INI LANGKAH
TEPAT & BIJAK
AMIN
HIDUPKAN
KEMBALI
BUDAYA ASLI
AMIN
KELANTAN ADA
PRODUK BUDAYA
AMIN
WAYANG KULIT
JADIKAN PRODUK
MODEN
AMIN
WUJUDKAN
WATAK BARU
UNTUK GEN ZEE
PASTI BERJAYA
KHALAS
Main puteri, menora kembali jadi tontonan umum, jadi aset pelancongan Kelantan
PASIR PUTEH: Warisan seni budaya yang pernah diharamkan untuk tontonan terbuka di Kelantan kembali dihidupkan menerusi sektor pelancongan budaya yang dilaksanakan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Ketua Pengarahnya, Mohd Amran Mohd Haris, berkata antara seni budaya itu adalah persembahan main puteri, menora dan makyong.
Persembahan seni itu sebelum ini dilarang dipentaskan kepada umum sejak 1990-an kerana didakwa mengandungi unsur khurafat dan bercanggah dengan syariat Islam.
"Pendekatan menghidupkan semula persembahan seni ini bukan sahaja bagi memulihara identiti budaya masyarakat negeri ini sejak sekian lama tetapi turut memberi peluang produk pelancongan yang menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa," katanya selepas perasmian Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Nassuruddin Daud serta Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Shaharuddin Abu Sohot.
Mohd Amran berkata, bagaimanapun persembahan terbuka itu akan dilaksanakan mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan Enakmen Hiburan oleh kerajaan negeri.
Beliau berkata, setiap negeri mempunyai kebudayaan tersendiri yang perlu diperkenalkan kepada dunia menerusi produk pelancongan budaya, selain mewariskan kesenian ini kepada generasi muda supaya tidak terus pupus.
Katanya, di Malaysia, sebanyak lapan seni budaya negara diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori warisan kebudayaan tidak ketara.
Beliau berkata, lapan elemen seni itu ialah Dondang Sayang, Makyong, Silat, Pantun, Upacara Wangkang, Seni Pembuatan Songket, Upacara Memondok (Pesta Ponggal) dan Persembahan teater Mek Mulung.
Katanya, beliau, terbaharu pihak JKKN sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan sama bagi persembahan dikir barat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan