AWAS !!!
AMIN
SILAP-SILAP
YB SUBANG INI
DI LAWAT OLEH
SPRM & LHDN
KAH KAH KAH
KHALAS
'Kalau berani pecat saya' - Wong Chen cabar PKR
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, mencabar PKR supaya memecat dirinya susulan siasatan disiplin yang sedang berlangsung.
Berucap dalam siri jelajah Parti Bersama Malaysia di Negeri Sembilan Sabtu lalu, Wong berkata dia telah menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan PKR, namun mempersoalkan asas tindakan tersebut.
“Saya terima surat cinta daripada parti saya (PKR), surat displin daripada PKR. Saya balas surat tu, saya tanya apa salah saya,” katanya dalam petikan video ucapannya yang dimuat naik di Facebook hari ini.
Wong, yang merupakan bekas peguam korporat, mendakwa surat tersebut tidak menyatakan secara khusus sebarang kesalahan yang didakwa telah dilakukannya.
“Saya kata kalau you nak keluar show cause letter, maknaya nak suruh saya jawab, kena buat secara profesional. Tak boleh buat macam pancing ikan, tu fishing expedition. Kena tunjuk bukti mana saya salah dan secara spesifik,” katanya.
Menurut Wong, dia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada parti itu walaupun lebih 10 hari dia mengemukakan penjelasan.
“Saya reply bagi dia (PKR), dia bagi saya seminggu, lepas ni dah 10 hari dia tak reply langsung, senyap langsung,” katanya.
Ahli Parlimen PKR itu turut menyindir kepimpinan parti itu yang didakwanya enggan mengambil tindakan tegas terhadapnya.
“Kalau berani, pecat saya. Saya masih terus (berkhidmat) sebagai Ahli Parlimen Subang,” katanya.
“Jangan main cah keting la ore Kelate ghoyak,” katanya.
‘Kalau enam MP keluar, dia mampus’
Wong turut menolak gesaan supaya dia meletakkan jawatan, dengan mengatakan parti itu bimbang akan implikasi politik sekiranya kehilangan wakil rakyat mereka.
“Dia nak suruh saya letak jawatan pun dia takut. Nanti enam ahli parlimen (PKR) keluar dia mampus,” katanya, merujuk kepada beberapa Ahli Parlimen PKR yang menyokong bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, tetapi masih belum mengosongkan kerusi masing-masing untuk menyertai Parti Bersama.
Sebelum ini, Wong memberitahu Malaysiakini bahawa keutamaannya ketika ini adalah memastikan cadangan pindaan Perlembagaan dibahaskan dan diluluskan di Parlimen sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan politiknya.
Bulan lalu Wong berkata sidang Parlimen yang akan bermula pada 22 Jun ini amat penting, khususnya bagi membincangkan pindaan yang melibatkan cadangan had tempoh 10 tahun bagi jawatan perdana menteri serta pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan