Isnin, 15 Jun 2026

SCAM - JENAYAH DULU DAN SEKARANG


DULU MENYAMUN

PECAH RUMAH

RAGUT PAU

JENG JENG JENG

MENTERI ZAHID  

SCAM KERAJAAN

PROJEK KAPAL 

TAK SIAP-SIAP

AMIN

NAJIB SCAM

NEGARA  DENGAN

PROJEK 1MDB

AMIN

SCAMMER

BUKAN POLITIKUS

GUNA TEKNOLOJI

AMIN

SCAM BERGERAK

ATAS DUA ASAS

PERTAMA : MENIPU

KEDUA : TAMAK 

NAK CEPAT KAYA

KHALAS


Jenayah scam semakin membimbangkan, kerugian cecah RM2.97 bilion

KUALA LUMPUR – Sindiket jenayah penipuan dalam talian atau scam di Malaysia kini ditahap membimbangkan dengan merekodkan sebanyak 66,204 kes bagi tahun 2025, iaitu 87 peratus berbanding 35,368 kes pada 2024.

Ketua Polis Negara,  Mohd Khalid Ismail berkata, daripada jumlah itu penipuan melalui panggilan telefon (phone scam) kekal ancaman terbesar dengan 28,388 kes dilaporkan pada 2025.

“Manakala penipuan pelaburan tidak wujud pula mencatatkan kerugian tertinggi, iaitu sebanyak RM1.47 bilion bagi tahun yang sama.

“Dari sudut nilai kerugian pula, angka yang dicatatkan pada tahun 2025 mencecah RM2.97 bilion, iaitu meningkat sebanyak RM1.40 bilion berbanding tahun sebelumnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perang Scam : Dua Pasuka, Satu Matlamat di sini hari ini.

Tambah Mohd Khalid, angka yang direkodkan itu bukan sekadar statistik di atas kertas, sebaliknya cerminan ribuan mangsa yang terjejas punca pendapatan dan masa depan akibat sindiket penipuan.

“Dalam era pendigitalan yang serba pantas, sindiket ini sentiasa memperbaharui taktik dan kaedah operasi mereka dengan mengeksploitasi kemajuan teknologi serta kecanggihan platform komunikasi moden.

“Justeru, usaha pencegahan, pendidikan, dan pembudayaan kesedaran keselamatan digital kini menjadi keutamaan yang mendesak dan perlu diperkasakan secara berterusan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Khalid turut menyambut baik tindakan pelaksaan PB Scam Rangers hasil kerjasama erat antara Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Publik Bank Berhad.

“Inisiatif “Dua Pasukan, Satu Matlamat” ini membuktikan bahawa perlindungan masyarakat daripada ancaman scam bukan tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata.

“Sebaliknya, ia memerlukan penglibatan aktif sektor perbankan, agensi-agensi berkaitan dan komuniti secara kolektif.

“Melalui pendekatan yang berfokus kepada pendidikan awam, kita mampu membentuk sebuah masyarakat yang peka, berpengetahuan dan mempunyai daya tahan tinggi terhadap pelbagai bentuk manipulasi jenayah penipuan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan