Selasa, 28 Julai 2026

SATU MALAM DI HILTON BERAPA SEWA ?


ROBOH MUDAH

USIR SENANG

AMIN

LEPAS RUMAH

DIROBOH MEREKA

NAK TINGGAL

DI MANA?

AMIN

BILIK SEMALAM 

DI HILTON

BERAPA SEWA?

AMIN

APA PUNCA

RUMAH HARAM

PENDATANG INI ?

KHALAS


MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diarahkan bertindak segera merobohkan penempatan haram yang dilaporkan di Persiaran Setia Makmur, Setia Alam dan Jalan Hamzah, Kampung Budiman, di sini.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata beliau dimaklumkan perkara itu ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, baru-baru ini.

"Ya. Saya minta MBSA untuk melaksanakan segera (robohkan) sebagaimana yang telah kita putuskan dalam majlis keselamatan negeri baru-baru ini.

"Bila dibangkitkan, saya sudah segera maklumkan kepada pihak terbabit (MBSA) dan saya percaya tindakan segera akan dilakukan, terutama notis kepada tuan tanah," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sekiranya tanah di kawasan penempatan haram itu milik kerajaan, sudah pasti kerja perobohan akan dilaksanakan segera.

"Tetapi kalau tanah itu milik persendirian, kita akan minta tuan tanah itu melaksanakan (perobohan) dulu dan bagi ruang yang secukupnya untuk melaksanakan.

"Majlis tindakan keselamatan negeri baru-baru ini sudah bagi arahan yang jelas kepada pegawai daerah... bukan warga asing sahaja, kalau ada pencerobohan di tanah kerajaan, kita akan ambil tindakan," katanya.

Semalam, Jabatan Imigresen dilaporkan sedang menyiasat dakwaan kewujudan perkampungan haram warga asing di Setia Alam, Shah Alam, walaupun tindakan penguatkuasaan diambil awal April lalu.

Ketua Pengarahnya,  Zakaria Shaaban, dilaporkan berkata operasi bersepadu membabitkan agensi berkaitan akan dijalankan sekiranya siasatan mendapati dakwaan itu adalah benar.

Terdahulu, media melaporkan ratusan penempatan haram yang dipercayai didiami ribuan warga asing terus wujud di kawasan pinggir bandar Shah Alam meskipun pelbagai siri serbuan dan tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan.

Laporan berkenaan turut memetik tinjauan di Persiaran Setia Makmur, Setia Alam dan Jalan Hamzah, Kampung Budiman mendapati terdapat penempatan haram dibina di kawasan ladang kelapa sawit, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan