Rabu, 8 Julai 2026

KERETA BARU MADAFAKA


KERETA BARU

MADAFAKA


Perihal BMW kalis peluru

A. KADIR JASIN
1. Kalau tahu mengenai komunikasi dan bercakap benar, rasanya tidaklah susah sangat hendak tangani cerita Perdana Menteri naik kereta BMW kalis peluru itu.
i. Kereta rasmi beliau sedang diselenggara (servicing);
ii. Pinjam guna kereta VIP BMW yang kebetulan kalis peluru;
iii. Kereta BMW siri 7 kalis peluru itu kereta rasmi untuk kegunaan pembesar luar negara yang melawat Malaysia; dan
iv. Polis Diraja Malaysia menasihatkan, atas sebab-sebab keselamatan, Perdana Menteri guna kereta itu sementara menunggu kereta rasmi beliau keluar dari bengkel.
2. Tidak susah kan? Itu pun kalau bercakap benarlah. Tapi kalau ada cerita lain, kenalah buat alasan sebab takut keluar cerita sebenar.
3. Saya bimbang sikit tetang alasan "sebab-sebab keselamatan" itu.
4. Polis tentu tidak sesuka hati naikkan tahap kawalan keselamatan beliau kepada kereta kalis peluru kalau tidak ada bukti yang kuat.
5. Dari sudut lain pula, inilah ragam hidup "jaman edan" apabila banyak orang bertindak sebagai "wartawan warga" (citizen journalists) yang melaporkan apa saja yang mereka nampak.
6. Jadi, orang dalam kategori pembesar atau selebriti (public figure) kenalah sentiasa mengagak (anticipate) yang gerak-geri mereka diekori dan disiarkan dalam media sosial.
7. Orang yang tajam mata dan fikiran tentu nampak ironi dan kontradiksi Perdana Menteri menaiki kereta mewah BMW kalis peluru untuk melancarkan Proton S70 sebagai teksi di bawah Program Pembaharuan Teksi Madani.
Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan