SELAMA INI
KITA TERSILAP
AMIN
PENGAMAL RASUAH
PENERIMA RASUAH
PALING RAMAI
PALING BESAR
DALAM NEGARA
IALAH KAKI TANGAN
KERJAAN DAN
PENJAWAT AWAM
AMIN
MEREKA KERJA
BERTAHUN TAHUN
DAN TAHU SEMUA
LUBANG RASUAH
AMIN
KADANGKALA
KERJASAMA DENGAN
POLITIKUS
AMIN
CONTOH TERBAIK
AZAM BIN BAKI
KHALAS
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya dijangka didakwa esok susulan siasatan berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam bin Baki.
Menyatakan harapannya agar tiada perubahan pada saat akhir,Azam bin Baki berkata kedua-dua mereka berkemungkinan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
"Saya jangka ketua pengarah baru akan dilantik selepas keduanya dituduh di mahkamah," katanya, sambil menambah perkara itu akan diputuskan oleh Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas sesi libat urus media bersama Pasukan Petugas Pelbagai Agensi di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.
Rabu lalu (25 Mac), Azam bin Baki berkata SPRM telah melengkapkan siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku selama beberapa tahun.
Kertas siasatan telah dimuktamadkan dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk cadangan pertuduhan, katanya dalam satu kenyataan.
Pada 30 Jan, kedua-dua mereka bersama seorang penolong pegawai kawalan alam sekitar direman selama tujuh hari.
Penahanan mereka sehari sebelumnya menyusul cadangan SPRM untuk menghentikan selama enam bulan semua import sisa plastik dan e-waste bagi menilai kesan sebenar kemasukan bahan tersebut terhadap negara.
Mengulas lanjut, Azam bin Baki berkata Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pelan Tindakan Pengurusan Penguatkuasaan Import Plastik dan E-Waste akan terus menguatkuasakan undang-undang sedia ada di pelabuhan.
"Kita juga melihat kepada pelabuhan-pelabuhan lain seperti di Pulau Pinang, di Sabah, Sarawak, Johor dan juga Kuantan," katanya.
Pasukan petugas itu yang dipengerusikan Azam,bin Baki ditubuhkan susulan siasatan terhadap penyeludupan e-waste, termasuk laporan mengenai ratusan kontena terbiar di pelabuhan.
Azam bin Baki berkata masih terdapat lebih 800 kontena e-waste yang terbiar di Pelabuhan Klang, Selangor.
Usaha melupuskannya dengan menghantar semula ke negara pengeksport masih diteruskan, katanya.
Semalam, Jabatan Kastam mengumumkan larangan import e-waste berkuat kuasa serta-merta.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah jabatan itu Amran Ahmad berkata larangan itu diwartakan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
Langkah ini, tegas Amran selaras dengan keputusan yang dicapai oleh Pasukan P contoh terbaaik azaam bin bakietugas Khas Hala Tuju Pelan Tindakan Pengurusan Penguatkuasaan Import Plastik dan E-Waste, sebagai sebahagian daripada usaha memperketat kawalan kemasukan sisa berbahaya ke dalam negara serta melindungi alam sekitar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan