Khamis, 2 April 2026

KAKI TANGAN KERAJAAN PENERIMA RASUAH TERBESAR DALAM NEGARA


SELAMA INI

KITA TERSILAP

AMIN

PENGAMAL RASUAH

PENERIMA RASUAH

PALING RAMAI

PALING BESAR

DALAM NEGARA

IALAH KAKI TANGAN

KERJAAN DAN

PENJAWAT AWAM

AMIN

MEREKA KERJA

BERTAHUN TAHUN

DAN TAHU SEMUA

LUBANG RASUAH

AMIN

KADANGKALA

KERJASAMA DENGAN

POLITIKUS 

AMIN 

CONTOH TERBAIK

 AZAM BIN BAKI

KHALAS 





Ketua pengarah, timbalan KSU JAS dijangka didakwa esok — SPRM

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya dijangka didakwa esok susulan siasatan berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam  bin Baki.

Menyatakan harapannya agar tiada perubahan pada saat akhir,Azam bin Baki  berkata kedua-dua mereka berkemungkinan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

"Saya jangka ketua pengarah baru akan dilantik selepas keduanya dituduh di mahkamah," katanya, sambil menambah perkara itu akan diputuskan oleh Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas sesi libat urus media bersama Pasukan Petugas Pelbagai Agensi di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.

Rabu lalu (25 Mac), Azam bin Baki berkata SPRM telah melengkapkan siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku selama beberapa tahun.

Kertas siasatan telah dimuktamadkan dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk cadangan pertuduhan, katanya dalam satu kenyataan.

Pada 30 Jan, kedua-dua mereka bersama seorang penolong pegawai kawalan alam sekitar direman selama tujuh hari.

Penahanan mereka sehari sebelumnya menyusul cadangan SPRM untuk menghentikan selama enam bulan semua import sisa plastik dan e-waste bagi menilai kesan sebenar kemasukan bahan tersebut terhadap negara.

Mengulas lanjut, Azam bin Baki berkata Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pelan Tindakan Pengurusan Penguatkuasaan Import Plastik dan E-Waste akan terus menguatkuasakan undang-undang sedia ada di pelabuhan.

"Kita juga melihat kepada pelabuhan-pelabuhan lain seperti di Pulau Pinang, di Sabah, Sarawak, Johor dan juga Kuantan," katanya.

Pasukan petugas itu yang dipengerusikan Azam,bin Baki  ditubuhkan susulan siasatan terhadap penyeludupan e-waste, termasuk laporan mengenai ratusan kontena terbiar di pelabuhan.

Azam bin Baki berkata masih terdapat lebih 800 kontena e-waste yang terbiar di Pelabuhan Klang, Selangor.

Usaha melupuskannya dengan menghantar semula ke negara pengeksport masih diteruskan, katanya.

Semalam, Jabatan Kastam mengumumkan larangan import e-waste berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah jabatan itu Amran Ahmad berkata larangan itu diwartakan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Langkah ini, tegas Amran selaras dengan keputusan yang dicapai oleh Pasukan P contoh terbaaik azaam bin bakietugas Khas Hala Tuju Pelan Tindakan Pengurusan Penguatkuasaan Import Plastik dan E-Waste, sebagai sebahagian daripada usaha memperketat kawalan kemasukan sisa berbahaya ke dalam negara serta melindungi alam sekitar.

Tiada ulasan: