LAGI KES
PKR BUNGKUS
KAH KAH KAH
KALI INI NAJWAN
BAKAL
MB SELANGOR
DI TOLAK
KAH KAH KAH
WOIT
MANA RAMANAN
MANA NURUL
PASAI APA TAK
DATANG BANTU
KHALAS
21 AJK, pimpinan wanita cabang PKR Shah Alam keluar parti
Sekumpulan 21 Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang PKR Shah Alam bersama sebahagian besar pimpinan wanita Cabang itu mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran mereka daripada parti berkuat kuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan media hari ini, kumpulan berkenaan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan ketua cabangnya, Najwan Halimi.
"Kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti, khususnya terhadap Presiden Parti, susulan janji-janji reformasi yang dilihat tidak lagi diterjemahkan dalam amalan sebenar, serta kegagalan mempertahankan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan demokrasi dalaman yang pernah menjadi tunjang perjuangan PKR.
"Di peringkat cabang pula, kami turut kecewa dengan kepimpinan Ketua Cabang, YB Najwan Halimi, yang dilihat gagal mengamalkan prinsip konsultasi dan kebersamaan dalam membuat keputusan," katanya.
Mereka mendakwa AJK Cabang yang dipilih melalui pemilihan parti tidak dirunding atau dilibatkan dalam beberapa keputusan penting termasuk pelantikan politik dan urusan organisasi cabang.
“Lebih mendukacitakan, keputusan-keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang perbincangan rasmi bersama AJK yang dipilih, walaupun proses konsultasi dan penghormatan terhadap mandat pimpinan yang dipilih telah diperuntukkan secara jelas dalam perlembagaan parti.
“Kami percaya sesebuah parti politik mesti mengamalkan nilai reformasi dan demokrasi yang dilaungkan kepada rakyat. Malangnya, kami tidak lagi melihat prinsip tersebut diamalkan secara konsisten dalam PKR pada hari ini,” kata kenyataan itu lagi.
Walaupun meninggalkan parti, kumpulan berkenaan menegaskan komitmen mereka terhadap prinsip tadbir urus yang baik, kebertanggungjawaban, keadilan serta perjuangan untuk rakyat dan negara akan diteruskan dalam apa jua kapasiti.
Turut disertakan bersama kenyataan itu ialah senarai 21 nama AJK dan kepimpinan wanita PKR cabang berkenaan yang membuat keputusan meninggalkan parti itu.
Ini merupakan kali kedua tindakan keluar beramai-ramai melibatkan pimpinan akar umbi PKR dalam tempoh seminggu.
Pada 21 Mei lalu, Jawatankuasa Pemuda PKR (AMK) Cabang Pandan didakwa terbubar selepas 19 ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan.
Langkah itu diambil selepas bekas menteri dari PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan keluar parti pada 17 Mei lalu dan mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan