOHONG

KAH KAH KAH

KHALAS

SAH RAKYAT TOLAK JALUR TEMBERANG


SAH RAKYAT

TOLAK  JALOR

 TEMBERANG

KAH KAH KAH

AMIN 


Unknown commented on 
"PENDAPAT BETUL"

Rakyat sudah tidak mahu kibar bendera, takut Akmal Salleh sampai dengan gengster dia, semua geng Alphard belaka, berkonvoi siap gegar kawasan kah kah kah, orang politik bertukar jadi gangster jalanan kah kah kah padan muka kerana serumpun terus menjaga persahabatan rasuah persatuan kroni kesatuan ummah pencuri belaka kah kah kah

TV3 TAK BERANI KATA KAUM BURUH BERDEMO

TV3 TAK BERANI

KATA KAUM BURUH

TURUN BERDEMO 

AMIN 

GUNA PERKATAAN PENDUDUK

KHALAS 

PENDAPAT BETUL


PENDAPAT

BETUL

AMIN 



Unknown commented on
 "DEMO HINGGA ASKAR
 PULANG KE BEREK"

demo hingga askar bersama kita... baru boleh buat revolusi...

NASEHAT YANG BAIK


NASEHAT

YANG BAIK

TERIMA KASIH

AMIN

Unknown commented on
 "TANDA BAIK"

Doa baik baik kalau doa mampus nanti dirinya sendiri mampus dahulu kah kah kah selalunya orang jahat berlakon sebagai baik ini biasanya berlaku dalam komuniti kita yang beranggapan termasuk baik dan jujur dan amanah kah kah kah sebenarnya terpaling buruk perangai memantat bontot orang-orang

DUNIA MENUNGGU APA AKAN DILAKUAN OLEH PRABOWO


DUNIA MELIHAT

APA AKAN

 DILAKUKAN

OLEH PRABOWO

AMIN 

KES ZARA - 70 SAKSI INKUES

 


70 saksi termasuk pakar patologi akan beri keterangan inkues kematian Zara

Sebanyak 70 orang saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan memaklumkan pakar patologi itu, antara saksi utama yang akan dipanggil untuk memberi keterangan, menjelaskan mengenai punca kematian mangsa.

“Pasukan Pegawai Pengendali juga telah membuat persiapan rapi, termasuk penyediaan dokumen yang akan dikemukakan semasa prosiding inkues serta penyerahan dokumen kepada peguam yang mewakili pihak-pihak berkepentingan dalam prosiding berkenaan.

“Prosiding inkues ini juga akan disertai oleh pihak-pihak berkepentingan dan peguam pemerhati sepertimana yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Koroner,” menurut kenyataan AGC hari ini.

ADS

Menurut kenyataan itu pihak-pihak berkepentingan itu iaitu ibu Zara Qairina, diwakili Tetuan Hamid & Co, Shahlan Jufri & Co, Tetuan Rizwan M Borhan & Co, JP Keruak serta Messrs FN Lee & Nasser.

Kenyataan AGC memaklumkan bahawa pihak berkepentingan kanak-kanak pertama diwakili oleh Tetuan Ram Singh & Co serta Goh & Associates dan pihak berkepentingan kanak-kanak kedua hingga kelima diwakli oleh Tetuan Azhier Arisin & Jaafar, manakala Sabah Law Society pula bertindak sebagai peguam pemerhati.

“AGC bertekad untuk memastikan prosiding inkues dijalankan dengan lancar bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan, berpegang prinsip keadilan bukan sahaja hendaklah dilaksanakan, tetapi juga hendaklah dilihat sebagai telah dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan AGC itu, pihaknya juga menyedari mengenai perhimpunan No Justice No Merdeka yang dikatakan akan berlangsung pada hujung minggu ini di Sabah berhubung kematian pelajar itu, meskipun pihak pendakwa raya telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bagi mengadakan inkues selaras dengan Subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

ADS

Tarikh inkues ditetapkan pada 3 hingga 4 Sept, 8 hingga 12 Sept, 17 hingga 19 Sept dan 22 hingga 30 Sept ini.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada 17 Julai. Beliau sebelum itu dimasukkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai. Bernama

SATU DUNIA

NAK TAHU

TAHU PAKAR

PAKAR PATOLOJI 

INI SAPA?

AMIN

APAKAH DIA

PROFESOR TENGKU

ISKANDAR

JENG JENG JENG

KHALAS