Rabu, 10 Jun 2026

SESAT MACAM MANA ?


WOIT

SESAT MACAM

MANA?

KAH KAH KAH

SESAT MACAM

JASLINDA KE ?

KAH KAH KAH

YANG MENUDUH

SESAT TU 

TAK SESAT 

MACAM MANA?

JENG JENG JENG

DI BELAKANG

TUDUHAN SESAT

IALAH KUASA

AMIN

KUASA YANG

MENJADIKAN

TAK SESAT

KAH KAH KAH 

KHALAS




Ajaran, fahaman Muhamad Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng - fatwa


ALOR SETAR: Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki warga Indonesia, Muhamad Yudha Al Fikri, adalah sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Jawatankuasa berkenaan yang bersidang pada 10 Mei lalu membuat penelitian terhadap dakwaan dan fahaman yang disebarkan individu berkenaan.

Mufti Kedah,   Fadzil Awang dalam kenyataan berkata, Muhamad Yudha yang berasal dari Jakarta, Indonesia dan kini menetap di Sungai Petani didapati membawa fahaman yang mengandungi beberapa dakwaan luar biasa berkaitan perkara ghaib yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Antara fahaman yang dikenal pasti bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah dakwaan bahawa beliau telah 'dibuka hijab' oleh Allah SWT sehingga mampu melihat perkara ghaib seperti azab kubur, individu yang akan menerima balasan syurga atau neraka, melihat Luh Mahfuz serta kandungannya, termasuk roh yang berterbangan dan mampu melihat dosa serta pahala seseorang pada masa lalu.

"Selain itu, lelaki itu turut mendakwa mempunyai kemampuan melihat jin dan syaitan menggunakan 'mata batin' serta mampu memanggil malaikat dan jin dalam jumlah yang dikehendakinya hanya melalui doa kepada Allah SWT.

"Antara dakwaan lain yang turut dikenal pasti ialah beliau kononnya pernah memanggil beberapa malaikat termasuk Jibril, Malik, Munkar dan Nakir serta mampu mengarahkan malaikat menghentikan seksaan kubur terhadap seseorang dengan mudah, " katanya.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan segala bentuk ajaran atau fahaman yang dibawa oleh lelaki berkenaan hendaklah disekat daripada disebarkan kepada masyarakat dengan apa jua cara bagi mengelakkan kekeliruan dan kerosakan akidah umat Islam.

Jawatankuasa itu turut menyeru Muhamad Yudha serta mana-mana individu beragama Islam yang terbabit atau terpengaruh dengan ajaran berkenaan supaya segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

"Keputusan fatwa itu juga diharap dapat menjadi panduan kepada umat Islam di negeri ini supaya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sahih berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah serta berhati-hati terhadap sebarang dakwaan luar biasa yang tidak bersandarkan kepada nas dan disiplin ilmu Islam yang muktabar," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan