Isnin, 25 Mei 2026

BOMOH HANTU DAN JIN


MULA MULA 

BOMOH

BUKA KESAH

HANTU & JIN

KAH KAH KAH

KEMUDIAN JUAL

UBAT TANGKAL

KHALAS


Jangkitan Ebola terus meningkat, lebih 100 disahkan di Congo


KIGALI (Rwanda): Republik Demokratik Congo merekodkan lebih 100 kes disahkan Ebola ketika jangkitan terus meningkat, lapor Anadolu Ajansi memetik laporan pihak berkuasa tempatan, semalam.

Laporan dikeluarkan Kementerian Komunikasi menunjukkan setakat 23 Mei lalu, virus itu menjejaskan 11 zon kesihatan di Congo sejak wabak dikesan pada 15 Mei di wilayah Ituri, dengan lebih 900 kes disyaki direkodkan.

Wabak Ebola masih aktif di tiga wilayah membabitkan Ituri, North Kivu dan South Kivu.

"Pihak berkuasa kesihatan terus menjalankan pemantauan, saringan dan aktiviti kesedaran di kawasan terjejas.

"Mengambil langkah berjaga-jaga dan pematuhan terhadap langkah pencegahan kekal penting," menurut kementerian itu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurang tujuh kematian disahkan di Congo akibat wabak itu, setakat ini.

Di Uganda pula, tiga kes baharu diumumkan pada Sabtu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan kini mencecah lima, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Pihak berkuasa Congo menggantung aktiviti sosial termasuk kegiatan sukan di Ituri yang juga pusat penularan wabak itu, bagi mencegah penyebaran Ebola.

Dalam pada itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika berkata, 10 negara membabitkan Rwanda, Kenya, Tanzania, Angola, Burundi, Republik Afrika Tengah, Congo, Ethiopia, Sudan Selatan dan Zambia berdepan risiko penularan wabak Ebola.

WHO menaikkan tahap amaran kepada 'sangat tinggi', manakala beberapa negara jiran Congo pula memperketatkan langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu, termasuk mengehadkan perjalanan dari Congo.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan