Rabu, 8 Julai 2026

ROHINGYA DI MALAYSIA DI ANGGAP SAMPAH


ROHINYA INI

SAMPAH PLASTIK

ATAU SAMPAH

BESI BURUK

KAH KAHA KAH

AMIN


Rohingya: Malaysia tak boleh terus jadi ‘tong sampah’ dunia – Azli

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat kerajaan, Azli Yusof (PH-Shah Alam) mempersoalkan sampai bila Malaysia perlu menanggung beban pelarian Rohingya secara bersendirian sedangkan negara ini bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951.

Beliau berkata, Malaysia telah sekian lama memikul tanggungjawab kemanusiaan dengan menempatkan kira-kira 215,000 pelarian dan pencari suaka termasuk 126,000 etnik Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 64,700 atau 46 peratus terdiri daripada kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

“Persoalannya, sampai bila Malaysia perlu menanggung beban ini secara bersendirian? Mengapa negara-negara maju yang sering bercakap tentang hak asasi manusia tidak menerima lebih ramai pelarian? Mengapa negara-negara ASEAN masih gagal mencari penyelesaian yang tuntas terhadap krisis Myanmar?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2024 (Kertas Statut 102 Tahun 2026) di Dewan Rakyat hari ini.

Azli berkata, isu pelarian tidak boleh dilihat hanya dari sudut hak asasi manusia semata-mata sebaliknya perlu diseimbangkan dengan aspek keselamatan dan kedaulatan negara.

“Malaysia tidak boleh menjadi negara yang menutup pintu hati tetapi kita juga tidak boleh menjadi negara yang membuka pintu sempadan tanpa kawalan. Inilah keseimbangan yang perlu kita capai,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk bertindak apabila berlaku kemasukan pendatang tanpa dokumen, eksploitasi buruh, penyeludupan manusia serta peningkatan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Pada masa sama, Azli menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan Pusat Penempatan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS) di Bidor, Perak sebagai projek rintis bagi menguruskan isu pelarian secara lebih tersusun.

“Saya ucapkan syabas kepada Kerajaan Madani kerana berusaha menyelesaikan pengurusan isu pelarian Rohingya secara lebih tuntas dan berstruktur.

“Pendekatan ini jauh lebih baik berbanding penempatan yang berselerak sehingga menimbulkan konflik dengan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau kemudian meminta kerajaan menjelaskan status pelaksanaan PPKPPS dan sama ada cadangan penubuhannya telah dibawa ke Kabinet untuk dimuktamadkan.

Terdahulu, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mencelah dengan bertanya sama ada terdapat negara yang boleh dijadikan contoh dalam menguruskan pelarian Rohingya memandangkan golongan itu sukar dihantar pulang ke negara asal.

Menjawab soalan itu, Azli berkata, kebanyakan negara ASEAN mengambil pendekatan menerima pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan sebelum mereka didaftarkan oleh UNHCR dan ditempatkan semula ke negara ketiga yang bersedia menerima mereka.

Azli turut menegaskan Malaysia perlu mengekalkan keseimbangan antara nilai kemanusiaan dan kedaulatan negara.

“Kemanusiaan tanpa kedaulatan akan mengundang kekacauan manakala kedaulatan tanpa kemanusiaan pula akan menghilangkan nilai sebuah negara bertamadun.

“Malaysia tidak boleh menjadi tempat yang membiarkan manusia mati tetapi Malaysia juga tidak boleh menjadi tempat yang membiarkan undang-undang mati,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan