UNHCR WAJIB
BERI DANA
KEPADA MALAYSIA
INI CARA TERBAIK
KHALAS
'Tutup pejabat UNHCR di negara ini jika enggan bekerjasama urusan pelarian'
SEREMBAN: Malaysia perlu mempertimbangkan semula keberadaan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini sekiranya badan berkenaan enggan bekerjasama dalam urusan pelarian.
Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata kerjasama itu penting bagi memastikan proses saringan dilakukan dengan ketat sebelum kad UNHCR diberikan kepada seseorang pelarian.
"Kalau mereka tidak mahu bekerjasama, sudah sampai masanya kita mempertimbangkan semula keberadaan UNHCR di dalam negara kita. Itu pandangan saya, supaya kita tidak terus terbeban.
"Ini menjadi satu magnet kepada pelarian untuk datang ke Malaysia kerana adanya pejabat UNHCR dan boleh memberikan kad dengan sewenang-wenangnya. Itu perlu kita urus dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan proses pengundian awal di Pangkalan Udara Sendayan, di sini hari ini.
Mohamad berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengambil langkah bagi memastikan setiap individu menjalani saringan menyeluruh dan mendapat persetujuan kementerian itu sebelum kad UNCHR dikeluarkan.
Beliau menegaskan, Malaysia perlu mempunyai perjanjian yang jelas dengan UNHCR bagi menetapkan bidang kuasa, tanggungjawab serta perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan badan itu di negara ini.
"Kita mesti ada perjanjian antarabangsa supaya mereka boleh buat apa ataupun mereka tidak boleh buat itu dan ini.
"Tetapi nampaknya sekarang tidak ada apa-apa, tidak ada prosedur operasi standard (SOP).
"Mereka buat permohonan dalam talian ketika berada di Myanmar, kemudian datang ke sini dan terus mengambil kad.
"Ini bermakna saringan kita tidak ada. Ini yang perlu kita uruskan dengan baik," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, Malaysia perlu mengimbangi pertimbangan kemanusiaan dengan kepentingan keselamatan dan ketenteraman negara.
"Kita perlu menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara. Kita tidak mahu kerana baik hati kita, ia akhirnya menjadi masalah kepada ketenteraman dan keselamatan negara," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan