Rabu, 10 Jun 2026

PROJEK DDIRAJA


INI PROJEK 

DIRAJA

AMIN

PASTIKAN UMNO

KEMBALI BERKUASA

AMIN

TOLAK 

 ZAHID BIN HAMIDI

TOLAK ANWAR

BIN IBRAHIM

PEMBAWA DAP

DALAM KERAJAAN

KHALAS

PRN Johor sekadar batu loncatan BN kuasai Putrajaya, kata Sheikh Omar

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar persaingan politik tempatan, sebaliknya ia bakal menjadi medan penentu kepada corak pembentukan kuasa di peringkat Persekutuan, kata Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Baghraib Ali.

Dia yang juga adalah pengarah komunikasi Pakatan Harapan (PH) Johor, mendedahkan bahawa strategi utama Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini adalah untuk mencipta gelombang bagi membuka jalan kembali menguasai Putrajaya.

"Bagi saya, PRN Johor bukan sekadar sebuah pertandingan politik yang berakhir di sempadan negeri semata-mata. Ia akan menentukan corak politik di peringkat persekutuan juga.

"Strategi utama BN pada PRN ini adalah untuk mencipta gelombang. Jika BN menang besar di Johor (dan Negeri Sembilan) gelombang tersebut diharap akan merebak ke Melaka (dan) seterusnya Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.

Dominasi Umno dan pertembungan fraksi

Menurut Sheikh Omar, matlamat akhir PRN Johor adalah untuk membina naratif bagi meletakkan BN sebagai pilihan utama rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, langkah berkenaan dilihat sebagai usaha strategik bagi membolehkan pembentukan semula kerajaan Persekutuan yang didominasi oleh Umno.

Dia turut memetik laporan temubual Sinchew Daily bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang menurutnya telah pun menyatakan rancangan sekiranya dia diangkat menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, Sheikh Omar menarik perhatian bahawa landskap politik pasca 2018 kini jauh lebih dinamik, sekali gus menyaksikan rancangan di atas kertas tidak semestinya diterjemahkan secara langsung di peti undi.

"Bahkan dalam Umno sendiri pun ada pertembungan fraksi. Apapun, PRN Johor bukan sekadar soal siapa yang akan mentadbir negeri.

“Tetapi akan jadi langkah BN untuk kembali menguasai Putrajaya," katanya lagi.

Dinamika politik di Johor kembali hangat selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Pembubaran itu meletakkan Johor perlu mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari seperti dikehendaki oleh perlembagaan.

Kali terakhir Johor mengadakan PRN ialah pada 12 Mac 2022. Ketika itu BN dan PH bekerjasama bagi menghadapi cabaran PN.

Bagaimanapun kali ini BN Johor mengambil langkah sendirian dengan mengumumkan mereka akan meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN.

Untuk rekod, di sebalik kedudukan Johor sebagai kubu kuat Umno-BN, parti itu pernah kecundang kepada PH semasa PRU ke-14 diadakan pada Mei 2018.

Bagaimanapun ketika itu, PH turut dianggotai Bersatu sebagai sebahagian daripada komponennya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan