BUKAN CALAR
TAPI RABAK
KAH KAH KAH
ERTINYA RAKYAT
DAH TERAJANG
MADAFAKA
KHALAS
Menang Johor Pun Saya Perdana Menteri, Kalah Pun Saya PM, Bukan Sombong You Cakap Cermat Sikit Lah
Kejutan Onn Hafiz jika menangi PRN Johor akan calarkan imej PH
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) mendakwa, imej PH dan Anwar bin Ibrahim akan tercalar jika Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) Johor menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata PH mempamerkan Anwar sebagai panglima perangnya, yang kelihatan aktif berkempen hampir setiap hari, manakala BN mempertaruhkan Onn Hafiz, yang juga Menteri Besar Johor di barisan hadapan.
Hassan mendakwa, jika PH menang, Anwar bin Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri dan rakyat tidak melihat ia sebagai sesuatu yang menghairankan, namun jika Onn Hafiz, yang masih muda dan digelar 'budak' berjaya membuat kejutan dengan memenangi PRN Johor hingga boleh membentuk kerajaan negeri, maka landskap politik negara akan berubah.
"Onn Hafiz akan muncul sebagai pemimpin muda dari Johor yang boleh melangkah jauh ke depan sebagai pemimpin nasional.
"Kejayaannya di PRN Johor, jika benar-benar berlaku, menjadikan Onn Hafiz satu bintang baharu dari Selatan untuk bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang.
"Jika PH ditakdirkan tewas dalam PRN Johor kali ini, kesannya sangat buruk. Imej Anwar bin Ibrahim sebagai panglima perang yang dapat dikalahkan Onn Hafiz akan mencalarkan wajah PH dan Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-16 (PRU16) tidak lama lagi," kata beliau melalui Facebook, hari ini.
Justeru, Hassan berkata, kalah dalam PRN Johor kali ini bukan satu pilihan kepada Anwar dan PH.
"Dalam tempoh tak sampai seminggu ini, pemimpin, anggota dan penyokong PH yang dikatakan berjumlah lebih sejuta orang itu perlulah bekerja kuat bagi menentukan PH menang. Tiada opsyen lain," katanya.
PRN Johor Ke-16 akan berlangsung pada 11 Julai ini, dengan tarikh mengundi awal pada 7 Julai.
BN dan PH meletakkan calon di semua 56 kerusi yang dipertandingkan, manakala PN di 33 kerusi, Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) (15), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) (empat), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing satu, selain calon Bebas di enam kerusi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan