Khamis, 18 Jun 2026

TEKNOLOJI BAWA HURU HARA


INILAH KALI

PERTAMA

 TEKNOLOJI

BAWA HURU HARA

AMIN

APA AKAN JADI

PADA DUNIA

KITA INI

1O TAHUN LAGI?

JENG JENG JENG

KHALAS




Perancis umum larangan telefon bimbit di sekolah menengah mulai September


ISTANBUL: Menteri Pendidikan Perancis Edouard Geffray pada Rabu mengumumkan bahawa telefon bimbit akan dilarang di sekolah menengah bermula 1 September ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Geffray berkata kepada penyiar Franceinfo bahawa undang-undang yang melarang penggunaan telefon bimbit itu akan diwartakan pada musim panas ini sebelum dikuatkuasakan mulai September.

"...Saya juga akan menghantar beberapa garis panduan kepada pengetua sekolah dalam masa terdekat supaya mereka dapat melaksanakannya. Saya menganggap perkara ini amat penting bagi pelajar kita," katanya.

Perancis juga sedang mempertimbangkan larangan penggunaan media sosial bagi golongan bawah umur yang berusia di bawah 15 tahun, namun Geffray berkata langkah itu masih menunggu kelulusan.

"Kami sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Eropah berhubung satu lagi cadangan, iaitu larangan media sosial bagi golongan bawah umur yang berusia di bawah 15 tahun," jelas beliau.

Semakin banyak negara Eropah, termasuk Perancis, mula mengambil langkah awal atau menyatakan sokongan terhadap larangan penggunaan media sosial oleh kanak-kanak di bawah had umur tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan