Khamis, 18 Jun 2026

ROGOL CUCU


APA MASALAH

ORANG TUA INI?

AMIN

GOLOK DEKAT

BOLEH BELI

AYAM SIAM

KHALAS




Datuk didakwa rogol cucu berusia 12 tahun

KOTA BHARU: Warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas lima pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap cucu perempuannya berusia 12 tahun di Bachok pada Januari hingga bulan ini.

Tertuduh berusia 79 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama, ketiga, keempat dan kelima, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 12 tahun tanpa kerelaannya.

Perbuatan itu berlaku di bilik tidur di rumah di Kampung Panchor Gunong Timor, Bachok antara jam 8.28 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 11 Januari sehingga 4 Jun 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan sebiji terung ke dalam kemaluan mangsa yang sama tanpa kerelaannya di lokasi yang sama jam 1.30 tengah hari pada 11 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan Akta 574 yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Syafiqah tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh.

Mahkamah kemudian tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh selepas mengambil kira faktor keselamatan mangsa adalah kanak-kanak bawah umur.

Mahkamah juga menetapkan 19 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan